Hobi…

Dalam bahasa arab, hobi disebut hiwayah, kalau hiwayati ertinya hobiku.

"apa hobi kamu anak muda"

Cuti sekolah 2010 semakin melabuhkan tirainya. Apa pengisian yang kita lakukan? Samada seorang diri (membujang) ataupun aktiviti berfaedah bersama keluarga dan anak-anak?

Mungkin bagi sesiapa yang masih bujang, perkara berikut dilakukan;

–          Sertai program pengurusan diri

–          Melancong ke tempat-tempat yang mendamaikan

–          Melatih kemahiran dengan mengikuti kursus-kursus jangka pendek

–          Mengubah ketrampilan diri

–          Memikirkan menamatkan zaman bujang

–          Mengkaji bakal calon pasangan suami/isteri

–          Memenuhkan masa dengan membuat tuisyen

–          Melibatkan diri ke aktiviti sukarelawan

–          Menadah kitab melebatkan ilmu di dada

–          Menghafal ayat alQuran/hadith/doa-doa

–          Ikhtiar mencari penawar penyakit samada dalaman atau luaran

–          Membuat perancangan tahunan

–          Dan sebagainya dari aktiviti berfaedah

Mungkin bagi yang sudah berkeluarga dan anak-anak, program berikut sudah dilakukan;

–          Menghadiri kursus kekeluargaan

–          Membuat pengubahsuaian rumah

–          Melakukan ziarah di perkampungan mentua

–          Melakukan ziarah ke tempat yang sesuai bagi keluarga

–          Meluangkan masa yang banyak dirumah

–          Menghabiskan buku-buku kajian melahirkan anak-anak soleh/solehah

–          Melakukan perubahan pada pasangan masing-masing – Muhasabah

–          Membuat perancangan tahunan bersama keluarga

–          Mengatur persiapan menyambut zuriat yang akan datang

–          Membuat jadual membaca alQuran secara berjemaah

–          Membuat kuliah pendek selepas berjemaah bersama keluarga

–          Menumpukan perhatian yang wajar kepada pasangan/anak yang sakit

–          Dan sebagainya

Semuanya diatas perkara-perkara yang mendamaikan jiwa. Mudah-mudahan kita bertambah baik dari tahun ke tahun, bukannya makin celaru, keliru dan sangsi dengan diri masing-masing.

Bagi kita yang beragama Islam, jagalah akidah kita sehingga akhir hayat!

**

Sedang cuba belajar-belajar berjinak dengan tanah dengan menanam sayur-sayuran di belakang rumah! Sekurang-kurangnya itu menambahkan ilmu baru, mengajar diri agar lebih peka terhadap persekitaran dan mengajar anak secara tidak langsung akan kepentingan menguruskan tanah  untuk manfaat bersama.

**

Sebenarnya cuti ini peluang untuk kita rapatkan persaudaraan. Samada mempunyai pertalian darah ataupun tidak. Jadi, bagaimana merapatkan ukhuwwah dikalangan kita?

Teringat ketika berada mula sampai di Maghribi, saya diingatkan agar sentiasa sertai jemaah (ketika itu kurang dari 10 orang yang berada di Kenitra, perkampungan pelajar Malaysia, sekarang mungkin hampir 200 pelajar Malaysia di sana). Bermula dengan bermain bola bersama setiap petang di padang pasir membuatkan saya dapat mengenal setiap seorang dan hubungan persaudaraan sangat mudah terjalin secara mesra.

Orang arab pun suka mencabar pasukan Malaysia kerana kami jarang menolak pelawaan mereka untuk menjayakan perlawanan persahabatan. Malah, kawan arab kami yang rapat juga pasti akan membela kami jika kami diejek dengan ‘chinnuwa’ yang bermaksud anak cina!. He he he

Kalau adik beradik pula, kami (anak-anak lelaki) gemar melakukan aktiviti riadhah selepas Subuh dengan bermain raket. Bukan sahaja ketika zaman bujang, tetapi hingga ke saat ini itulah diantara aktiviti kami merapatkan ukhuwwah masing-masing.

Kuncinya BERSUKAN dengan menjaga adab-adabnya.

Nabi pun ada aktiviti SUKANnya tetapi biarlah belajar cara bersukan yang dapat merapatkan diri kita kepada Allah bukan semakin jauh kita denganNya…

Cuma yang masalahnya, yang selalu ‘ponteng’ untuk menyertai aktiviti yang dianjurkan.

 

Wallahua’lam

9.09 am

-sementara demi menunggu tukang paip membaiki saluran air!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: