Nikon D7000 or Canon 60D

my choice ??

Masing-masing kita mempunyai hobi. Ada yang suka fotografi. Ada yang suka mengumpul cenderahati dari setiap Negara yang dilawati. Ada yang suka mengumpul setem (semakin berkurangan dek kemodenan). Ada yang suka membaca. Ada yang suka memancing. Ada yang suka menulis blog dan sebagainya dari hobi-hobi yang bermanfaat.

“aku peminat Nikon, so D7000 memang klass!” ujar kawan

“takpe, aku tetap setia dengan ‘tali merah’” jawab si kawan

Peminat fotografi sahaja faham tali kuning dan tali merah dalam mengejar dua produk kamera DSLR yang berjenama.

“ini kena guna stail casting di sini” ujar si kawan memberitahu bahawa kawasan Lubuk Temiang yang menjadi tarikan pemancing.

“ooo.. aku fikir lakonan je ada casting!” jawabku dalam hati.

Tiga bulan usia memancingku sudah pernah ‘merasa’ tarikan ikan kerapu hampir sekilo lebih. Itulah nikmat si pemancing yang kadangkala dianggap hobi yang memboringkan bagi orang lain.

“buku ni baru diterbitkan bulan ini” si kawan yang minat buku

“mana buku Solusi keluaran yang 25?” sebahagian peminat buku Solusi sentiasa khuatir ketinggalan edisi lebih-lebih lagi masa cuti persekolahan.

Sebahagian yang lain merasa bosan dengan membaca. Apatah lagi, statistik pada tahun 1997 rakyat kita hanya membaca satu muka surat buku sahaja setahun. Manakala, pada tahun 2002 hanya meningkat kepada dua muka surat buku sahaja. Sedihnya!

“apa ‘game’ yang baru keluar? Tekken 5 dah ada ka?” peminat Play Station tidak pernah senang dengan kehadiran permainan baru.

“aku rasa Tekken 10 dah ada!” si peminat yang berpura-pura terjun dalam bidang PS menunjukkan kebodohan dalam bidang yang tidak diketahuinya.

***

Apapun hobi anda, biarlah bermanfaat dan berfaedah. Jadikan ia mendapat pahala. Bagaimana? Nabi kita sendiri suka memanah, bertinju dan menunggang kuda demi mempertajamkan mata, menguatkan tenaga dan kecekapan di dalam berjihad menegakkan agama Allah. Kita??

Di antara cara hobi mengikut syariat ialah :

1.      Mendapatkan pahala yang maksimum.

Kalau anda minat fotografi, gambar pemandangan yang sangat lawa meningingatkan kita bahawa Allah sangat berkuasa. Kalau Allah boleh jadikan horizon langit pelbagai warna, apalagi kita Allah ingin mencabut nyawa kita bila-bila masa. Kalau ada minat fotografi dari segi ikut syariat, elok anda join digitalmukmin

Kalau anda peminat memancing sekalipun, jangan lupa tinggalkan nafkah dan wasiat kepada si isteri dan anak agar mereka ada bekalan yang mencukupi, apatah lagi kepada pemancing tegar yang sering meninggalkan keluarga hanya kerana hobi. Tetapi jika itulah mata pencarian mereka, ianya memang sudah menjadi tugas mereka menjadi perkara yang halal.

2.      Menghapuskan dosa.

Bukan senang berfikir agar hobi kita mengelakkan dari melakukan dosa yang banyak. Si pemancing kena mengelakkan buruk sangka kepada hidupan laut kerana boleh menyebabkan dosa.

“ini ikan sebelah ni, orang kata boleh kasi strok badan, buang lah!” ujar si Dolah

“jangan anggap sial kepada rezeki-rezeki Allah, itu pun pemberian Allah, syukurlah apa yang kau dapat. Yang takdirkan rezeki tu bukannya ikan tetapi Allah. Orang yang bersyukur pasti akan dapat rezeki yang lebih baik lagi” jawab si Leman. Si Dolah akur. Tidak lama, Dolah menarik rezeki yang lebih lebat, ikan kerisi yang tidak putus-putus.

“betul la cakap kau Leman..” akur Dolah

“memang Allah dah berjanji di dalam Surah Ibrahim ayat 7 [Sesiapa yang bersyukur, Aku akan tambah lagi nikmatnya, sesiapa yang kufur, maka azab Ku sangat pedih]!

Bagi peminat fotografi, anda diingatkan tidak mengambil gambar yang bermaksiat sama ada aurat dari keluarga anda sendiri lalu di iklankan di facebook, mahupun sesiapa sahaja. Ini kerana ia termasuk menyebar luaskan lagi maksiat. Apatah lagi, mengambil gambar yang tidak sepatutnya!

“apa barang ikut halal haram dalam fotografi, takleh cari makan la!!” jawab si kawan

“Allah jadikan mata untuk tujuan yang tertentu dan baik-baik, jadi hargailah nikmat Allah sesuai dengan apa yang Allah jadikan” jawab si kawan

“jadi takleh ambil gambar kahwin la!?” hujah si kawan

“selagi orang itu punya rasa ingin menjadikan agama di dalam hidupnya, dia akan berusaha mengelakkan diri dari melakukan perkara yang haram!” penutupnya…

3.      Sesuai dengan syariat agama

4.      Selari dengan sunnah Rasul

5.      Hapuskan segala bentuk khurafat di dalam hobi

we're muslim

“orang kata, kalau bergambar bertiga mati cepat” ujar si ayah yang menarik cucunya dengan cepat apabila diajak bergambar secara bertiga.

“itu orang kata, Allah kata?” ada soalan

“emm, entah orang kata la..” masih kuat lagi ketakutan pada kata orang.

“semua orang pasti mati, tetapi bukannya dengan cara bergambar bertiga boleh menyebabkan kematian. Seolah-olah jurugambar pula yang ada kuasa mematikan orang” secara sinis hujah diutarakan.

“ya juga, lagipun kesian lah kalau keluarga tu ada anak seorang, gambar bertiga pun takde ye..” dia sendiri membuat kesimpulan

Itu diantara 5 tips yang sangat mudah untuk kita sama-sama renungkan. Jikalau anda minat berjudi, nampaknya sudah tidak termasuk di dalam 4 tips di atas, maka tinggalkanlah! Soal dan fikirkanlah perkara ini, agar ia dapat menjadikan diri anda dipenuhi dengan pahala dan dihapuskan segala dosa walaupun hanya sekadar hobi!

***

Akhir kata, aku menulis blog ini kerana minat dan hobi  sejak dari awal tahun di Maghribi, jadi aku masih teruskan khususnya dalam menyampaikan ilmu-ilmu agama kepada pembaca secara santai insyaAllah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: