Tuduhan si murtad 1

Lailatul Qadar menjadi penyeri bulan Ramadhan. Beruntunglah kepada orang yang berjaya menghidupkan malam apatah lagi bertepatan dengan malam lailatul qadar. Mudah-mudahan Allah ampunkan dosa-dosa kita yang telah lalu dan bakal bersih dan suci dari segala dosa selepas Ramadhan, insyaAllah…

Macam-macam juga godaan yang datang kepada orang yang berpuasa. Antara yang paling popular ialah resepi 1001 di bazar-bazar, mata yang terdedah dengan aurat yang dipamerkan secara sengaja, hawa nafsu yang jahat yang masih berbaki, perjalanan yang meletihkan, cuaca yang terlalu panas mengundang kehausan yang amat sangat dan sebagainya.

Ada juga yang tidak segan silu memanjangkan (forward) klip-klip video yang meragukan, menggelikan hati, meng’hitam’kan kalbu, menyedihkan jiwa, menggembirakan hati dan sebagainya. Tidak kurang yang mempengaruhi iman dengan bisikan syaitan yang dahsyat seperti klip seorang murtad tentang agama Islam.

Sempat membuat penilaian ringkas serta jawapan kepada tuduhan tersebut di Majid Layangan. Tetapi masa suntuk dan hanya boleh membuat komentar ringkas sahaja. Antara tuduhan si murtad ini ialah:

1. Nabi pun tidak tahu tafsir “ihdinnassirotol mustaqim” sejak dulu

2. Nabi berzina

3. Hajarul Aswad menyerupai kemaluan wanita

4. Licinnya batu-batu lontaran jamrah tanda diterima Tuhan?

5. Dan banyak lagi.

Bagi sesiapa yang mempunyai ilmu yang mantap, sedikitpun tidak terusik jiwanya dengan fitnah begini. Ini kerana lontaran dan fitnah begini hanya boleh mengusik dan mempengaruhi iman-iman yang lemah. Tetapi paling membahayakan apabila klip murtad ini ditonton oleh anak-anak kecil malah turut melayan gelak ketawa si murtad ini tadi. Adakah anda sudah periksa anak-anak anda tentang penyebaran klip ini?

tuduhan semata-mata

Jawapan ringkas akan kita sebutkan satu persatu di blog ini agar jelas dan bersih dari segala syubhat. Mari kita lihat tuduhan yang pertama yang mengatakan bahawa Nabi tidak tahu tafsir ayat dari Surah AlFatihah sejak dari dahulu.

Si murtad mendakwa dari dahulu Nabi hanya membaca “tunjukkan kami jalan yang lurus”, ini membawa maksud nabi pun tidak tahu, jalan yang lurus itu bagaimana bentuknya? apa yang lurusnya?

JAWAPAN : Apabila kita merujuk kepada AlQuran, kita kena bawa sekali sumber perundangan kembarnya iaitu AlHadith. Manakala, kitab-kitab tafsir pun telah mengumpul pendapat-pendapat para sahabat melalui riwayat hadith-hadith yang sahih tentang permasalahan di dalam AlQuran.

Adakah Nabi jahil tentang apa jalan yang lurus. Mari kita rujuk tafsir sejenak :

– Tafsir Ibn Kathir = jalan yang telah jelas lurusnya

– Tafsir AlQurtubi = agama Islam

– Ibn Abbas = jalan yang lurus tidak bengkok iaitu agama Allah (Islam)

– Tafsir AtTobari = jalan ke Syurga (tiada jalan lain melainkan dengan agama Islam)

– Tafsir Zamakhsyari = millatul islam yakni agama Islam

Kesimpulannya, tafsir صراط المستقيم di dalam ayat tersebut merujuk kepada agama Islam. Oleh kerana, si murtad tadi malas mengkaji, maka dia hanya membuat tuduhan melulu sahaja. Tetapi, tuduhan-tuduhan yang diajukan sebenarnya hanya memantapkan lagi iman orang-orang beriman kerana orang-orang mukmin akan terus mendalami AlQuran dengan fahaman yang betul dan benar.

InsyaAllah, kita akan sambung kepada tuduhan dan jawapannya di siri 2.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: