Dosaku…

Katakanlah : Astaghfirullahal 'azim

“Kenapalah Allah uji aku sebegini?” ujar Ahmad

“Sebab ko banyak dosa la” Abu menjawab

“Buktinya?” Ahmad perlekeh Abu.

“Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana) maka ia adalah disebabkan oleh apa yang kamu lakukan (perbuatan salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian daripada dosa kamu.” (Surah As-Syura: ayat 30)

“Aku rasa aku buat baik je” sambungnya

“Itu lagi berdosa, perasan diri baik, hehe” jawab Abu

“Ermm..” tak terjawab si Ahmad

Itulah antara realiti kehidupan manusia di dunia. Penuh ujian. Penuh dengan musibah dan bala bencana. Semuanya diberikan bersama hikmah-hikmahnya. Antaranya :

1. Pencuci dosa. (Kaffarah)

“Aku ni asyik sakit jer, kenapa Allah tak sembuhkan lagi” Ahmad masih protes.

“Bagus lah kau sakit, sebab dosa-dosa yang kita lakukan tu sedang ‘dicuci’ oleh Allah” senyum Abu pada si Ahmad.

2. Ujian/Musibah/Bala bencana sudah sinonim bagi orang-orang beriman. Itu sebagai proses peningkatan iman. Kena ambil peperiksaan diri dulu untuk membuktikan kita lulus ujian iman atau gagal.

“Wah, ‘fail’ lagi, kena mengulang lagi nih” Ahmad tidak henti-henti protes.

“Ujian yang ALlah beri pun kena ‘repeat’ juga supaya dapat memperbaharui iman kita. Malah, siapa lulus makin tinggi kedudukan disisi ALlah” Abu tak henti-henti menjadi pembimbing Ahmad.

3. Ujian tanda Allah sayang kepada kita.

“Abu, kaulah pembimbing aku. Aku nak tanya apa lagi hikmah nya aku ni diberikan sakit yang memanjang?” Ahmad mengalah

“Allah sayang pada kau Ahmad” Abu setia.

“Tak faham lah” Ahmad menguji Abu

“Kalau kita sayang pada anak kita, kita selalu perhatikan dia. Tetapi kalau ko memang bencikan anak tu, tak tengok dah, malah benci nak tengok dia. Allah lebih daripada itu lagi. Dia uji hambanya yang dikasihi untuk berikan perhatian dan meningkatkan darjat. Manakala, orang-orang kafir dibiarkan dulu hidup berseronok dengan kemewahan dan nikmat dunia tetapi akan di azab di akhirat kelak dengan azab yang pedih” senyuman Abu penuh makna.

“Beruntung aku diuji kan sebenarnya. Dan beruntung aku ada sahabat sepertimu Abu” Ahmad akhirnya akur terhadap penjelasan Abu.

2 Comments (+add yours?)

  1. SZ
    May 02, 2010 @ 22:45:46

    Assalamualaikum wbt,

    Maafkan saya Ustaz, tiba2 saya teringat satu perkara yang telah saya lakukan. bukan niat di hati hendak membuka pekung di dalam diri, tapi kurangnya sahabat saya di kalangan org2 yang arif agama. Bukan salah org disekeliling, tapi salah sendri yang tidak mencari. Ustaz, ini adalah perkara sgt besar untuk org yang benar2 ingin berhijrah dari dirinya yang lama, kepada seorang yang lebih dekat kepada Allah. Begini ceritanya. Saya penah menunaikan lebih kurang 2 tahun yang lalu dan disana saya mengambil kesempatan untuk bertaubat bersungguh2 diatas segala dosa2 yang telah saya lakukan. Selesai mengerjakan tawaf sunat, saya telah bersumpah tidak akan mengulangi kembali dosa yang telah saya lakukan. Ya Allah, iman saya hanya senipis kulit bawang, bahkan mgkn lagi nipis, saya telah mengulangi kesalahan saya. Astaghfirullah. Ustaz, setelah bbrp lama cuba membersihkan diri daripada kesalahan itu, tiba2 ingatan mengenai sumpah saya kembali. Adakah saya perlu membayar kaffarah di atas sumpah saya, atau taubat dan janji untuk tidak mengulanginya adalah mencukupi? Maha suci Allah, dia lebih mengenali hati hambaNya. Semoga Allah mengampuni dosa saya, dan membimbing saya ke arah jalan yang benar.

    Reply

    • mesrarakyat
      May 10, 2010 @ 23:43:13

      Bertaubatlah kepada Allah. Dan laksanakan kifarah atas kesalahan tidak mengotakan sumpah tersebut. Dan jangan suka bersumpah kerana ia bukan cara orang-orang Islam. Banyakkan berdamping dengan orang2 solehah dan jangan menyendiri. Syaitan menunggu-nunggu sahaja peluang yang ada untuk menghanyutkan saudari dan sentiasa menggoda agar saudari menganggap dosa tersebut adalah kecil. Berhati-hati dan banyakkan berdoa kepada ALlah.

      Wallahua’lam

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: