Terus Menulis…

Interpreter

Teruskan menulis. Sebenarnya sudah lama tidak terisi dengan artikel dan isi dalam blog. Cuma, terpandang satu blog yang temanya “terus menulis, supaya tidak lupa”. Ya, saya teruskan menulis walaupun ada ranjau dan duri.

Pada hari Jumaat minggu lalu, berkesempatan menjadi penterjemah secara langsung di Masjid Layang-Layangan. Sebenarnya tiada orang lain yang ingin mengisi tempat tersebut walaupun disana ada dua tiga orang yang memang dikenali dengan kehebatan Bahasa Arabnya. Akhirnya, saya cuba menyahut jemputan kerana ingin membantu melancarkan aktiviti dakwah masjid tersebut disamping menimba ilmu yang bernilai bersama para pendakwah yang datang dari Jordan.

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar walaupun 80% sahaja ketepatan penterjemahan dapat dilakukan. Ini kerana 20% bermula dengan kaku kerana apabila pendakwah tersebut dalam mukaddimahnya membawakan hadith Rasulullah. Hadith Rasulullah termasuk juga mengandungi perkataan-perkataan sukar yang kadangkala mempunyai makna yang lain. Ini dibuktikan dengan kewujudan beberapa kamus khas yang dikarang oleh para ulamak hadith untuk menterjemah dan mentafsirkan bahasa yang digunakan di dalam hadith.
Sebenarnya itu merupakan pengalaman kali kedua selepas penterjemahan kali pertama dilakukan di Lembaga Tabung Haji ketika menjadi penyambut tetamu delegasi Haji Jordan dan sekaligus menjadi perantara perbincangan antara dua hala.

Penterjemahan secara langsung ini juga disebut “tarjamah fauriah” (ترجمة فورية) yang merupakan antara pengalaman yang sangat digeruni oleh penggemar bahasa asing.

Sebelum ceramah dimulakan, saya sudah mendahulukan kata-kata kepada Syeikh Abu Salim :

“أنا مترجم مستوى ضعيف”

“Saya merupakan seorang penterjemah yang sangat lemah”

Ya, terlalu lemah! Mari belajar lagi. Seronoknya belajar bahasa arab.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: