Selusuh

Alhamdulillah, setelah bertanya rakan, barulah aku faham selusuh itu ada 2 jenis. Satu, air selusuh. Dua, minyak selusuh. Aku terfikir sebelumnya ianya adalah nama produk yang dijual di Malaysia. Ya, memang sudah ada dijual dengan jenamanya yang pelbagai.

Rupa-rupanya selusuh itu dihasilkan antaranya menerusi bacaan ayat-ayat AlQuran dan dihembuskan kepada air dan minyak tersebut. Cuma, ada tatacaranya seperti yang dijelaskan oleh pakar-pakar pembuat selusuh (boleh cari sendiri di dalam enjin carian).

Walaubagaimanapun, tertarik dengan perbincangan dengan mak, orang yang melahirkanku…

A : Mak, fikirkan apa minyak selusuh ni…

Mak : Kalau dah sihat, tak perlu pun takpa, itu sebagai tambahan aja. Ada cikgu tu, nak dekat masa beranak, dia sendiri bawa kereta, pastu mengaji pula kat rumah kita ini. Tak perlu pun selusuh. AlQuran kalau dah baca setiap hari, insyaAllah lebih mujarab dari selusuh tu…

A : Ooo.. bijak2.

Itulah seorang mak aku yang dilahirkan dalam suasana beragama. Hidup beragama memang best! Air dan minyak itu hanya sebagai option.

Antara surah-surah yang dibaca ialah Luqman, Yusuf dan Maryam. Inilah antara surah-surah terkenal di kalangan ibu-ibu kita. Mungkin ada yang arif 3 surah ini sahaja. Wah, malanglah  jika AlQuran dibaca ketika sempena dan mengharapkan benda-benda tertentu sahaja.

AlQuran itu diturunkan agar ia dibaca semua ayat-ayat dan sebagai petunjuk kepada manusia sekalian alam.

Nak jadi cerita, sempat hafal Surah Luqman dalam masa 2 hari. Dan aku sendiri yang bacakan ayat dan maknanya kepada bakal anakku. Si ayah pun kena faham ayat yang dibaca, bukan main hembus-hembus ja!🙂

Dan jangan lupa. AlQuran bukannya dibaca berdasarkan sempena dan masa-masa tertentu, tetapi ianya dibaca setiap hari, difahami dan diamalkan!

Mari beramal!

Sketsa :

A : Jadi haramlah guna selusuh?

B : Sapa kata haram?

A : Jadi, yang ustaz tulis pasal selusuh tu?

B : Ko baca ker tulisan aku?

A : Baca..

B : Ada ker saya kata haram?

A : Takde, tapi tak digalakkan

B : Tak digalakkan pun takde. Lain kali baca betul-betul. Saya ajak kita bersama membaca ALQuran setiap hari!

A : Jadi tak haram lah guna selusuh?

B : Yang haramnya buat fitnah kat orang!

A : erkk, maaf ustaz!

2 Comments (+add yours?)

  1. maza
    Jan 10, 2010 @ 19:55:31

    nice one!😀

    btw, ko dh nk dpt anak eh? tahniah!

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: