Ada apa dengan ikan

funny...

Baru-baru ini sempat memancing. Bukanlah mahir seperti pengail yang lain.
Cuma suka belajar perkara-perkara yang baru dan bermanfaat.

“Buang masa la memancing!”
“Hobi yang tak menarik!”

Itulah antara kata-kata manusia yang kontra kepada aktiviti ini.Sedangkan ada beberapa manfaat untuk kita sebagai hamba Allah memerhatikan beberapa faedah tentang ikan.

Cuba kita lihat sejenak kekerapan perkataan ikan yang disebut di dalam kitab AlQuran. Ada tiga tempat disebut berkenaan tentang ikan. Di dalam Surah AlKahfi ayat 63, AsSoffat 142 dan AlQalam 48.

Mari kita buka terjemahan AlQuran ketiga-tiga ayat agar kita faham maksud dan cerita firman Allah.

1. Surah Alkahfi ayat 63 :

“Temannya berkata: “Tahukah apa Yang telah terjadi ketika kita berehat di batu besar itu? sebenarnya Aku lupakan hal IKAN itu; dan tiadalah Yang menyebabkan Aku lupa daripada menyebutkan halnya kepadamu melainkan Syaitan; dan ikan itu telah menggelunsur menempuh jalannya di laut, Dengan cara yang menakjubkan”.

Ianya tentang kisah Nabi Musa AS yang ingin menjejaki Nabi Khidir. Iaitu Nabi Musa AS diwahyukan dapat menjejaki Nabi Khidir AS apabila mendapati ikan yang dibawanya masuk ke dalam lautan.

2. Surah AsSoffat ayat 142

“Setelah itu ia ditelan oleh IKAN besar, sedang ia dalam keadaan tercela (kerana meninggalkan kaumnya)”.

3. Surah AlQalam ayat 48

“Maka Bersabarlah (Wahai Muhammad) menerima hukum Tuhanmu (memberi tempoh kepada mereka), dan janganlah Engkau bersikap seperti orang yang telah ditelan oleh IKAN. (ingatlah kisahnya) ketika ia berdoa merayu dengan keadaan sesak sebak terkurung dalam perut IKAN”.

Dua ayat di atas menceritakan tentang Nabi Yunus AS yang ditelan oleh Ikan Nun (ikan paus).

Dengan glosari perkataan ikan ini sahaja kita sudah dapat menimba ilmu yang luas samada dari segi adab, akhlak, sejarah dan pelbagai ilmu. Betapa luasnya ilmu Allah Ta’ala.

“Bagaimana ustaz boleh cari perkataan ikan dalam bahasa arab sedangkan kami tak jumpa?”

“dalam bahasa arab, ada beberapa perkataan yang bermakna ikan. Orang Malaysia popular dengan kalimah SAMAKUN = سمك , manakala, kalimah yang kedua ialah HUUTUN = حوت , kalimah inilah yang yang ditemui di dalam AlQuran”.

Di dalam kamus AlMu’jam Al’Arabil Muyassar, kalimah ‘huutun’ ada dua makna :
1- ikan kecil atau ikan besar.
2- ikan paus

* Orang Maghribi biasanya menggunakan kalimah ‘huut‘ dan bukannya ‘samak‘ dalam dialek mereka seharian.

Wallahua’lam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: