AT – CUK CUK PIN

oleh : Izzah Ahmad

  

 

brain...

brain...

 

Cuk cuk pin,

Pin dalam cupak,

Datang tikus gunting,

Lari celah ketiak.

 

Ehhhh gelilah ummi, kata Ahmad apabila ummi menggeletek celah ketiak. Buatlah lagi ummi, kata Nadiah. Ok, balas ummi.

 

Cuk cuk pin,

Pin dalam gantang,

Datang tikus gunting,

Lari celah kangkang.

 

Nadiah menjerit kegelian apabila ummi menggeletek celah kelangkang. Faiz dan Ahmad yang memandang turut ketawa.

 

Ummi kenapa rasa geli bila ummi geletek celah ketiak dan kelangkang, tanya Faiz.

 

Tahu tak anak-anak ummi bahawa di bahagian kulit manusia terdapat sistem saraf yang berfungsi untuk membantu kita merasai panas atau sejuk, keras atau lembut, kesat atau licin? Apabila kulit kita tersentuh dengan sesuatu benda maka saraf-saraf ini akan menghantar isyarat ke otak, lalu otak kita akan memaklumkan keadaan atau rasa benda yang disentuh.

 

Apabila ummi menggeletek celah ketiak dan kelangkang anak-anak, maka saraf yang terdapat di situ akan segera menghantar isyarat ke otak memaklumkan rasa geli, sekaligus anak-anak ummi mula bertindak balas menepis dan menggelak untuk menghilangkan rasa geli tersebut.

 

Tapi ummi kenapa hanya di celah ketiak dan kelangkang sahaja rasa geli sangat. Kat tempat lain macam kat tangan tak pulak? Soal Nadiah pula.

 

Subhanallah…Maha Suci Allah yang menciptakan tubuh badan manusia lengkap dengan pelbagai fungsi dan peranan. Sebenarnya Allah SWT telah menjadikan hanya bahagian-bahagian tertentu di badan manusia mempunyai saraf yang begitu sensitif apabila disentuh. Sekiranya semua bahagian badan yang disentuh terasa geli maka susahlah manusia hendak bergerak atau bekerja. Sentuh dan pegang sikit dah geli, buat itu geli, buat ini geli. Kalau macam tu kenalah duduk diam-diam. Tak boleh bermain atau menyentuh apa-apa pun. Kan ker susah tu.

 

 

1 Comment (+add yours?)

  1. azura hj abdullah
    Mar 17, 2009 @ 09:26:01

    menarik cerita ni..untuk bermesra dengan kanak-kanak atau anak-anak.memberi idea jg cara menjawab yang bernas apabila di tanya kanak-kanak..

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: