Si Jebong…

masakan kampung

masakan kampung

“Mak, nak makan ikan” jerit Sahl kelaparan.

“Boleh. Ajak Asyiqin sekali. Sedap ni mak masak”. Mak dengan semangat keibuan memanggil anaknya Sahl dan Asyiqin.

“Ayah ke mana mak?” tercari-cari Asyiqin.

“Ayah dijemput kenduri tadi. Mari kita makan sama-sama”. Sahl menjadi pelopor bacaan doa hari itu.

“Mak, peliknya ikan nih” gelak Sahl.

“Mengapa pula Sahl? Mak beli mahal nih. RM9 seekor!” sambil mencubit isi ikan panggang.

“Mata dia pelik la. Terbeliak. Tingginya mata dia” Sahl mengusik Asyiqin yang asyik mencubit-cubit isi ikan.

“Cubalah dulu, nanti mak cerita” mak membimbing Sahl agar mencuba terlebih dahulu. Sahl rasa geli melihat ikan. Tetapi oleh kerana isi ikan dicubit-cubit oleh mak dan Asyiqin, Sahl tidak dapat menahan rasa kelaparannya lagi.

“Wah! Sedapnya. Manisnya. Macam ayam la mak” jerit Sahl gembira. Sedikit gelojoh Sahl memasukkan nasi bersama isi ikan air tangan mak.

“Perlahan-lahan sayang. Ikan ini namanya Ikan Jebong” jelas mak.

masakan panggang...nyam nyam...

masakan panggang...nyam nyam...

“Hahaha, betul ker. Ker mak yang suka-suka bagi nama. Lucu la” gelak Sahl. Nasi digaul dengan kuah sayur betik.

“Betul la. Orang sabah ada yang panggil ikan ayam-ayam” tambah mak lagi.

Terlopong Sahl. Asyiqin gelakkan Sahl.

“Patut la macam ayam!” Asyiqin pula mengusik. Semakin meriah makan bersama keluarga. Kalau ada ayah bersama, tentu lagi rancak majlis makan bersama pengisian ilmu.

Seusai dari makan, mak berceloteh lagi;

“Kamu nampak kan tadi. Ikan Jebong tu nampak je tak ensem, tetapi isinya Subhanallah manisnya. Macam ikan-ikan lain tu cantik, tapi isinya tak semanis si Jebong.”

“Aha la. Sedap la si Jebong. Tapi rasanya macam ayam la” tambah Sahl. Asyiqin asyik mengadap televisyen.

“Itulah kuasa Allah. Ikan ada berjuta-juta jenis tapi isinya tidak pernah sama. Si Jebong tu jenis ikan bukannya ayam, tapi isinya macam ayam. Ikan Yu lain pula rasanya. Ikan pari lain pula rasanya. Betul tak?” soal mak meneka kegeniusan anaknya.

“Betul, betul, betul!” jawab Sahl seperti jawapan Upin dan Ipin. “Mak, nanti kita beli ikan ayam Jebong ye mak. Sahl suka la” tambah Sahl

“Wah, tak buleh la hari-hari sayang. Mahal dan susah nak cari. Takpa, esok kita cari ikan putih pulak. Sedap juga. Tapi tak sama pun rasanya macam ikan Jebong atau Ikan ayam-ayam. Ha, bukannya Ikan Ayam Jebong.” Usik maknya.

Asyiqin tergelak didepan sofa.

Glosari Arab :

samak ( سمك ) = ikan

dajaj masywi ( دجاج مشوي ) = ayam bakar

laziz ( لذيذ ) = lazat


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: