Tips berblog..

Segala ilmu yang kita ada walaupun sedikit eloklah dikongsikan. Ini kerana kita hendaklah yakin bahawa Allah pasti akan menambahkan ilmu kita dan memberikan pahala selagi mana ilmu tersebut disebarkan. Itu dikira amal jariah. “Jari” itu maknanya mengalir seperti sungai yang mengalir. Amal jariah bermakna amalan yang tidak putus-putus mendapat pahala dari Allah.

Oleh kerana itu, janganlah kamu semua kedekut sangat dengan ilmu yang kamu rasa mahal sangat harganya. Lebih bagus dan lebih elok jika ia disebarkan.

Alhamdulillah, saya mempunyai seorang kawan yang sangat suka menceritakan semua perkara yang disampaikan di kuliah. Inilah antara sifat dai’e dan cara untuk mengelakkan dari persembunyian ilmu. Lagipun, orang-orang yang menyembunyikan ilmu ini akan di lemaskan kepalanya di dalam api neraka.

Di dalam Sunan Abu Dawud di datangkan hadith di bawah tajuk “Dibenci  akan orang-orang  yang menyembunyikan ilmu” seperti berikut ;

“Apabila ditanya kepada kamu sesuatu ilmu, kemudian dia sembunyikan, maka Allah akan memasukkan kepalanya di dalam longgokan api neraka” [no 3173]

Maka, disini suka saya nak kongsikan beberapa tips di dalam berblog;

1. Luruskan niat anda berblog.

2. Jangan lupa menulis tag. Pada pandangan saya ia berguna bagi pengguna apabila mencari sesuatu perkara di dalam web. Pastikan anda menulis tag yang berharga dan bernilai contohnya kayu kokka palsu, kayu kokka khurafat dan sebagainya

3. Ceritalah apa sahaja yang dapat beri manfaat kepada pembaca. Anda dapat bayangkan betapa besarnya pahala orang yang berkongsi ilmu yang bermanfaat, kemudian dibaca pula oleh seseorang, lalu disampaikan kepada orang lain.

4. Saya suka karya asli dan buatan sendiri. Walaupun kurang bermutu tetapi anda sedang berlatih menulis dan akan memperbaiki mutu tulisan tersebut. Jika anda ingin menyalin karangan orang profesional, cuba hubungkan dengan web lain tanpa banyak menyalin di dalam web.

5. Pilih layout yang santai. Tidak perlu terlalu berat. Biar sejuk mata memandang. Manusia secara fitrahnya suka memandang langit, pantai, bukit bukau dan seumpamanya.

6. Tips yang baru saya dapat ialah tak perlu menulis KLIK DI SINI. Ini antara ilmu yang baru saya perolehi. Tidak perlu mengarahkan kepada pembaca, cukup anda teruskan link tersebut secara tidak langsung. Ini saya dapat dari Quality Assurance. Saya sendiri selalu menulis “klik disini”  sebelum ini. Hehe

Mungkin ini antara tips yang dapat saya kongsikan dengan pembaca selama saya menulis blog dari tahun 2002. Mudah-mudahan anda tidak lokek berkongsi tips yang lebih menarik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: