AT – Upah atau pahala

oleh : Habibul Izzah Ahmad


Faiz sangat jimat berbelanja. Setiap hari duit belanja sekolah yang diberikan kepadanya disimpan ke dalam beg duit miliknya. Sifat jimat ini tidak pula membuatkan Faiz lokek untuk membelanjakannya. Ada sahaja ideanya untuk membelanjakan duit simpanannya sama ada untuk membeli alat tulis ataupun barang permainan. Malahan Faiz turut menggunakan wang simpanan ini untuk dilaburkan kepada adik-adiknya.

“Nadiah, kalau Nadiah tolong abang angkatkan buku-buku ini dan letakkannya semula ke rak buku nanti abang bagi RM1”, kata Faiz kepada adiknya Nadiah. Nadiah yang pada mulanya agak malas untuk mengemaskan semula buku-buku yang disepahkan itu, tersenyum dengan tawaran Faiz lalu mula mengemas.

Bukan itu sahaja, apa sahaja yang Faiz mahukan bantuan daripada adik-adiknya pasti akan ditawarkan upah yang lumayan ini RM1. Sehinggalah pada suatu hari Ummi menemui beg duit Faiz yang separuh terbuka di atas meja. Lantas Ummi membukanya dan alangkah terkejutnya Ummi apabila mendapati duit yang setiap hari disimpan oleh Faiz hanya tinggal beberapa ringgit sahaja.

“Faiz! Faiz!” Panggil Ummi. Ya Ummi… “ada apa Ummi” jawab abang. “Ke mana perginya duit yang abang simpan setiap hari. Apa yang abang beli?” Tanya ummi kepada Faiz

“Duit tu abang gunakan untuk beli pen khat di sekolah semalam, Ummi”.

“Takkanlah harga pen khat tu mahal sangat sampai habis duit abang?” Tanya Ummi lagi.

“Taklah, tadi abang bagi RM1 kat Nadiah dengan Ahmad sebab tolong abang kutipkan pensil warna yang Farhah sepahkan”.

“Mmmm baguslah macam tu, pemurah betul abang Faiz. Mari sini Ummi nak cakap sikit. Baguslah kalau abang bagi upah dekat adik-adik selepas mereka buatkan kerja yang abang suruh, tapi ada tak baiknya. Kalau sekiranya abang tak ada duit, abang nak juga Nadiah dengan Ahmad tolong abang, tapi mereka tak mahu sebab selalunya abang bagi duit tapi hari ini abang tak bagi duit sebab duit abang dah habis, macam mana?”

mari kita ikhlaskan amalan kita...

mari kita ikhlaskan amalan kita...

“Beri upah untuk tunjukkan penghargaan nie bagus, tapi jangan dijadikan kebiasaan. Sepatutnya abang minta tolong adik-adik buat tapi bukan untuk mendapatkan upah tetapi lakukan dengan ikhlas. Kalau buat sesuatu dengan ikhlas tanpa meminta sebarang balasan seperti upah, maka Allah SWT akan berikan pahala sebagai balasannya. Semakin banyak pahala maka semakin hampir dan mudahlah kita untuk masuk syurga. Pahala yang diperolehi akan kekal sehingga ke hari akhirat. Tapi duit nie kalau dibelanjakan habislah nanti.”

“Yalah Ummi nanti abang fikirkan”. Ummi hanya tersenyum sambil mengusap lembut bahu Faiz. “Duit abang tu kalau dah banyak beri pada Ummi, nanti kita masukkan ke dalam bank ok”, kata Ummi lagi.

Keesokkan harinya Ummi masih mendengar Faiz menawarkan sesuatu kepada adik-adiknya, apabila Ummi menyuruh mereka mengemaskan semula permainan yang disepahkan. Namun kali ini berlainan pula bunyinya. “Nadiah, Ahmad, nak duit atau pahala. Kalau nak duit, nanti duit habis, tapi kalau nak pahala nanti boleh masuk syurga…”

Ummi hanya tersenyum mendengarnya.

Glosari arab :

ujrah ( أجرة ) = upah

ajrun ( أجر ) = pahala

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: