Radio…

Ada panggilan telefon untuk hadir soal jawab di radio. Soalan berkaitan qurban dan hadas besar.

kebersihan sebahagian dari iman

kebersihan sebahagian dari iman

Antara soalannya ialah mengenai hikmah mengangkat hadas besar. Alhamdulillah, setelah membaca sedikit, terjumpa bahawa Dr. Yusuf Qardhawi pernah menaqalkan bahawa Ibnul Qayyim pernah menyebut di dalam kitabnya akan kelebihan syariat Islam mensyariatkan mandi.

Ibnul Qayyim menyebut antara hikmahnya ialah melepaskan beban yang berat dan membuang sifat malas di dalam diri. Abu Zar setelah mandi hadas besar menyebut “seolah-olah aku melemparkan bebanan yang berat pada diriku”

Manakala, hikmah yang lain sudah diketahui umum iaitu bersih dari segala kekotoran, cergas dan segar tubuh badan, sihat dari segi jasmani, jiwa dan akal. Dan masih terlalu banyak lagi hikmah yang belum dijumpai dan sedang dikaji oleh para doktor-doktor. Dan masih terlalu banyak hikmah yang hanya diketahui Allah Ta’ala. Yang penting, kita melakukannya dengan penuh taat. [Zaadul Ma’ad, Jilid 4 ms 233]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: