ALQURAN KITAB PETUNJUK..

Ramai orang yang mengaku bahawa kitab AlQuran adalah kitab petunjuk tetapi betapa ramai yang membacanya? Ini kerana lidah mudah menyebut tetapi tidak hatinya. Mengapa begitu?

AlQuran kitab hidayah..

AlQuran kitab hidayah..

Apakah rasional anda tidak membaca AlQuran setiap hari? Mungkinkah kita…

a) ianya hanya kitab biasa

b) tidak menjadi masalah jika kita tidak membacanya

c) terpulang kepada individu

d) tiada majlis khatam AlQuran sepanjang tahun

e) lupa bawa AlQuran

f) sudah mencukupi membaca ayat-ayat lazim

g) memang malas nak membaca

h) masa tidak mencukupi

i) terlupa baca

j) terlalu sibuk dengan kerja harian

Sayangnya kita mengaku umat Islam yang prihatin kepada kitab pedoman dan petunjuk, tetapi pada masa yang sama kita tidak berusaha membacanya setiap hari.

Seorang ayah dan ibu ditanya amalan mendapatkan anak yang soleh. Ibu dengan tersenyum menjawab “Saya tidak mengaji tinggi hanya lepas tingkatan 5 di sekolah pondok sahaja. Saya tiada amalan yang lain melainkan saya tidak pernah meninggalkan membaca AlQuran setiap selepas solat fardhu Subuh. Setelah puas khatam AlQuran, saya berpindah pula kepada membaca tafsir. Ianya sudah cukup menjadi penawar yang paling mujarab kepada saya dan anak-anak kecil yang saya lahirkan dengan izin Allah”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: