Masteri…


17 November 2008 hingga 6 Disember 2008 adalah tarikh bagi menandakan usangkan blog ini sementara penulisnya menimba ilmu di IPGM Kampus Kent.

Mempelajari strategi Pedagogi Bestari merupakan pelajaran yang menyeronokkan. Puan Nor Salawati juga bersemangat mengajar kami cara dan strategi pengajaran secara bestari. Yang menarik minatku ialah pembelajaran Masteri. Iaitu antara kaedah pengajaran yang menyentuh satu topik secara menyeluruh.

Sempat mempraktikkan di dalam kelas stail Masteri dengan tajuk solatnya. Bermulanya dari persoalan umum solat hinggalah hikmah perlakuan solat. Rajahnya seperti berikut :

Akhirnya, semua pelajar mengetahui betapa tinggi hikmah seseuatu ibadat. Ianya ada yang boleh disingkap seperti perlakuan solat jemaah adalah bagi mengecas cas positif dan bukannya negatif. Manakala, ada pula yang masih lagi belum disingkap akan hikmahnya seperti rasional memberi salam ke kanan dan kiri.

Tetapi yang paling penting di dalam disiplin ilmu islam iaitu kita mengambil jalan berdiam diri jika tidak tidak dapat memikirkan hikmah perlakuan sesuatu ibadat kecuali hikmah-hikmah yang telah jelas disebut oleh Allah Ta’ala. Islam bukan tidak menganjurkan kita berfikir tetapi otak yang Allah ciptakan kemampuannya terbatas.

Kita lihat contohi perlakuan para sahabat Rasulullah. Apabila mereka mendengar ada satu perintah mahupun larangan, mereka terus mematuhiny dengan penuh taat setia tanpa ragu lagi. Ini kerana mereka sangat percaya apa yang dibawa oleh Rasulullah adalah benar dan merupakan wahyu dari Allah Ta’ala.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: