AT – Azan…

oleh : Habibul Izzah

Ummi…Ummi, tolong ajarkan abang azan. Abang kena masuk pertandingan azan di sekolah, kata Faiz. Ok, cuba abang azan sekali Ummi nak dengar? Faiz pun mula mengalunkan azan,

Inilah antara syiar agama Islam...

Inilah antara syi'ar agama Islam...

Allahu akhbar…Allahu akhbar, (2X)

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar

Ashadu al laillaha ill Allah… (2X)

Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah

Ashadu an na muhammadur rasulullah…, (2X)

Aku naik saksi bahawa nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah

Haiya allasallah….(2X)

Marilah tunaikan solat, Marilah tunaikan solat

Haiya allalfallah….(2X)

Marilah menuju kejayaan, Marilah menuju kejayaan

Allahu akhbar…(2X)

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar

Lailla ha illallah

Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah

Pandai pun anak Ummi azan, tapi masih belum lancar. Nafas abang pendek dan tersekat-sekat. Suara abang pun tengelam timbul, tak berapa jelas ummi dengar. Abang perlu berlatih lagi. Cuba dengar Ummi azan pulak. Lalu ummi pun mula mengalunkan azan…diselang selikan dengan laungan azan oleh Faiz silih berganti.

Ummi, kenapa orang Islam kena azan? Tanya Faiz selesai sahaja berlatih.

Mmmm, tujuan azan dilaungkan ialah untuk memaklumkan kepada seluruh umat Islam telah masuk waktu solat, sama ada solat maghrib, isyak, subuh, zohor dan asar.

Azan juga boleh dilaungkan untuk menghindarkan diri kita daripada sebarang malapetaka atau musibah, seperti laungan azan ketika hujan ribut atau ketika dalam keadaan ketakutan, juga menghindarkan diri daripada gangguan iblis dan syaitan.

Iblis dan syaitan takut dengar azan? Soal Faiz lagi.

Ya, syaitan atau iblis biasanya akan mengarahkan anak-anaknya pergi mengganggu umat islam yang baru hendak solat di masjid. Tiba di masjid, anak-anak iblis ini akan bersiap sedia untuk menghasut dan melalaikan para jemaah. Tiba-tiba berkumandanglah azan, maka larilah anak-anak syaitan dan iblis. Ada yang terlanggar bukit, pokok besar dan seumpamanya. Mereka akan lari sehingga tidak terdengar lagi di telinga mereka laungan azan. Syaitan dan iblis tadi akan meraung kesakitan akibat cedera parah, patah tangan ,kaki dan sebagainya. Begitulah takutnya iblis dan syaitan apabila mendengar azan berkumandang.

Padan muka syaitan dan iblis kan ummi, jahat sangat suka ganggu manusia, komen Faiz.

Faiz tahu tak siapa yang mula-mula mengalunkan azan? Tanya ummi pula. Faiz menggelengkan kepala, lalu ummi menjawab. Sahabat Rasulullah yang mula-mula mengalunkan azan ialah *Bilal bin Rabah. Suara Bilal sangat sedap walaupun rupanya tidak cantik. Apabila Bilal mengalunkan azan semua orang terpegun mendengarnya.

Oh kalau macam tu abang pun nak azan macam Bilal lah ummi, barulah boleh menang dalam pertandingan azan nanti, balas Faiz. Ummi hanya tersenyum sambil menjawab, kalah atau menang tidak penting, yang penting selepas ini anak ummi dapat mengamalkan apa yang abang belajar. Belajar azan bukan untuk pertandingan semata-mata ok, tapi selepas nie ummi nak dengar setiap kali masuk waktu solat abang akan azan sebelum sama-sama kita tunaikan solat berjamaah.

Glosari Arab :

AnNida’ النداء = selain daripada makna seruan, ia juga bermakna laungan azan

* Sudah menjadi lumrah dan adat apabila seorang muazzin digelar Bilal di Malaysia sempena nama beliau.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: