Cita-Cita…

Children of heaven...

Children of heaven...

Cuba kamu pilih cita-cita yang tertera pada papan putih.

1.tentera 2.guru 3.polis

Maka, ramailah yang memilih polis dan tentera. 5 orang memilih profesion keguruan. Ada harapan untuk melihat anak bangsa ingin bangunkan generasi yang seterusnya. Terus menyapa Nazatul :

“Kenapa nak jadi guru, Nazatul?” sapaku

“Guru cantiklah. Boleh pakai tudung” jawabnya selamba.

“Kalau begitu, dari sekarang kenalah pakai tudung” jawabku.

Tergelak besar Nazatul.

Alkisahnya, seorang dari 33 orang murid menjawab :

“Saya nak jadi angkasawan” sapa Noraisah

“Buat apa jadi angkasawan” cuba ku selami maksudnya.

“Dapat melihat bintang” katanya bangga.

Semuanya bagus cita-cita yang diimpikan oleh murid kelas tercorotku. Kemudian, ada pula yang menggelikan hatiku.

“Saya mau kerja kapal sebab saya suka!” kata Syaril.

“Ooo” terlopong seketika. “Kamu pula Rezaimi?” terus ku alihkan perhatian.

“Saya kerja kapal juga!” jawabnya langsung.

“Mengapa pula 2 orang kamu ni kerja kapal?” pelik

“Sebab kapal Syaril tu besarlah, ustaz. Jadi, saya kerja sama-sama dia bawa kapal!” katanya lurus bendul.

Gelihati ku melihat telatah kelas 1 Ikhlas.

*atamanna = aku bercita-cita / aku berhasrat

2 Comments (+add yours?)

  1. ira
    Jan 13, 2010 @ 15:06:53

    saya xtau ape cita2 saya.bknla sy tidak ade cita2 tp sy tak tau ape cita2 sbnr sy..family sy suruh sy jd guru.tp sy nk jd doktor..tp sy fikir2,mcm susah jer nak achieve..tp sy pn suka keje management..ntahla,sy tak tau..

    Reply

    • mesrarakyat
      Jan 14, 2010 @ 22:31:03

      teruskanlah cita2 yg baik tu, adakala kita belajar bidang lain kerja bidang kerana tak semestinya kita kerja apa yang kita belajar sahaja, malah ada juga bidang2 yang kita minati selain dari apa yang dipelajari. Selamat maju jaya!

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: