Syurga dan Neraka…

Tambah maklumat anda dengan Syurga dan Neraka...

Tambah maklumat anda dengan Syurga dan Neraka...

Ketika membahaskan pengertian ringkas Surah Al-Fatihah dari ayat 1 hingga ayat 4, saya mendapat pengalaman yang menyeronokkan. Ianya hanya faktor sumbang saran yang positif dari murid-murid. Setelah puas mengulang-ulang bacaan Surah Al-Fatihah, pengertiannya tidak boleh diketepikan begitu sahaja. Apatah lagi ia merupakan silibus tetap. Hehe..

“Tuhan yang memiliki Hari Pembalasan” jelasku..

“Kamu tahu Hari Pembalasan?” lantang ku bersuara.

Semua terdiam.

“Kamu tahu Hari Kiamat?” soalan ku tukar sedikit walaupun sama.

”Tahu..!!” jerit murid 1 Ikhlas.

”Orang yang baik masuk..”

”Syurga!!” balas murid spontan.

”Orang yang jahat..??

”Masuk Neraka..!!” mereka masih boleh menjawab.

Kemudian, saya terus menceritakan seronoknya orang yang menjadi ahli syurga. Dan betapa deritanya menjadi ahli neraka. Tidak lupa ku sajikan mereka bahawa ahli syurga bakal menjamu selera dengan makanan idaman dan permintaan mereka. Akan tetapi, malang bagi ahli neraka yang bakal menjamu makanan mereka dengan buah yang berduri, minuman air yang mendidih, air berupa nanah yang busuk dan sebagainya.

Tiba-tiba seorang murid mencelah. Kelas menjadi diam.

Masri bertanya ”Ustaz sudah sampai Syurga kan?”

Terkejut aku soalan budak cilik ini walaupun kedudukan tahun 1 Ikhlas ini paling belakang dalam status cekapnya.

”Ustaz pun belum pergi. Ustaz tau sebab ustaz pandai baca AlQuran!” jawabku sejujurnya.

”Kalau kamu pandai baca Al-Quran. Baru kamu tahu cerita best-best!. Mahu??” soalku secara bermotivasi agar murid-murid yang baca ’reti’ membaca Al-Fatihah dapat menambah minat terhadap Al-Quran.

”Mahu!!” jerit Fikri. Salah seorang murid yang paling nyaring suaranya.

Sebagai penutup, ku soal lagi murid-muridku;

”Kamu mahu jadi orang yang baik atau jadi orang jahat?”

”Orang baik!!” jerit mereka spontan.

”Kalau orang baik, ustaz bercakap kamu kena deeee…??

”..ngar!!!” sambung murid pantas.

Tiada hari yang terindah bagiku melainkan setelah dapat memberikan pengajaran atau pendidikan agama kepada anak kecil secara tidak langsung. Masih dengan cara yang sama;

  1. Bercerita – cerita mestilah kita hayati dan menyelami kisah tersebut. Bercerita dengan anak kecil memerlukan anda seperti budak-budak bercerita. Rasanya anda tahu cuma malu dengan gaya begitu apatah lagi jika anda seorang yang ego!

  1. Melukis – sudah menjadi resam ku bercerita sambil melukis kerana budak kecil suka melihat gurunya hebat. Terutama di dalam bidang lukisan kerana anak kecil memang nalurinya suka melukis.

  1. Aktiviti bergerak – selalu juga kelas ku seperti kelas senaman. 5 minit terakhir kadangkala ku buat gerakan atau lagu nasyid yang memerlukan gaya sehingga melompat. Itu semata-mata untuk pendidikan.

Nikmatilah memberi pendidikan kepada anak kecil..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: