Ziarah Kubur selepas raya?

TAJUK : HUKUM HAKAM MENZIARAHI KUBURAN SETELAH SOLAT SUNAT EIDULFITRI

Tarikh : 2/11/2005

Mufti : Dr. ‘Atiah Saqar

Penterjemah : mesrarakyat.wordpress.com

Kuburan Baqi

Kuburan Baqi'

Nama : Muhammad, Somalia

 

Tajuk : Adakah boleh menziarahi kuburan pada hari raya

 

Soalan :

 

Ramai di kalangan muslim yang berebut untuk ke kuburan sebaik sahaja selesai solat sunat Eidulfitri. Apa pandangan islam mengenai ziarah tersebut?

 

 

Bismillahirrahmanirrahim..

 

Selawat dan salam atas Junjungan Besar Rasulullah Sallahua’alaihiwasallam..

 

Ziarah kubur pada asalnya adalah sunnah nabi kerana ia mengingatkan manusia mengingati hari akhirat. Di dalam riwayat Muslim, daripada Abu Hurairah menceritakan : Bahawa Nabi Muhammad Sallahu’alaihiwasallam melawat kubur ibunya, lalu menitiskan air mata dan orang berada disekelilingnya menangis. Kemudian baginda bersabda : ”Aku memohon keizinan kepada Tuhanku agar diampuni dosanya, tetapi tidak mengizinkan. Maka aku memohon izin agar dapat aku melawat kuburan, maka diizinkan. Maka itu, ziarahilah kuburan, sesungguhnya ia boleh mengingatkan kepada kamu kepada kematian”.

 

Manakala, didalam riwayat Ibn Majah pula dengan sanad yang sahih, Nabi bersabda ”Aku dahulu menyuruh umatku menziarahi kubur. Maka, sekarang ziarahilah, sesungguhnya ia dapat menjadikan engkau zuhud di dunia dan mengingatkan mu tentang hari akhirat”.

 

Menziarahi kubur tidak terhad kepada masa-masa yang tertentu walaupun ada sebahagian ulama yang pernah menyatakan pahala yang lebih besar menziarahi kuburan pada hari tertentu seperti hari khamis dan jumaat. Oleh itu, walaupun dalilnya tidak kuat, disini kita dapat tahu bahawa ziarah manusia itu perlu apabila ia masih lagi memberikan pengajaran dan peringatan terhadap kita.

 

Adapun jika kitab melawat kuburan sebaik sahaja solat sunat eidulfitri selesai dan kemudiannya menarik masam, memberikan ucap takziah ia adalah dimakruhkan. Kerana takziah tidak boleh lebih dari 3 hari pada hari tersebut. Apatah lagi, hari raya adalah hari untuk bergembira dan santai. Oleh itu, sudah tentu kita tidak mahu kegembiraan dipengaruhi oleh sifat kecewa pada hari tersebut.

 

Sumber :

http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1122528605852

 

1 Comment (+add yours?)

  1. zali
    Oct 01, 2008 @ 01:22:11

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: