20 perkara rancangan Ramadhan…

Beberapa hari menjelang ramadhan.. apa yang kita perlu lakukan?

Oleh : Ahmad Zahran

Penterjemah/Olah ringkas : mesrarakyat/ibnuhazam

Ramadhan semakin hampir...

Ramadhan semakin hampir...

Hasan Basri pernah berkata “Allah jadikan bulan ramadhan sebagai bulan persaingan merebut untuk mendapatkan ketaatan dan keredhaanNya. Ada sebahagian kaum merebutnya dan berjaya, dan ada yang terkebelakang dan mereka rugi. Peliknya hari itu, orang-orang muhsinin sentiasa berjaya dan orang-orang yang melakukan kebatilan selalunya mengalami kerugian”

20 perkara yang dapat kita rancang sebelum menjelangnya ramadhan seperti berikut :

1- Doalah kepada Allah agar dapat bersama dengan Ramadhan

2- Bersyukur kerana dapat bersama dengan Ramadhan

Ibn Rajab Rahimahullah pernah berkata ”manusia biasa memberikan tahniah dikalangan mereka dengan kedatangan Ramadhan. Masakan tidak, kerana bulan ini dibuka kepada orang mukmin pintu-pintu syurga. Orang-orang berdosa pula menjadi berita gembira kerana pintu neraka ditutup. Bagaimana tidak gembira kepada orang-orang yang lalai tatkala syaitan-syaitan digari”

Imam Nawawi menyebut di dalam kitab azkarnya ”disunatkan kepada orang yang mendapat nikmat dan terlepas dari bala untuk melakukan sujud syukur selayaknya”

3- Merebut kelebihan bulan Ramadhan

4- Berazam meninggalkan dosa dan bertaubat

Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. [An-Nur ayat 31]

5- Rancang terlebih dahulu di dalam Ramadhan

Ramai orang merancang program untuk dunia tetapi jarang orang merancang program untuk akhirat. Rancanglah perkara yang patut dilakukan pada siang, malam dan masa-masa yang perlu dipenuhi.

6- Atur program menghafaz doa-doa dan zikir-zikir

Baca dan salin doa dan zikir-zikir. Kemudian, jadikan ia wirid samada selepas solat atau pada mana-mana waktu sekalipun.

7- Berazam menggunakan sebaiknya masa Ramadhan

8- Mulakan hari-hari dengan aktif dan bersemangat

9- Minta pertolongan dari Allah dan jangan mudah lemah

10- Mengenali perjuangan para sahabat dan ulama terdahulu

Sepertimana Sufyan Thauri meninggalkan semua pekerjaannya dan menumpukan dengan membaca AlQuran. Walid bin AbdulMalik pula khatam setiap 3 hari. Imam Syafi’i khatam 60 kali sepertimana diceritakan oleh ArRabi’ Sulaiman. Imam Bukhari pula khatam setiap siang hari Ramadhan.

11- Bersedia dengan spritiual dan fizikal

12- Berjihad melakukan kebaikan dan buang tabiat-tabiat buruk

13- Sediakan diri anda untuk berdakwah di jalan Allah

14- Buka lembaran baru yang suci

Kerana Allah, kita mendekatkan diri kepadaNya, kepada Rasulullah, kita ikuti sunnahnya, kepada ibubapa, kita terus melakukan kebajikan kepada mereka. Rasulullah ada bersabda ”sebaik-baik manusia adalah yang dapat memberi manfaat kepada manusia yang lain”

15- Dapat berpuasa 2 kali Ramadhan

Iaitu dengan cara memberi makan orang yang berpuasa walaupun sedikit sepertimana janji Rasulullah ”barangsiapa yang memberi makan ketika berbuka kepada orang yang berpuasa, pahalanya sama seperti pahala orang tersebut, tidak berkurang walau sedikitpun (yakni sama)” [Riwayat Muslim]

16- Muhasabah setiap hari

Apabila diri anda tidak sibukkan diri anda bermuhasabah untuk terus menjadi orang yang baik, maka diri anda pula dipenuhi dan dihimpuni dengan kejahatan-kejahatan.

17- Cari sahabat yang baik-baik

Dengan memilikinya anda turut dapat melakukan program kebajikan dengan mudah pada bulan ramadhan. Antara kelebihan memiliki sahabt yang baik ialah dia sering memimpin tangan kita apabila kita terasa lemah, membantu memberi semangat apabila kita rasa malas sepertimana ada satu athar ”sahabat itu sebenarnya seorang yang mengingatkan kita kepada Allah, dan apabila kita lupa, dia akan mengingatkannya”

Sufyan Thauri berkata ”jadikan dirimu duduk dengan orang-orang yang hanya memandang dunia ini bukan matlamat asalnya (zuhud) dan sering mengajakmu melakukan kebaikan untuk akhirat, dan elakkan dirimu dari duduk bersama orang-orang yang suka membincangkan perkara-perkara dunia secara melampau, ia boleh merosakanmu, agamamu dan hatimu”

18- Bersungguh-sungguh untuk melakukan perubahan

Hari demi hari menuntut kita melakukan perubahan. Kita perlu nyatakan keburukan dan kekejian yang telah kita lakukan pada diri sendiri kemudian mengubahnya sedikit demi sedikit. Dan jangan kita berputus asa dari rahmat Allah.

19- Sembah Allah dengan cara berakhlak dan beradab

Ibadat di dalam islam sebagai wasilah tetapi matlamat dari perlakuan ibadat ialah kesan dari melakukannya boleh mendidik akhlak dan peribadi diri kita. Sepertimana anjuran Rasulullah mengenai puasa boleh menjauhkan diri dari perbuatan dusta dan nista :”sesiapa yang tidak dapat meninggalkan perkataan yang dusta dan melakukannya, maka Allah tidak berhajat pun untuk dia meninggalkan makan dan minumnya (yakni berpuasa) ” [Muttafun ’Alaih]

Manakala, bulan Ramadhanlah kita berpeluang melakukan kebaikan kepada jiran kita. Inilah masa kita berkasih sayang sesama mukmin. Hadith nabi ada menyebut ”mukmin itu ibarat satu badan dari segi kasih sayangnya. Jika sakit salah satu anggota, yang lain turut merasai keperitannya” [Muttafaqun ’alaih]

20- Jadikanlah diri kita sentiasa dapat menyeru kepada kebaikan

Di dalam riwayat Muslim dinyatakan hadith ”sesiapa yang memudahkan urusan saudaranya, Allah pula akan memudahkan urusannya”

Maka marilah wahai saudaraku, kita gandakan pertolongan kita, berazamlah melakukan kebaikan sehingga orang lain tidak mendahului diri kita melakukannya.

Artikel asal berbahasa arab di islam online di sini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: