Semulajadi?

ma ajmala = alangkah cantiknya!

ma ajmala = alangkah cantiknya!

Ahmad memandang langit yang kebiruan. Sangat indah. Sangat menakjubkan. Tiada tiang pada langit. Tidak mungkin tiada penciptanya. Sangat luas. Terletak di atas. Sukar digambarkan bagaimana ia boleh ditinggikan jika tiada pencipta yang meninggikan kedudukan langit tersebut. Dia teringat peristiwa semalam antara dia dan guru Sainsnya.

Cikgu Esther : Kita tengok alam semulajadi. Sangat indah kan?

Ahmad mengangkat tangan kemudian berdiri ingin menanyakan sesuatu.

Cikgu Esther : Ya, Ahmad. Silakan.

Ahmad : Kenapakah kita menyebut semulajadi, cikgu?

Cikgu Esther : Itulah istilah yang tepat kita gunakan di dalam Ilmu Sains.

Ahmad : Apa yang dimaksudkan dengan semulajadi?

Cikgu Esther : Ianya seperti sudah disediakan sebegitu rupa sebelum wujudnya kita.

Ahmad : Oh, jadi alam kita ini pun sudah ada sejak sekian lama, cikgu?

Cikgu Esther : Ya, seperti zaman dinosour.

Ahmad : Baru-baru ini saya dengar dari seorang cikgu Sains juga menyebut tiada kajian tepat mengenai kehidupan dinosaur.

Cikgu Esther : mengapa demikian?

Ahmad : sebab katanya di dalam kitab suci orang Islam, tiada pernah disebut binatang-binatang yang besar. Malah, yang disebut penciptaan pertama kita menurut orang Islam ialah Adam, kemudian Hawa yang kita sebut di dalam bahasa Inggeris Eve.

Cikgu Esther : bagus-bagus. Ada masa kita berbincang kemudian ya Ahmad?

Ahmad : Baik, cikgu.

Ahmad masih belum tahu bahawa Cikgu Esther sangat tertarik dengan perwatakan, ilmu sains Cikgu Zaidi yang digelar ustaz di sebuah sekolah menengah berhampiran dengannya. Cuma, Esther perlukan lagi masa untuk menilai perkara-perkara tersebut memandangkan beliau sukar menukar sesuatu fakta yang telah lama dibekukan di dalam kotak mindanya.

Cuma Cikgu Esther sangat mengagumi beberapa biodata ahli Sains Islam yang sering dikemukan kajiannya oleh Cikgu Zaidi seperti Abdul Majid azZindani, Dr. Zaghlul Najjar dan sebagainya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: