Kesilapan…

Kadang-kadang kita berniat baik, tetapi cara yang tidak bijak, maka hasilnya juga tidak bijak.

Kadang-kadang anda ingin mendapat untung besar dalam perniagaan, tetapi anda tiada ilmu bisnes yang baik, maka hasilnya tidak sampai kepada matlamat yang diinginkan.

Kadang-kadang anda ingin mendapat kejayaan yang sangat cemerlang di dalam peperiksaan, tetapi anda tidak tahu teknik menjawab yang baik, maka hasilnya tidaklah mencapai sasaran yang sebenar.

Kadang-kadang anda ingin membina masjid yang sangat hebat supaya dikenang orang, tetapi anda tidak mempunyai sebarang dana pada masa tersebut, itu hanya menjadikan angan-angan belaka.

Ada kala anda sangat dipandang orang kerana anda bijak mengendalikan sesuatu perkara.

Ada kala anda sangat dibenci orang kerana anda tidak bijak di dalam beberapa perkara tertentu.

Ada kala anda disayangi kerana anda bijak berkawan dan sanggup pula berkorban demi kawan.

Ada kalanya anda anda sangat dibenci kerana anda tidak bijak mengatur langkah menambah koleksi kawan anda.

Ada kala anda bijak.

Ada kala orang memandang anda sangat bijak walaupun usaha yang anda lakukan sangat kecil tetapi bernilai pada pandangan matanya.

Ada kala anda tidak bijak.

Ada kala orang memandang anda tidak bijak, benci, sangat lembab, tidak proaktif, tidak berperikemanusian walaupun anda mengakui telah tersilap langkah dan ingin memperbaiki kesalahan tersebut.

Aku juga begitu.

pintu taubat masih terbuka

pintu taubat masih terbuka

Aku bukanlah Rasul yang maksum dari segala dosa. Aku masih lagi melakukan kesilapan.

Kadang-kadang kesilapan yang sama. Kadang-kadang kesilapan yang baru.

Biasanya, kesilapan yang tak disengajakan boleh membibitkan rasa tidak senang hati pada rakan taulan.

Aku hanya ingin memohon kemaafan kepada rakan-rakanku yang telah teraniaya oleh kesilapanku. Dan aku mohon ampun kepada Allah dan memohon kepadaNya agar dapat dapat memberikan hidayahNya kepada mereka dan tidak lupa agar diberikan kepada ku kekuatan, kesabaran untuk terus hidup dibumiNya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: