A’zab…ِ

Teringat kata-kata sahabatku, Halim kelahiran Mekah yang berkata:

”faatat sunnah!” (berlalu sudah sunnah nabi!)

”limaza?” (kenapa?)

”umuruka 27 wa anta mazilta a’zab!” (umurmu 27 tetapi engkau masih bujang!)

”sauhawil insya Allah!” (aku cuba insyaAllah!)

Khatamun ( خاتم ) = Cincin

Khatamun ( خاتم ) = Cincin

Aku faham. Dia berkata demkian kerana umurku sudah melebihi umur nabi yang berkahwin pada usia 25 tahun.

Aku tak suka menjawab kata-kata Halim. Bagiku ada benarnya, tetapi perlu diperbetulkan konsep mengikut sunnah nabi bukan terletak pada ketepatan umur tersebut sahaja. Tetapi yang nabi ajar di sana ialah ANJURAN BERKAHWIN.

Tetapi, aku sayangkan rakan yang mengharapkan demikian. Halim juga antara sahabat yang ku kenal tidak lama, tetapi amat berminat mengetahui sunnah-sunnah nabi. Dia pemegang Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi. Aku suka bersembang sebab dia tahu aku akan perlukan bantuan Bahasa Arab dan berbual dengannya dengan bahasa ‘standard’. Aku selalu bercerita kepadanya tentang sunnah antaranya apa yang Baginda lakukan selepas solat jumaat iaitu 2 rakaat di masjid dan 2 rakaat Baginda solat dirumah.

Kini, dia sudah menduduki jawatan yang pernah ku sandang dahulu. Ah, itu urusan Allah Ta’ala memberikan rezeki kepada hamba-hambaNya. Aku sayangkan sahabat-sahabat yang sangat sukakan urusan agama menjadi matlamat kehidupannya.

Di sini, seorang lagi sahabat, Us. Zaidi selalu mengusikku;

”ustaz, selalu ustaz bercerita mengenai hadith dan sunnah, tetapi ada benda yang kurang pada ustaz, tinggal tu je lagi” seloroh Us. Zaidi. Aku guna nama ustaz walaupun dia guru Sains di sekolah menengah. Ini kerana dia merupakan lepasan pondok.

”saya faham dan saya sedang berusaha ke arah itu” jawabku mudah tetapi sukar.

”nanti senang ustaz nak ajar fekah!” tambahnya pula

”ya!” tidak ku nafikan ianya akan lebih selesa jika anda mengajar fekah dengan status berkahwin. Tetapi, anda tak boleh kiaskan dengan Imam Nawawi yang tidak berkahwin dan kehebatan ilmu feqahnya. Beliau terlalu sibuk dengan pembelajaran agama, malah diriwayatkan 12 pelajaran sehari semalam ditelaahnya. Tetapi dia juga hebat dengan ilmu fekahnya, buktinya Kitab Al-Majmu’ karyanya berbelas-belas jilid!.

Aku sayangi Allah dan Rasulnya,

Aku ingin jejaki langkah-langkah kehidupanBaginda..

Bantulah Ya Allah..

Jadikan semua yang berlaku ini

Lebih mendekatkan diri ku kepada Mu

Dan RasulMu..

Sabarlah! Aku sedang berusaha!

Index Bahasa Arab:

A’zab ( أعزب ) = bujang

Uhawil ( أحاول ) = aku cuba

Faatat ( فاتت ) = sudah berlalu

Fataatun ( فتاة ) = pemudi

Fata ( فتى ) = pemuda

8 Comments (+add yours?)

  1. faizndaud
    Aug 04, 2008 @ 11:21:10

    Assalamualaikum ustaz…

    Saya pernah ke souq qadim di rabat, ada orang arab tanya kami kenapa kamu belajar bahasa arab, kami jawab bahasa arab bahasa syurga,dia tanya balik, apa dalil bahasa arab bahasa syurga, kami terkaku seketika, kami jawab dalam al Quran banyak memuliakan bahasa arab, yang pasti kami tidak dapat meyakinkan dia yang bahasa arab itu akan digunakan di syurga, boleh ustaz bagi dalil yang bahasa arab adalah bahasa syurga?

    Reply

  2. ibnuhazam
    Aug 04, 2008 @ 21:42:22

    waalaikumussalam..

    soalan anda selalu memaksa saya menelaah kitab semula. Kali ini saya terkejut apabila mendapati jawapan dari ahli-ahli fatwa mengatakan soalan ini sebenarnya tidak bermanfaat kerana bertanya perkara yang tidak penting kepada diri manusia buat masa ini dengan bertanya bahasa apa yang mereka gunakan di akhirat kelak.

    dan saya sempat melihat para ulama tidak mengiyakan kesahihan hadith menyatakan bahasa pertuturan ahli syurga adalah bahasa arab, mereka katakan hadith tersebut adalah palsu. Malah, sesungguhnya ianya bahasa yang tidak diketahui oleh manusia pun sepertimana Ibn Taimiyah nyatakan.

    Wallahua’lam, saya akan cuba ceritakan semula dengan ringkas di dalam blog jika ada kesempatan.

    saya akan edit perkataan bahasa syurga tersebut insyaAllah.

    Reply

  3. mesrarakyat
    Aug 04, 2008 @ 21:46:28

    syukran atas soalan anda membuat ana mempelajari satu perkara yang baru.

    Wallahua’lam

    Reply

  4. hajirizzal
    Aug 12, 2008 @ 06:57:02

    salam Ya Ustaz Zulkarnain Saya doakan Ustaz Sekeluarga termasuk bakal i….i & Mentua serta anak2 didiksn Ustaz di Labuan senantiasa diredaiALLAH dunya&AKHIRAT. jgn lupa habaq sya awal bila nak aqad nikah nanti! Bulih saya & zaujati bookig A.asia ziarahUstaz & sahabat2 lain di Labuan. Merasale insya-ALLAH nasi minyak Org Labuan! Aamin! sya doakan Selamat berusaha & bercuti sekolah! WALLAHU’ALAM

    Reply

  5. mesrarakyat
    Aug 12, 2008 @ 23:19:45

    waaalaikumussalam..

    sahabatku, insyaALlah anda sebahagian dari tetamu undangan saya ke WP Labuan, mungkin boleh membuat kerja ISO sekaligus. Heheh..

    syukran jazilan atas nasihat sahabat, insyaAllah doakan saya. Berdua lebih baik dari seorang..

    Reply

  6. hajirizzal
    Aug 13, 2008 @ 06:40:36

    Salam i.ALLAH saya tunggu cuma thnni 1st kapal haji 30/10/08. WUQUF 7/8/12/08. Kapal 1 balik dlm 15/12-15/1. Walimatul ‘Urus Ustaz jangka bila? Ttg ISO bagustu baru WORLD sekolah/Masjid WP Labuan kalau dpt sijil! WALLAHU’ALAM

    Reply

  7. ibnuhazam
    Aug 13, 2008 @ 09:51:39

    waalaikumussalam..

    wah bestnya ya ke Makah semula. Tahun ini tanpa saya. hehe. Apapun, saya doakan semoga berbahgia disamping melakukan ibadat, mahal harganya pahala disana jika dimanfaatkan dengan baik.

    walimatul ‘arus masih di dalam prosesnya. doakan saya dari sana ya.. mudah2an tahun depan sudah berdua..🙂

    wallahua’lam

    Reply

  8. hajirizzal
    Aug 14, 2008 @ 18:27:42

    Aamin! Syukran Mudah2an saya doakan ber3,4& seterusnya. tlg doakan semuanya dipermudahkan!.jazakALLAH

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: