Index Pencarian..

Saya menjenguk sebentar index pencarian orang ramai sehinggakan ’ter’singgah blog saya. Biar saya bantu anda semampu yang mungkin :

1- kelebihan haji

Memang saya akan buat entri haji tetapi apabila sampai masanya. Yang ada di dalam blog ini artikel haji yang sudah saya tulis dan dicetak di dalam Berita Harian.

2- Contoh penutup ceramah

Ya, memang saya letak dalam blog mengenai ini.

3- Jadual ceramah-ceramah ustaz Akil Hayy

Oo, anda tersilap singgah web ini, tetapi jangan putus asa. Sila rujuk di youtube lagi mudah untuk anda dengar ceramah beliau dan lihat visualnya.

4- buah avocado

Ya, saya ada buat entri mengenai buah tersebut tetapi mengenai jusnya.

5- bersanding

Ya, saya ada buat mengenai hukum hakam umum di entri yang sudah

6- nama kanak-kanak

Anda boleh rujuk ustaz-ustaz yang dipercayai ’kearabannya’. Ini kerana ada juga buku-buku yang ditulis atas tujuan komersial semata-mata tanpa meneliti makna sebenar nama-nama yang dicadangkan.

7- mesrarakyat.wordpress

Anda memang mencari saya.

8- ceramah

Anda peminat ceramah? Bagus. Mungkin anda sedang ingin mendengar ceramah. Apa kata, saya cadangkan ke web youtube untuk siaran lebih jelas dengan visualnya sekali.

9- rukun kematian muslimat

Saya tidak faham apa yang anda cari. Rasanya anda cari rukun solat jenazah.

10- contoh sanad al-quran

Al-Quran itu adalah kalam Allah. Ia juga wahyu dari Allah. Saya kurang faham apa yang ingin diperlukan saudara, mungkin sanad qari seperti sanad qiraat imam.

11- tanda-tanda kematian seseorang

Ya, saya ada tulis sedikit di dalam blog ini iaitu saya mempersoalkan benarkan Imam Ghazali yang katakan begitu. Dan saya minta saudara dapat letakkan dalam blog saya keratan kata-kata beliau tanda-tanda kematian tersebut untuk tujuan perbincangan yang ilmiah.

12- ibnu ishaq

Tajuk ini memang ’panas’ di dalam forum al-ahkam. Perbincangan ilmiah antara mengaitkan adakah ibnu ishaq itu boleh dipercayai atau tidak. Saya mengatakan ya. Wallahua’lam

13- hadis + haji mabrur

Saya memang meletakkan hadith di dalam entri haji mabrur. So, anda terjumpa entri di dalam blog ini.

14- contoh ceramah

Ya, saya ada menyediakan draf dan tutorial ceramah.

Itu sahaja serba ringkas jawapan saya kepada orang yang tercari-cari benda yang dicarinya. Semoga mereka tidak lupa bertandang ke blog ini untuk mencadangkan tajuk yang mereka kehendaki.

Wallahua’lam

2 Comments (+add yours?)

  1. Ridwan
    Oct 29, 2008 @ 02:48:32

    saya sedang mencari artikel tentang kegiatan masyarakat yang mencoba menguyubkan warga di suatu wilayah untuk sama-sama belajar merespon/tanggap terhadap warga lainnya/tetangganya yang sedang dalam kadaan mendekati kematian, mangkat, mengurusi jenazahnya sampai pelepasannya ke tmpt peristiratan terakhir, yang kemudian bisa di sebut Rukun Kematia dalam suatu msyrkt.

    Reply

  2. Ridwan
    Oct 29, 2008 @ 02:52:01

    9- rukun kematian muslimat

    Saya tidak faham apa yang anda cari. Rasanya anda cari rukun solat jenazah.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: