Wujud..

BERIMAN KEPADA KEWUJUDAN ALLAH TA’ALA

Kelas : 1 Ikhlas

Mengajar murid Tahun Satu memang mencabar. Apatah lagi apabila memberi didikan ilmu agama berkaitan akidah Islam. Iaitu tajuk kewujudan Allah. Untuk beriman, kita perlu ajar dahulu persepsi kanak-kanak tentang Allah.

Aku mulakan dengan melukis orang lidi sedang menyembah api. Iaitu orang majusi (siri yang lepas iaitu tanda kenabian Nabi Muhammad).

”Minggu lepas, ustaz telah ceritakan kepada kamu perihal orang ini. Mereka ini menyembah aaaa…?? soalku ”Piiiii..” murid menyambung. ”Pandai” pujiku.

”Kita sembah siapa?” soalku menguji murid.

”Allah” murid menjawab serentak.

”Siapa itu Allah?” aku buat-buat kehairanan.

”Allah itu tuhan kita..” mereka menjawab. Ada yang ternganga.

”Ok, lihat barang apa yang ustaz akan tunjukkan kepada kamu”. Murid mula menumpukan perhatian kepada barang yang ku keluarkan dari poket baju melayu. Aku keluarkan marker pen.

”Siapa tahu barang yang ustaz pegang sekarang?” soalku kepada murid.

”Pen!!” berebut murid menjawab.

”Nampak atau tidak nampak?” soalku.

”Nampak!!!” senang murid menjawabnya.

Lalu, aku sembunyikan marker pen dalam lenganku. Murid-murid terdiam. Pengurusan bilik darjah aku berjaya kerana menarik minat murid.

”Di mana pen tadi?” aku buat-buat hairan dan pelik.

”Dalam baju ustaz!!!” semua dapat menjawab.

”Nampak atau tidak?” soalku bagi menjelaskan sesuatu perkara.

”Tidak!!” murid menjawab. Murid berasa seronok kerana soalan yang ku lontarkan terlalu mudah.

”Ustaz nak tanya kamu semua, adakah pen tadi ada atau tiada?” mula memberikan ilmu yang penting.

”Ada!!” sambung murid.

”Pen yang kamu katakan tidak nampak tetapi ada kan?” mula mengatur strategi.

”Ya!!!” sahut murid.

”Begitu juga kewujudan Allah. Allah itu ada walaupun kita tidak nampak” jelasku dengan suara yang lantang. Murid terdiam dan terbeliak biji mata kerana kaitan pen tadi ada memberi kesan kepada fikiran mereka.

Aku mula mengeluarkan pendrive 4GB dari poket baju melayu.

”Siapa tahu barang yang ustaz pegang sekarang?” soalku kepada murid.

”Emm..pen!!” berebut murid menjawab.

”Bukan. Ini namanya pendrive” jelasku tentang benda baru pada mereka.

”Nampak atau tidak nampak?” soalku.

”Nampak!!!” senang murid menjawabnya.

Lalu, aku sembunyikan pendrive ke dalam songkok lalu ku pakai songkok tersebut. Murid-murid terdiam. Pengurusan bilik darjah aku berjaya lagi kerana menarik minat murid seperti badut menggunakan lawaknya.

”Di mana pendrive tadi?” aku buat-buat hairan dan pelik.

”Dalam songkok ustaz!!!” semua dapat menjawab.

”Nampak atau tidak?” soalku bagi menjelaskan sesuatu perkara.

”Tidak!!” murid menjawab. Murid berasa seronok kerana soalan yang ku lontarkan terlalu mudah.

”Ustaz nak tanya kamu semua, adakah pendrive tadi ada atau tiada?” mula memberikan ilmu yang penting.

”Ada!!” sambung murid.

”Pendrive yang kamu katakan tidak nampak tetapi ada kan?” mula mengatur strategi.

”Ya!!!” sahut murid.

”Begitu juga kewujudan Allah. Allah itu ada/wujud walaupun kita tidak nampak” jelasku dengan suara yang lantang lagi. Murid masih menumpukan perhatian kerana kaitan pendrive tadi ada memberi kesan kepada fikiran mereka.

Begitulah seterusnya aku gunakan kerusi bagi menguji fikiran murid. Dialognya hampir serupa iaitu pertanyaan penciptaan kerusi dan kewujudan penciptaannya.

Aku habiskan sesi pembelajaran tersebut 20 minit. 10 minit lagi sesi berehat bersama murid. Iaitu aktiviti meregangkan tangan secara spontan. Aku gunakan pelbagai cara regangan untuk menyeronokkan mereka di dalam kelas.

”Semua bangun..!” sahutku

”Syukran ya ustaz!” sahut murid. Semua pelajaran yang ku ajar, mereka akan katakan ’syukran’ tetapi aku biarkan kerana aku rasa itulah kejayaan aku meletakkan bahasa arab sebagai rutin harian mereka apabila berjumpaku.

Wallahua’lam

“cerita kanak-kanak yang berbekas dihatiku..”

7 Comments (+add yours?)

  1. faizndaud
    Jul 05, 2008 @ 03:02:34

    Assalamualaikum ustaz…

    Boleh ke kita mengtasybihkan kewujudan Allah dengan kewujudan makhluk…kerana dari apa yang pernah saya baca…kita tidak boleh mengtashbihkan Allah dengan sesuatu pun…jika boleh, ianya dari pendapat mana???

    mintak maaf kerana bertanya, saya hanya mohon penjelasan.

    Reply

  2. mesrarakyat
    Jul 06, 2008 @ 07:19:29

    WAALAIKUMUSSALAM..

    Bagus soalan enta, seolah-olah enta dah ada jawapannya.

    Bagi ana, ada beberapa perkara :

    1- Ana kiaskan tentang kewujudan sesuatu perkara bukannya tasybih zat Allah dengan makhluk. ٍSecara jelas, Allah jelas tidak sama dengan makhluk jelas seperti firman Allah :

    ليس كمثلة شيء
    ِ
    [Surah As-Syura ayat 11]

    ولم يكن له كفوا أحد

    [Surah Al-Ikhlas ayat 4]

    2- Sasaran dakwah saya kepada seorang budak kecil yang perlu faham secara beransur-ansur.

    Soalan ana pula;

    Mungkin enta boleh bawa sumber pembacaan yang anda baca tegahan tasybih kewujudan Allah dengan makhluk untuk panduan ana.

    Wallahua’lam

    Reply

  3. faizndaud
    Jul 08, 2008 @ 09:13:14

    Sebenarnya saya hadapi masalah, masalahnya bermula dari ayat ini :

    ” Cantiknya wanita itu seperti bidadari ”

    Tidakkah ini mengtasybih sesuatu yang tidak pernah kita lihat di syurga, sedangkan ada hadith yang mengatakan apa yang ada di syurga tidak dapat terfikir dan terbayang oleh akal.

    Seorang sahabat kata saya bersalah kerana mengungkap ayat diatas, kerana ianya jelas bertentangan apa yang ada dalam hadith tu.

    Oleh kerana sesuatu yang ada di syurga tidak boleh saya samakan begitu, jadi saya berpendapat Allah SWT lebih awla untuk kita tidak menyamakan seseuatu pun denganNya di dunia ini seperti mana kaedah yang digunakan ustaz mengajar anak-anak murid ustaz.

    Saya kira ayat yang saya sebut itu ada kesamaan dengan kaedah pengajaran ustaz kepada murid-murid, iaitu MENGTASYBIHKAN SESEUATU YANG KITA TIDAK PERNAH LIHAT, saya harap ustaz boleh bagi penjelasan, saya keliru.

    Reply

  4. ibnuhazam
    Jul 10, 2008 @ 14:03:15

    Di dalam ilmu bahasa arab pun, ada satu ilmu dikenali sebagai balaghah. Di dalam ilmu balaghah, ada satu tajuk dikenali sebagai tasybih iaitu seperti contoh :

    محمد كالأسد (في الشجاعة

    Muhammad itu seperti singa (dari segi keberaniannya).

    Begitu juga dari segi kecantikan kita sebut :

    فاطمة كالبدر (في الجمالة

    Fatimah seperti bulan purnama.

    Ini ilmu asasnya tasybih.

    Walaubagaimanapun, bukanlah bermakna membayangkan sesuatu perkara itu serupa benar dengan apa yang kita bayangkan. Sama seperti saudara nyatakan ;

    “Dia cantik seolah-olah bidadari”

    Memang tidak kita pernah lihat seorang bidadari, tetapi yang dikatakan disitu adalah mengenai kecantikannya seperti digambarkan didalam hadith-hadith.

    Malah bidadari lebih cantik dan tidak terbayang dengan apa yang digambarkan di dalam fikiran.

    InsyaAllah, saya akan tambah lagi. Komen saudara menggalakkan lagi kita berdiskusi mengenai ilmu ini.

    Syukran

    Reply

  5. ibnuhazam
    Jul 10, 2008 @ 19:40:11

    Bersambung..

    Muhammad Soleh AlMunajjid, Muhammad SOleh Uthaimin, Abdul Aziz Baz sendiri di dalam fatwa iman mereka pun menjawab seperti berikut ;

    “Ketika ditanya kepada orang badwi mengenai Tuhannya, dia menjawab :Kewujudan najis unta menunjukkan wujudnya unta, bekas tapak kasut menunjukkan ada orang berjalan. Tidakkah langit berbintang, bumi berbukit-bukau dan lautan yang berombak menunjukkan kewujudan TUHAN yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat? [Bab Beriman kepada Allah, Dalil Aqli]

    Kesimpulan :

    Konsep kewujudan bukanlah tasybih ataupun tamthil (penyerupaan).

    Adanya alam menandakan Allah ada bukanlah tajsim/tamthil kerana kita bukan cerita alam itu menyerupai Allah, tetapi konsep KEWUJUDAN Allah. Dan sifat wajib bagi ALlah itu wujud.

    Begitulah juga, kita sebut “hatinya bersih seperti malaikat” bukanlah tamthil (menyerupakan) bentuk manusia dengan malaikat tetapi yang dimaksudkan disini ialah konsep KEBERSIHAN HATINYA. Malaikat sifatnya taat kepada perintah ALlah dan suci dari segala noda dan dosa.

    Begitulah jua, apabila kita sebut “awak cantik seperti bidadari” hanya menunjukkan betapa CANTIKnya seseorang itu diumpamakan seperti bidadari kerana sifat bidadari didalam hadith itu disifatkan penghibur manusia yang suci di dalam syurga kelak.

    Begitulah juga contoh yang lain hanya kiasan menyokong sesuatu konsep, bukanlah menyamakan sesuatu benda yang tidak wujud kepada benda yang wujud.

    Di dalam ilmu tauhid, perkara yang dimaksudkan oleh saudara itu disebut TAMTHIL iaitu menyamakan sifat Allah dengan makhluk. Dan Allah berfirman :

    ليس كمثله شىء وهو السميع البصير

    Tiada yang menyamaiNya (dari segi zat, sifat dan kekuasaan). DIA lah yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat [Surah As-Syura 11]

    Dan jelas sekali, inilah yang dilarang kepada kita menyamakan ALlah dengan makhluk.

    Semoga ringkasan ini membantu diri saya dan saudara memahami ilmu akidah dengan lebih baik lagi.

    Wallahua’lam

    Reply

  6. faizndaud
    Jul 11, 2008 @ 11:14:33

    Alhamdulillah, terima kasih ustaz, saya menjadi kacau jiwa berfikir tentang ini, kerana dianggap bersalah mengungkap lafaz tersebut.

    Saya kira cukup jelas penjelasan ustaz mengenai hal ini, saya mohon maaf jika ada kesalahan selama perbincangan masalah ini.

    jazakumullahu khairan kathira.

    Reply

  7. ibnuhazam
    Jul 13, 2008 @ 08:44:27

    Saya ucapkan jutaan terima kasih kerana soal saudara faizndaud memberikan panduan dan bimbingan juga kepada rakan-rakan lain.

    Saya juga mengambil faedah perkara tersebut kerana dapat menyampaikan kepada rakan-rakan lain tentang perkara ini yang mana ia merupakan asas akidah di dalam agama Islam.

    Afwan Kathiran..

    Dipersilakan bertandang ke blog ini jika ada kelapangan..

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: