Teknologi..

OPTIMUMKAN PERALATAN CANGGIH

Oleh : ibnuhazam

Dahulu, kita belajar ilmu secara tradisional seperti pondok-pondok, cara bertalaqqi dan musyafahah (berhadapan dengan guru) dan sebagainya dari jenis interaksi secara langsung.

Kini, kita sudah dikejutkan dengan keluaran pelbagai gajet di pasaran. Ertinya, kita sepatutnya sudah tiada alasan seperti kesempitan masa, tidak dapat hadir ke kelas, jadual yang padat dengan aktiviti dan sebagainya yang tidak membolehkan kita mempelajari sesuatu ilmu khususnya ilmu agama Islam.

Gajet yang canggih memang menggiurkan para penggemar teknologi. Jangan biarkan ia terbit begitu sahaja tanpa kita peduli kegunaan teknologi tersebut yang baik khususnya kepada orang Islam dan para pendakwah. Antaranya gajet dan manfaatnya seperti berikut:

a) Modulator

Para pendakwah yang bijak memanfaatkan masa akan menggunakan modulator sebagai teman dakwah dan ilmu secara tidak langsung. Contohnya masa terluang seperti masa kesesakan lalu lintas boleh digunakan oleh mendengar ceramah yang tempohnya lebih lama dari kesesakan yang kita alami! Sedar atau tidak sedar, kita berupaya memanfaatkan masa tersebut dengan pengisian ilmu.

Itulah manfaat kepada orang seperti pendakwah.

Pengalaman :

Mendengar ceramah Syeikh Abd Aziz at-Torifi ketika kesesakan lalu lintas dari Ampang Park sehingga Tol Sungai Besi hampir sejam! Kemudian, perjalanan diteruskan hingga ke Kajang tetapi ceramah masih lagi berterusan. Alangkah indahnya saat kesesakan lalu lintas di bulan Ramadhan..

b) Perakam MP3/ MP4/ Telefon Bimbit

Kebiasaanya, ada di kalangan penceramah yang berasa puas dan bersifat ’seronok sendiri’ setelah menyampaikan sesebuah ceramah. Tetapi, bayangkan apabila kita merakam ceramah atau penyampaian ilmu dan mendengarnya, maka kita akan melihat kesilapan kita di dalam majlis tersebut samada kesilapan huruf, penggunaan dalil, fakta malah lebih teruk apabila kita silap memetik sumber-sumber yang telah kita sebutkan di dalam majlis tersebut.

Pengalaman :

Masih menggunakan kecanggihan perakam K600i Sony Ericsson bagi merakam kuliah hadith 40. Ini bagi menyemak dan memastikan agar ceramah di sampaikan dengan tepat dan tidak lari dari tajuk yang dibincangkan. Dan kesilapan dan kesalahan boleh diberitahu pada kuliah akan datang.

Secara ringkasnya, kita telah sebutkan dua perkara di atas sahaja. Walaubagaimanapun, manfaat yang terhasil daripada gajet tersebut terlalu luas dan bermakna kepada seorang pendakwah khususnya dan orang awam umumnya.

Marilah kita sama-sama ’reti’ memanfaatkan gajet-gajet canggih sebagai sampingan untuk meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita.

Bahan bacaan tambahan :

Top 10 technology wonders that don’t exist yet


”Tatkala manusia berseronok melakukan maksiat dengan menggunakan teknologi, apa kata kita pula memanfaatkan teknologi tersebut menambahkan ilmu pengetahuan, dan meningkatkan keimananan dan ketaqwaan kita kepada Allah Ta’ala” – ibnuhazam

Comments are closed.

%d bloggers like this: