Adab Tidur..ِ

ADAB TIDUR RASULULLAH

oleh : ibnuhazam/mesrarakyat

Secara ringkasnya, bolehlah kita simpulkan beberapa adab dan tatacara tidur yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah seperti berikut :

a) Baginda mengambil wudhuk sebelum tidur

إِذَا أَتَيْتَ مَضْجَعَكَ فَتَوَضَّأْ وَضُوءَكَ لِلصَّلَاةِ

”Apabila engkau ingin masuk tidur, maka berwudhuklah seperti wudhuk orang ingin melakukan solat” [Sahih Bukhari, Sunan Abu Daud]

b) Baginda tidur dalam keadaan mengiring di atas lambung kanan dan meletakkan tangan kanan di bawah pipi kanan

Hadithnya jelas seperti yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari.

إِذَا أَخَذَ مَضْجَعَهُ مِنْ اللَّيْلِ وَضَعَ يَدَهُ تَحْتَ خَدِّهِ

”Apabila Rasulullah ingin masuk tidur pada waktu malam, baginda meletakkan tangannya di bawah pipinya” [Sahih Bukhari]

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَوَى إِلَى فِرَاشِهِ نَامَ عَلَى شِقِّهِ الْأَيْمَنِ

”Adapun apabila Rasulullah ingin masuk tidur, baginda tidur dalam keadaan atas lambung kanan” [Sahih Bukhari]

c) Rasulullah membaca surah-surah tertentu sebelum tidur seperti :

i- Membaca 3 surah yang disebut Al-Mu’awwizat.

Antaranya, hadith riwayat Bukhari di dalam sahihnya :

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا أَخَذَ مَضْجَعَهُ نَفَثَ فِي يَدَيْهِ وَقَرَأَ بِالْمُعَوِّذَاتِ وَمَسَحَ بِهِمَا جَسَدَهُ

Maksudnya : Daripada ‘Aisyah Radiyallahu ‘anha berkata : Bahawa Nabi Sallahu ‘alaihiwasallam apabila ingin masuk tidur setiap malam, baginda merapatkan kedua tapak tangannya (berdoa) dan membaca Surah AlIkhlas, Surah AlFalaq, Surah An-Nas, kemudian menyapukan kedua tapak tangan ke seluruh badannya [Sahih Bukhari, Sunan Ibn Majah]

ii- Surah Al-Kaafirun

iii- Surah Al-Mulk

dan umumnya surah-surah di dalam AlQuran.

d) Rasulullah membaca ayat-ayat tertentu.

i- Membaca 2 ayat terakhir dari Surah Al-Baqarah

e) Rasulullah membaca doa tertentu. Contoh-contoh doa yang pernah dibacakan oleh baginda seperti :

i-

اللَّهُمَّ بِاسْمِكَ أَمُوتُ وَأَحْيَا

“ Ya Allah, dengan namaMu aku mati dan (dengan namaMu) aku hidup” [Sahih Bukhari, Sunan Tirmizi]

ii-

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَطْعَمَنَا وَسَقَانَا وَكَفَانَا وَآوَانَا

“Segala puji bagi Allah yang memberi makan dan minum, mencukupkan dan merahmati kami” [Sahih Muslim, Sunan Abu Daud, Sunan Tirmizi, Musnad Ahmad]

iii-

اللَّهُمَّ أَسْلَمْتُ نَفْسِي إِلَيْكَ وَفَوَّضْتُ أَمْرِي إِلَيْكَ وَوَجَّهْتُ وَجْهِي إِلَيْكَ وَأَلْجَأْتُ ظَهْرِي إِلَيْكَ رَغْبَةً وَرَهْبَةً إِلَيْكَ لَا مَلْجَا وَلَا مَنْجَا مِنْكَ إِلَّا إِلَيْكَ آمَنْتُ بِكِتَابِكَ الَّذِي أَنْزَلْتَ وَبِنَبِيِّكَ الَّذِي أَرْسَلْتَ

[Sahih Bukhari, Sunan Tirmizi]

iv-

بِاسْمِكَ رَبِّ وَضَعْتُ جَنْبِي وَبِكَ أَرْفَعُهُ إِنْ أَمْسَكْتَ نَفْسِي فَارْحَمْهَا وَإِنْ أَرْسَلْتَهَا فَاحْفَظْهَا بِمَا تَحْفَظُ بِهِ عِبَادَكَ الصَّالِحِينَ

[Sahih Bukhari]

v-

اللَّهُمَّ خَلَقْتَ نَفْسِي وَأَنْتَ تَوَفَّاهَا لَكَ مَمَاتُهَا وَمَحْيَاهَا إِنْ أَحْيَيْتَهَا فَاحْفَظْهَا وَإِنْ أَمَتَّهَا فَاغْفِرْ لَهَا اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ

[Sahih Muslim]

Dan lain-lain doa.

f) Rasulullah membaca zikir-zikir. Antaranya seperti :

i- Tasbih 33 kali

ii- Tahmid 33 kali

iii- Takbir 33 kali

Ini berdasarkan hadith diterangkan di dalam hadith yang berikut :

أَلَا أَدُلُّكُمَا عَلَى مَا هُوَ خَيْرٌ لَكُمَا مِنْ خَادِمٍ إِذَا أَوَيْتُمَا إِلَى فِرَاشِكُمَا أَوْ أَخَذْتُمَا مَضَاجِعَكُمَا فَكَبِّرَا ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ وَسَبِّحَا ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ وَاحْمَدَا ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ فَهَذَا خَيْرٌ لَكُمَا مِنْ خَادِمٍ

Maksudnya : ”Mahukah aku tunjukkan kepada kamu perkara yang lebih baik dari khadam? Apabila kamu berdua ingin masuk tidur, maka bertakbirlah 33 kali, bertasbih 33 kali dan bertahmid 33 kali. Maka, ini lebih baik daripada khadam [Sahih Bukhari]

Begitulah sahaja secara ringkas tentang adab tidur Rasulullah Sallahu ‘alaihiwasallam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: