ADAB-ADAB MINUM

oleh : ibnuhazam/mesrarakyat

1- Minum dengan 3 kali tegukan dan tidak digalakkan bernafas di dalamnya

أن رسول الله صلى الله عليه وسلم كان يتنفس في الشراب ثلاثاً

Dari Anas Radiyallahu’anh meriwayatkan bahawa “Rasulullah bernafas 3 kali apabila baginda minum”[Muttafaqun ‘alaih]

أن النبي صلى الله عليه وسلم نهى أن يتنفس في الإناء

Dari Abu Qatadah Radiyallahu’anh meriwayatkan bahawa Rasulullah menegah bernafas di dalamnya (ketika meminum air)[Muttafaqun ‘alaih]

2- Mendahulukan pemberian (samada makanan atau minuman) kepada orang yang berada di sebelah kanan

أن رسول الله صلى الله عليه وسلم أتي بلبنٍ قد شيب بماءٍ، وعن يمينه أعرابيٌ، وعن يساره أبو بكرٍ رضي الله عنه، فشرب، ثم أعطى الأعرابي وقال: الأيمن فالأيمن

Dari Anas Radiyallahu’anh meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah diberikan air lalu. DI sebelah kanan baginda seorang arab badwi dan sebelah kirinya Abu Bakar. Maka, Baginda memberikan kepada si arab badwi tadi dan bersabda “mulakan di sebelah kanan, kemudian kanan” [Muttafaqun ‘alaih]

3- Tidak di galakkan minum menggunakan bekas yang telah sumbing

نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم عن اختناث الأسقية

Dari Said alKhudri Radiyallahu’anh meriwayatkan bahawa Rasulullah menegah menggunakan daripada bekas yang sumbing kemudiam minum menggunakan bekas tersebut[Muttafaqun ‘alaih]

4- Boleh minum berdiri dan seeloknya minum dalam keadaan duduk.

سقيت النبي صلى الله عليه وسلم من زمزم، فشرب وهو قائمٌ

Dari Ibn ‘Abbas Radiyallahu’anh meriwayatkan bahawa “aku memberikan Rasulullah air zam-zam lalu baginda minum air sedangkan baginda di dalam keadaan berdiri”[Muttafaqun ‘alaih]

Walaubagaimanapun, terdapat amaran juga di dalam hadith riwayat Muslim yang mana baginda memberi amaran minum berdiri iaitu:

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لا يشربن أحدٌ منكم قائماً، فمن نسي فليستقيء

Dari Abu Hurairah Radiyallahu’anh meriwayatkan bahawa “jangan kamu minum dalam keadaan berdiri, maka sekiranya apabila dia terlupa, maka keluarkan ia semula”[Riwayat Muslim]

5- Boleh minum dengan pelbagai bekas yang bersih dan suci dan haram menggunakan bekas yang di perbuat dari emas dan perak

إن النبي صلى الله عليه وسلم نهانا عن الحرير والديباج والشرب في آنية الذهب والفضة، وقال: هي لهم في الدنيا، وهي لكم في الآخرة

Dari Huzaifah Radiyallahu’anh meriwayatkan bahawa Rasulullah menegah kami (lelaki) dari memakai sutera, dan minuman dari bekas emas dan perak dengan sabdanya “ianya milik mereka (perempuan dan lelaki yang bukan muslim) di dunia bahkan ia merupakan milik kamu apabila berada di akhirat kelak”[Muttafaqun ‘alaih]

أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: الذي يشرب في آنية الفضة إنما يجرجر في بطنه جهنم

Dari Ummu Salamah Radiyallahu’anha meriwayatkan bahawa Rasulullah telah bersabda “orang yang minum menggunakan bekas perak akan menggelegak di dalam perutnya api neraka jahanam”[Muttafaqun ‘alaih]

2 Comments (+add yours?)

  1. mohd nasir bin sulaiman
    May 13, 2008 @ 08:35:17

    Assalamualaikum.

    Alhamdulillah,dapat membaca hadith2 tentang ADAB-ADAB MINUM. Actually,aku & kawan2 sedang dalam usaha membukukan hadith2 yang berkaitan dengan minuman. Setakat ni,tergendala sebab ada macam2 urusan yang menghalang gerak kerja. Insya Allah….kami akan cuba sedaya-upaya untuk menyambung tugas yang bermanfaat tersebut. Mudah2an Allah memudahkan urusan kami.

    Reply

  2. mesrarakyat
    May 17, 2008 @ 13:55:25

    waalaikumussalam sifu nasir..

    sifu ni kalau dah siap buku jangan diam2. Boleh juga nak buat promosi buku tu dalam blog ini.. ehehe..

    Syukran ya sifu nasir..

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: