Hafazan..

Adakah mudah untuk melatih seorang budak menghafaz alQuran? Ianya boleh di lakukan jika kita bijak mengaturkan masa untuknya menghafaz. Tidak hairan budak-budak kecil di timur tengah boleh melakukannya malah menjadi budaya menghafaz alQuran bermula pada usia 5 tahun di sana.

Teknik hafazan yang sesuai kepada seorang kanak-kanak yang belum pandai membaca ialah membacakan untuknya. Kemudian, arahkannya untuk menyebutnya semula. Kaedah peniruan. Kalau anda pasangkan CD Sudais, bacaannya pasti mirip Imam Sudais dan seterusnya. Dan anda perlu bijak menarik minat kanak-kanak supaya mereka tidak bosan dan jemu.

Inilah yang terfikir di dalam benakku tatkala di lantik menjadi guru hafazan pra-sekolah. Aku menerima seratus peratus. Alhamdulillah, ada 2 orang berpotensi meniru dengan pantas apa yang aku bacakan.

Sazali, salah seorang budak ini pantas mengingat, suaranya lantang, berani dan faham arahanku adalah pilihanku. Walaubagaimanapun, aku terlihat ada rantai pada lehernya. Lalu, sebagai seorang ‘bapa’ di sekolahnya aku bertanya kepadanya :

“Kenapa Sazali pakai rantai?” aku keliru.

“Ayah yang suruh pakai” Sazali pantas menjawab.

“Beritahu ayah, kalau Sazali pakai benda ini, hafazan tidak akan ‘lekat'” ujarku.

Sazali angguk. Setuju.

Memakai rantai adalah satu lagi budaya yang tidak sihat kepada seorang lelaki apatah lagi seorang lelaki muslim. Guru pra-sekolah tersebut menukilkan bahawa ayahnya juga memakai rantai. Mungkin, 2 atau 3 hari lagi ayahnya pasti ingin bertemu dengan ustaz yang menegur anaknya. Silakan..

Ini jelas di sebut di dalam hadith (Sahih Bukhari 5435) :

لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُتَشَبِّهِينَ مِنْ الرِّجَالِ بِالنِّسَاءِ وَالْمُتَشَبِّهَاتِ مِنْ النِّسَاءِ بِالرِّجَالِ

Dari Ibn Abbas RA, bahawa RasuluLlah saw melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.”

Dakwah kali pertama : Hafazan tidak ‘lekat’

Dakwah kali kedua : Bertemu ibu bapanya. Penjelasan hukum memakai rantai kepada lelaki.

Wallahua’lam..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: