Seronok Si Pejalan Kaki..

Setiap hari aku berjalan kaki ke sekolah..

Anak-anak murid sentiasa memanggil namaku ketika mereka nampak guru mereka menikmati keindahan alam dan mentelaah buku..

Hobi aku ketika belajar ialah membaca buku sambil berdiri. Kelebihannya banyak buku yang dapat di habiskan dengan selesa ketika berjalan kaki.

Gambar di atas ialah tempat jalan kaki aku setiap Isnin hingga Jumaat. Cantik, tenang, selesa apatah lagi jika anda memulakan perjalanan pada pukul 6.30 pagi.

Buku minggu ini dan minggu hadapan : Tarikh Islam (silibus Ting. 4 ketika belajar di bawah YIK)

Mula mengingati dan mengimbas memori lalu…Indahnya..

Kebaikan membaca buku ketika berjalan kaki:

a) Anda dapat menetapkan objektif dengan mudah untuk menghabiskan sesuatu bacaan

b) Anda mengumpul pahala setiap langkah anda, jika anda mati sekalipun mudah-mudahan anda bersama yang anda tuntut ketika berjalan. Mudah-mudahan dipermudahkan jalan ke Syurga.

c) Anda mengalihkan perhatian dari memandang ke arah maksiat dan menumpukan kepada teks di dalam buku.

d) Anda sedang berdakwah kepada masyarakat bahawa ilmu adalah wajib dan di tuntut bila-bila masa tidak kira ketika duduk, berdiri, baring dan sebagainya.

Keburukan membaca ketika berjalan kaki:

a) Riak

b) Jika anda seorang perempuan, risiko anda di ganggu dan di ragut dan sebagainya adalah sangat tinggi.

c) Melambatkan perjalanan

Cara mengatasi :

a) Riak – Beristighfar kepada ALlah agar pembacaan kita bukan menimbulkan riak malah sebagai dakwah kepada masyarakat serta berdoa kepada Allah agar saudara-saudara yang lain dapat meniru hobi yang baik ini.

b) Risiko wanita – Jika anda seorang wanita, anda hendaklah memastikan terlebih dahulu keadaan jalan dan memastikan agar jarak 200 meter kehadapan selamat dari gangguan seperti lelaki-lelaki tidak bermoral dan sebagainya.

c) Melambatkan perjalanan – Anda perlu memulakan perjalanan lebih awal. Pastikan berapa minit dari jarak dari rumah anda ke tempat lokasi.

Alangkah nikmatnya berjalan kaki.. Menikmati pemandangan.. Menikmati ilmu Allah secara selesa , tetapi ramai yang tidak mahu melakukan..

1 Comment (+add yours?)

  1. kembara2dunia
    Jul 13, 2008 @ 18:12:09

    assalamualaikum wbt…
    sebuah artikal yang sangat menarik dan perlu di baca oleh semua org, mungkin kdg2 perkara seumpama ini nampak remeh dan dipandang enteng oleh sesetangah masyarakat, namun sebenarnya mereka terlupa ‘ membaca sambil berjalan’ pun mampu menyumbang kepada faktor kejayaan , sama ada kejayaan ekademik atau kejayaan dalam menguasai masa dgn jayanya….
    syabas!!!!

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: