Memberi Nama..

Memberi nama anak merupakan salah satu tanggungjawab ibu bapa. Pemilihan nama yang baik adalah selaras dengan sunnah yang telah di tunjukkan Rasulullah. Nama-nama yang paling baik terdiri dari;

a) nama-nama yang mengaitkan kehambaan kepada Allah seperti ABDULLAH, ABDURRAHMAN, ABDURRAHIM

b) nama Rasulullah iaitu Muhammad, para sahabat, para rasul

c) nama yang mempunyai makna yang sangat baik

“Ustaz, cuba lihat makna nama hareez?

“Haris ada iaitu pengawal. Harith pula nama para sahabat nabi. Dan saya galakkan guna nama Huwairith, salah seorang periwayat hadith..”

“terima kasih ustaz..”

Rupa-rupanya dia suka guna HAREEZ kerana sensasi. Bukan dari segi makna, tapi dari segi ejaannya dan penggunaan huruf H yang sesuai nama ibu bapa.

Sampai di Negara arab, mereka mencebik ..

“Kenapa nama orang Malaysia pelik-pelik? Apa maknanya.”

“Subhanallah, nama Yusuf, Azzam.. bagus-bagus nama pelajar Malaysia…”

“APA?!! Ada nama Zulkarnain di Malaysia? Subhanallah.. nama seorang tokoh yang hebat di ceritakan di dalam AlQuran. Kami di Negara arab tiada nama Zulkarnain..”

Sehingga hari ini, saya sudah melabur pahala dengan memberi nama kepada bayi-bayi yang di minta oleh para sahabat, saudara, jiran dan orang yang memerlukan. Antaranya nama RUQAYYAH.

9 Comments (+add yours?)

  1. nor ******
    Dec 05, 2009 @ 17:09:08

    Assalamualaikum….
    Saya nak tau apakah maksud nama Ismeth @ Esmeth @ sebutan yang seakan sama dengannya….
    Terima kasih….

    Reply

    • mesrarakyat
      Dec 09, 2009 @ 06:19:16

      Waalaikumussalam.

      Saya tidak tahu apa makna tersebut, mungkin bunyinya seakan-akan bunyi nama Turki,
      mungkin jua merujuk nama kepada Ismail, anak Nabi Ibrahim AS.

      Pilihlah nama yang jelas dan mudah difahami maknanya..

      Wallahua’lam

      Reply

      • opie
        Feb 04, 2010 @ 18:37:26

        salam..
        ana nk thu maksud nama zulkarnain..
        ape mksudnyer yer??

      • mesrarakyat
        Feb 08, 2010 @ 12:46:20

        waalaikumussalam,

        itu nama saya,🙂
        oh, nama zulkarnain nama bukan arab,
        tetapi mirip nama nabi ZULKIFLI,
        walaubagaimanapun, nama zulkarnain itu merujuk kepada seorang raja yang adil, jika mengikut bahasanya ia bermakna “YANG MEMPUNYAI DUA TANDUK” dan banyaklah huraian para ulama, antaranya menyebut seorang raja yang menguasai timur dan barat.

        Wallahua’lam

  2. sanisah
    Apr 06, 2010 @ 11:53:03

    ASSALAMUALIKUM,

    Apa makna NurQesya Qaseh

    Reply

    • mesrarakyat
      Apr 08, 2010 @ 22:52:28

      waalaikumussalam.

      sekadar membantu :

      nur = cahaya
      qesya? mungkin dapat dituliskan dalam arab lebih jelas. sebab dalam arab qesah = kisah/cerita
      qaseh? hampir kepada QASI = keras!

      wallahua’lam

      Reply

  3. Fatimah
    Aug 07, 2010 @ 21:32:51

    saye menyukai nama itu !kanak kanak islam elok lah diberi nama begitu……………

    Reply

  4. Arni
    Aug 09, 2010 @ 23:33:09

    Assalamualaikum..

    Izinkan saya bertanya, adakah kebanyakan nama2 ‘Arab’ yg digunakan oleh org Melayu ni ‘kena’ dgn konsep nama2 yg lazim digunakan oleh orang Arab itu sendiri? Adakah orang Arab guna nama panjang2 dan agak ‘melampau’ maksudnya. Contohnya, kalau dlm bahasa Melayu pun kita takkan namakan anak kita “Orang yg bercahaya gemilang dan baik budi bahasa”.

    Reply

    • mesrarakyat
      Aug 10, 2010 @ 22:11:08

      ada yang kena ada yang tak kena :
      yang kena seperti abdurrahman = hamba Allah yang pengasih
      yang tak kena, yang ntah apa2 maknanya yang digabung2..

      kebiasaannya nama2 arab adalah ringkas.

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: