Tajwid..

Setiap Jumaat, pengajian tajwid di ajar oleh seorang ustaz yang tahassus di dalam bab tajwid Al-Quran. Siapa yang ingin belajar, mereka akan pergi ke saf pertama dengan membawa Al-Quran.

Ustaz : Hari ini kita akan teruskan pembelajaran membaca Surah Al-Buruj.

Murid-murid pun membaca. Itulah keseronokan mempelajari ilmu AlQuran dengan berguru. Kesalahan di perbetulkan dan ilmu Al-Quran pula makin bertambah.

Murid-muridnya hanya 5 orang daripada 30 orang jemaah yang sedang berada di masjid. Ertinya murid dan guru hanya 6 orang. Saya kagum apabila salah seorang murid tersebut adalah salah seorang penceramah di masjid tersebut.

Mengapakah jemaah yang lain hanya duduk di belakang, malah ada yang membuka forum perbincangan sendiri di perkarangan masjid ketika kuliah tajwid di langsungkan?

a) malu

b) tidak ‘reti’ mengaji

c) dah ‘reti’ mengaji

d) balik rumah (berdekatan)

Rugi. Itu sahaja perkataan yang sesuai diberikan kepada jemaah yang tidak mahu mengambil peluang. Jika alasan sudah hebat di dalam ilmu tajwid, saya merasakan penceramah yang menjadi anak murid tersebut lagi hebat, tetapi merendahkan dirinya untuk belajar lagi. Inilah semangat muslim yang di cari..

Menuntut ilmu hingga ke akhir hayat…

3 Comments (+add yours?)

  1. MiraShaza
    Apr 06, 2008 @ 14:27:57

    salam,.
    inilah masalah org kita. bila ada peluang, xmahu ambil peluang. bila dah semput, barulah tercari2,.. patutnya kita bersyukur, compare dengan zaman tahun2 70-80an dlu. nak cr org yg ade ilmu lebih bab2 agama ni pun susah. mak saya slalu ckp, sy ni untung. kck2 dah reti pakai tudung. die dlu dogol smpai le kawin. itu pun sbb kakaknye yg balik dr overseas pakai tdung dan bawak perubahan besar dlm famly.

    dan skrg, mak sy berusaha blajar balik mengaji. bukan sbb tak reti mengaji, tapi sbb dlu mngaji asal ada bunyi pun kira ok. tajwid entah ke mana, maksud tak tahu,.. mcm tu lah.

    tp bila skrg, komuniti masjid dah dimajukan, peluang yg ade ditolak mentah2. ada org nak mengajar, wat tak tahu.

    R U G I

    Reply

  2. MiraShaza
    Apr 06, 2008 @ 14:29:35

    oh ya, lupa nak beritahu.
    aritu saya quoted blogpost saudara. tentang fitna,..
    trima kasih,..

    Reply

  3. mesrarakyat
    Apr 06, 2008 @ 15:05:39

    sila, sila…

    semoga Allah memberi kelapangan kepada kita untuk mempelajari ilmuNya yang sangat luas..

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: