Ibnu Ishaq..

 

*ADAKAH IBNU ISHAQ SEORANG SYIAH?

Oleh : ibnuhazam

 

DAKWAAN :

 

Menurut ulama-ulama rijal hadis, Ibnu Ishaq selain dianggap sebagai seorang Syiah, dia juga seorang yang lemah dalam riwayat-riwayatnya. 

 

1-Imam Nasa’i mengatakan bahawa dia tidak kuat. 

 

2-Daraqutni mengatakan hadisnya tidak boleh menjadi hujjah. 

 

3-Imam Abu Daud ada berkata, “Dia adalah seorang yang berfahaman Qadariah dan Mu’tazilah.”

 

4-Imam Sulaiman At-Taimy, Hisyam bin Urwah, Yahya bin Said Al-Qatthan dan Imam Malik mengatakan dia seorang pendusta besar.

 

5-Malah Imam Malik pernah berkata, “Dia seorang dajjal” (Mizanul I’tidal, Imam Zahabi, jilid 3, halaman 468 – 475).  Ibnu Ishaq sendiri tidak menyebutkan sanad-sanad tempat ambilannya.

 

JAWAPAN :

 

Di dalam artikel, hanya ada satu pun naqal mengatakan Ibn Ishaq syi’ah yang datangnya dari Ibn Hajar. Walaubagaimanapun, Ibn Hajar hanya mengatakan : “Beliau SODUQ dan dituduh sebagai syiah dan berfahaman Qadariah”

 

Mari kita lihat pula pujian ulama kepada Ibn Ishaq :

 

1- ALI BIN MADINI : “Sunnah ini berlegar pada 12 orang (kehebatan ilmu) iaitu

 antaranya Muhammad bin Ishaq”

 

“Aku pernah meneliti kitab Ibn Ishaq, lalu aku hanya dapati 2 hadith yang bermasalah. Mungkin juga dua hadith itu sahih”

 

2- Imam azZuhri : “Tiada seorang ulama yang mempunyai ilmu yang hebat di Madinah selagi mana adanya Ibnu Ishaq. Dia juga pakar ilmu maghazi”

 

 

3- Syafiie : “Sesiapa yang ingin mahir di dalam ilmu maghazi, dia perlu berdamping dengan Ibn Ishaq”

 

4- Asim bin Umar bin Qatadah : “Manusia akan masih berilmu selagi hidupnya Ibn Ishaq”

 

5- Abu Muawiyah : “Sesungguhnya Ibn Ishaq mempunyai ingatan yang menakjubkan. Ketika aku mendapat hadith yang banyak kami menemui Ibn Ishaq dan membaca hadith tersebut agar apabila kami lupa, kami merujuknya”

 

6- Maymuni menceritakan bahawa Imam Ahmad memberitahunya sebuah hadith yang datangnya dari Ibn Ishaq, lalu dikatakan “alangkah bagusnya hadith yang dibawa oleh Ibnu Ishaq” lalu dia senyum kepadaku.

 

7- SYU’BAH berkata “bahawa Ibn Ishaq adalah AMIR MUKMININ didalam bab menghafaz (hadith)”

 

8- ABU ZUR’AH : “Ulama telah bersepakat untuk mengambil hadith dari Ibn Ishaq”

 

9- Ibn Sa’ad : “Ibn Ishaq thiqah walaupun begitupun ADA YANG MERAGUINYA”

 

10- Ibn Hibban bertemu Abdullah Mubarak yang mengatakan Ibn Ishaq itu SODUQ sebanyak 3 kali, lalu Ibn Hibban mengatakan “Di Madinah, tiada yang menyerupai Ibn Ishaq yang mana beliau juga pembawa berita yang terbaik”

 

11- Alkhalili berkata “Ibn Ishaq seorang ulama besar dan luas riwayatnya”

 

12- ABU HATIM : “hadithnya diambil”

 

13- YAZID BIN HARUN “Jika ada sultan muhaddithin, aku lantik Ibn Ishaq sebagai sultannya”

 

14- IMAM BUKHARI : “Aku lihat Ali bin Abdullah berhujah dengan hadith-hadith datangnya dari Ibn Ishaq, lalu Sufyan mengatakan bahawa hadithnya tidak diragui”

 

15- AZZAHABI : “Ibn Ishaq lebih dahulu mengarang hadith dari Imam Malik di Madinah, cuma tidak seelok alMuwatto’. Beliau hebat di dalam ilmu maghazi”

 

Manakala, kata-kata Imam Malik pula yang mashyur mengatakan beliau seorang dajjal.

 

Imam Bukhari lebih dahulu menjawab tentang kata-kata Imam Malik dengan berkata “Jika benar ianya datang dari mulut Imam Malik kepada Ibn Ishaq, sudah tentu orang ramai hanya akan mengatakannya mengenai perkara tersebut dan bukan secara keseluruhan (peribadi Ibn Ishaq)”

 

Ibrahim bin alMunzir pula membawa riwayat Muhammad bin Fulaih “Imam Malik menegah kami dari mengambil riwayat 2 orang keturunan Quraisy tetapi keduanya itu banyak riwayatnya di dalam kitabnya, alMuwatto’. Sebahagian ulama menerima keduanya dan ada yang menolaknya. Walaubagaimana, ‘adalah (adil) mereka masih diterima selagi tidak dibawakan hujah dan penerangan yang jelas.”

 

Ini adalah sebuah kisah normal yang berlaku di antara kedua ulama besar yang kita sebut sebagai AQRAN = dua tokoh ulama hebat di dalam satu zaman.Banyak contoh antaranya Ibn Kathir dan Ibn Taymiyah dan sebagainya. Perdebatan dan perselisihan faham biasa berlaku walaubagaimanapun mereka masing-masing menghormati kehebatan ilmu masing seperti Ibn Taymiyah mengakui kehebatan Ibn Kathir di dalam tafsir.

 

Begitulah juga di antara Imam Malik dan Ibn Ishaq, pakar maghazi.

Manakala, Ibnu Ishaq juga sempat sezaman dengan Said Musayyab.

 

AZZAHABI menukilkan “Kita tidak pernah mengatakan pun kalam/kata-kata pakar Jarh wa Ta’dil ini maksum dari kesalahan. Dan semua orang telah tahu, kalam AQRAN (dua ulama hebat dalam satu zaman) tidak dijadikan sandaran. Adapun, kata-kata Imam Malik itu lembut, dan tidak pun mempengaruhi Ibn Ishaq. Dan Imam Malik tetapi disanjung seperti bintang. Manakala, Ibn Ishaq tetap disanjung apatah lagi sebagai pakar ilmu siyar dan maghazi. Manakala, riwayat hadith ahkamnya ada yang hasan, dan ada yang munkar. Ini sahaja mengenainya (Ibn Ishaq) dari sisiku, Waallahua’lam”

 

ABU ZUR’AH menambahnya dengan berkata “Aku mengambil kira kata-kata Syu’bah kepada Ibnu Ishaq dan aku teringat DUHAIM (rijal hadith) berkata bahawa kata-kata Malik ditujukan kepada Ibn Ishaq ketika beliau dituduh berfahaman Qadariah bukan berkaitan penerimaan hadith atau riwayat”

 

Sumber :

 

Siyah A’lamun Nubala

Tahzib Taqrib Tahzib

 

Cukup setakat ini, insyaALlah berjumpa di lain artikel..

 

Wallahua’lam..

 

* Ini adalah hasil forum di al-ahkam. Saya bawa disini hanya sebagai bantuan kepada sesiapa yang mencari artikel ini di internet. Sila masuk di dalam al-ahkam untuk perbahasan lanjut.

1 Comment (+add yours?)

  1. zainal aqli
    Mar 19, 2008 @ 22:23:26

    aku mau melihat lukisan syehk muhammad Arsyad al banjari yang katanya ada di museum lieden kota belanda. adakah yang bisa mencarikan duplikat foto tersebut. mohon cariannya

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: