Kemuliaan Wanita – SIRI KEDUA

Manakala, bagi golongan yang mengatakan suara wanita adalah aurat iaitu tidak boleh bercakap dengan lelaki selain suami dan mahram kerana menimbulkan fitnah dan syahwat merupakan pendapat tanpa dalil. Aku (Dr. Yusuf) tidak dapati ada dalil yang menyokong pendapat ini.

Tidakkah mereka perhatikan bagaimana isteri-isteri nabi dibenarkan bertanya di sebalik tabir. Lihat ayat 53 Surah AlAhzab :

“..Dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta dari isteri-isteri Nabi maka mintalah kepada mereka dari sebalik tabir…”

Dan sesuatu memerlukan jawapan (soal dan jawab = dua hala). Dan inilah yang telah dilakukan oleh isteri-isteri Baginda apabila isteri-isteri Baginda di minta fatwa oleh para sahabat yang lain. Isteri nabi juga pernah di tanya oleh seorang lelaki ketika Baginda berada di hadapannya. Tetapi tiada halangan dan tegahan dari Rasulullah akan perkara tersebut. Bahkan terdapat kisah di mana seorang wanita menjawab khutbah Umar di minbar tetapi tidak di marahi oleh Umar malah beliau mempunyai serikandi tersebut dengan mengatakan

“Semua manusia lebih faqih dari Umar (diriku)”

Bahkan di dalam AlQuran menceritakan bagaimana seorang wanita anak kepada seorang Nabi berkata kepada Nabi Musa :

” Sebenarnya bapaku menjemputmu untuk membalas budimu memberi minum binatang ternak kami”.

Mereka terus berbual :

“Apa hal kamu berdua?” Mereka menjawab: “Kami tidak memberi minum (kambing-kambing kami) sehingga pengembala-pengembala itu membawa balik binatang ternak masing-masing; dan bapa kami seorang yang terlalu tua umurnya “. [Al-Qasas 23]

Dan kita dapati perbualan di antara raja perempuan Saba’ bersama Nabi Sulaiman di hadapan umatnya. Dan hukum ini terpakai selagi tiada dalil yang memansuhkan hukum tersebut. Inilah pendapat yang tepat.

Apa yang ditegah dan di larang oleh Islam ialah menggoda di dalam kata-katanya iaitu suara yang boleh menaikkan syahwat lelaki. Islam menyebutnya dengan nama “alhudu’ bil qaul” iaitu menundukkan lelaki apabila berkata-kata. Firman Allah :

“Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).”

[Al-Ahzab ayat 32]

Inilah yang ditegah iaitu menundukkan lelaki dengan berkata-kata sehingga menimbulkan syahwat. Dan jika ia berkata dengan yang baik tanpa ada unsur menimbulkan syahwat ianya di benarkan seperti saranan Firman Allah tadi iaitu :

“dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)”

[Al-Ahzab 32]

Manakala, hadith yang mereka tersalah faham iaitu dari riwayat Bukhari yang sabda Baginda :

“tidak aku tinggalkan selepasku fitnah yang lebih besar ke atas lelaki melebihi fitnah seorang wanita”

Mereka sangkakan fitnah yang dimaksudkan di atas ialah kejahatan dan siksaan kepada diri mereka sedangkan yang dimaksudkan hadith di atas ialah bahawa manusia sentiasa di uji dengan nikmat lebih banyak dari ujian berbentuk bencana (inilah yang dikatakan fitnah = ujian demi ujian) iaitu seperti Firman Allah :

“Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan”. [Al-Anbiya ayat 35]

Antara nikmat yang disebut fitnah di dalam Al-Quran ialah HARTA dan ANAK-ANAK. Dua nikmat ini adalah nikmat kehidupan di dunia. Firman Allah Taala :

“Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala yang besar.” [At-Taghabun 15]

“Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.” [Al-Anfal ayat 28]

FITNAHnya ialah nikmat dua ini menyebabkan manusia itu lalai dari menunaikan tanggungjawab kepada Tuhan, dan melalaikan mereka dari mengejar matlamat sebenar. Ini dijelaskan dengan Firman Allah :

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.” [Al-Munafiqun ayat 9]

Selain dua nikmat tersebut, salahsatunya ialah manusia diberikan fitnah dengan dianugerahkan WANITA jika ia melalaikan manusia dari menunaikan hak yang sebenar. AlQuran mengingatkan dengan menyebut :

“Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu yang menjadi musuh bagi kamu; oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka..” [At-Taghabun ayat 14]

Mereka akan menjadi bahan fitnah jika mereka bertindak menimbulkan syahwat lelaki-lelaki. Ini merupakan bahaya besar, menghancurkan akhlak, mencemarkan suasana islam dan menyebabkan rosaknya jemaah.

Inilah yang patut ditakuti kepada seorang wanita sama seperti nikmat harta, kesenangan idup seperti saranan di dalam hadis :

“Demi Allah, kefakiran yang paling aku takut kepada kamu ialah kamu di berikan nikmat dunia kemudian kamu berlumba-lumba, kemudia kamu binasa sebagaimana golongan terdahulu binasa” [Muttafaqun ‘Alaih hadis dari Amru bin Auf alAnsori]

Dan hadis ini tidak bermakna baahwa Rasulullah menggalakkan kefakiran tetapi perkara yang perlu dielakkan ialah bezakan diri dari orang kafir. Dan islam tidak melarang umatnya bersenang lenang dan mempunyai harta yang banyak seperti sabdanya jua:

“sebaik-baik harta ialah harta yang dipunyai oleh orang-orang yang soleh”

[Riwayat Imam Ahmad 4/197].

Ini menunjukkan bahawa individu dan masyarakat muslim di liputi dengan segala bahaya sehinggalah mereka menghilangkan punca-puncanya tanpa mereka sedari.

Wallahua’lam

Teks asal di sini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: