Kemuliaan Wanita – SIRI PERTAMA

Penterjemah :

mesrarakyat

Tajuk :

Wanita.. di antara kemuliaan Islam dan kejahilan puak pelampau

Nama :

Ahmad

Soalan :

Sebahagian manusia menganggap buruk kepada golongan wanita. Ada yang menganggap mereka sebagai punca bala dan fitnah. Ada juga yang mengatakan kepada mereka, apabila berlakunya sesuatu bencana, mana carilah golongan wanita..!

Bahkan ada yang menyatakan bahawa mereka adalah faktor utama bencana bermula dari zaman Adam sehingga hari ini kerana mereka yang telah menggoda adam memakan buah dari sepohon pokok sehingga mereka di keluarkan daripada syurga dan akhirnya kita semua menderita hasil peristiwa berikut.

Lebih menyedihkan ada yang berhujah dengan mengatakan ianya sudah tersurat di dalam sumber agama – yang mana mungkin benar dan mungkin tidak – sebagaimana yang mereka faham. Contohnya hadith berhati-hati dengan fitnah wanita. Sabda Rasulullah :

“Aku tidak tinggalkan selepasku (wafat) melainkan ada satu fitnah yang lebih mudharat (berbahaya) kepada lelaki iaitu fitnah wanita”

Apakah yang dimaksudkan oleh hadith ini dan seumpamanya mengenai saranan sebahagian penceramah yang kadangkala memandang buruk kepada wanita. Ini di ambil kesempatan pula oleh golongan lain untuk memburukkan golongan wanita ini.

Ada juga yang menyatakan “sesungguhnya suara wanita adalah seperti wajahnya merupakan aurat dan sebaiknya mereka ini tinggal di rumah sehingga mati!”

Di sebalik itu, kita pula percaya bahawa Islam menjaga wanita, memuliakan, menjaga haknya akan tetapi kita tidak mampu hujjah kepada orang yang masih jahil hakikat Islam ataupun kami yang jahil makna hadith tersebut.

Tarikh : 08 Mac 2007

Mufti yang menjawab:

Dr. Yusuf Al-Qardhawi

Bismillahirrahmaanirrahim..

Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Rasulullah..

Tidak wujud satu isu yang menghimpukan perkara yang hak dan batil di dalam satu masa. Contohnya isu wanita di dalam masyarakat Islam. Hakikatnya, tidak wujud agama samawi ataupun agama buatan yang memuliakan wanita lebih dari yang dilakukan oleh agama Islam.

Islam memuliakan semua jenis wanita sama seperti manusia lain samada wanita itu seorang anak perempuan, isteri, ibu dan mengambil berat penglibatan wanita di dalam masyarakat.

Islam mengutamakan hak seorang wanita dari segi kemanusiaan sama seperti seorang lelaki. Di berikan pahala jika berbuat kebaikan dan di beri pembalasan jika melakukan kesalahan sehingga awal bebanan yang lahir di dalam islam adalah untuk lelaki dan perempuan bersama-sama seperti firman Allah kepada manusia yang terawal iaitu Adam dan isterinya, Hawa

“Wahai Adam! Tinggalah engkau dan isterimu dalam syurga, dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang zalim”. [Al-Baqarah 35]

Manakala, hujah yang menyatakan bahawa Hawa yang penyebab Adam keluar daripada Syurga dan membawa kecelakaan kepada zuriatnya adalah tidak benar sama sekali. Ini telah disebut di dalam Kitab Taurat. Bahkan AlQuran menegaskan bahawa Adam yang bertanggungjawab

“Kemudian Tuhannya memilihnya (dengan diberi taufiq untuk bertaubat), lalu Allah menerima taubatnya serta diberi petunjuk..” [Taha 115]

“Dan Adam melakukan dosa kepada Tuhannya lalu bertaubat. Kemu dia menjauhi tuhannya dengan bertaubat dan memohon petunjuk” [Taha 121,122]

Malangnya, sebahagian muslimin pula yang menzalimi wanita dengan kejamnya, mengambil hak wanita, menghalang hak wanita yang telah di tetapkan oleh syariat bahawa terdapat hak wanita sebagai manusia,hak wanita sebagai seorang wanita, hak wanita sebagai anak perempuan, hak wania sebagai isteri ataupun hak wanita sebagai seorang ibu.

Peliknya, orang yang melakukan kezaliman ini menggunakan nama agama untuk melepaskan dirinya dari tanggungjawab. Malah, mereka membawa pula hujah dari sabda Rasulullah iaitu :

“Kamu boleh bermesyuarat dengan wanita tetapi sanggahilan pendapat mereka”

Sedangan itu adalah hadis palsu yang tiada nilai langsung dari sudut ilmiah.

Bahkan, Rasulullah pernah bermesyuarat bersama Ummu Salamah di dalam sesuatu perkara perihal muslimin dan mengambil pendapat isterinya tersebut sebagai pendapat yang terpilih kerana padanya ada kebaikan dan keberkatan.

Malah, ada segelintir golongan yang menzalimi wanita ini menggunakan nama ALI BIN ABI TALIB dengan mendakwa Ali pernah berkata :

“Perempuan ini semuanya jahat, dan kejahatan itu pasti ada padanya”.

Ini adalah kata-kata yang tidak boleh diterima langsung samada dari segi logik. [Fatawa Mu’asirah ms 421].

Kalau lah begitu bagaimana pula AlQuran mengakui bahawa perempuan itu adalah muslimat, mukminat, orang yang membersihkan dirinya dan sebagainya??

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: