Walimah..

Nama : Ali

Tajuk :

Hukum Walimatul ‘Arus (Kenduri Kahwin)

Soalan :

Adalah kenduri kahwin wajib di lakukan? Adakah menghadiri kenduri tersebut wajib juga? Dan apakah yang sepatutnya dilakukan jika kenduri tersebut menyalahi syariat Islam?

Tarikh : 4 April 2001

Mufti : Dr. Muhammad Bakr Ismail

Bismillahirrahmanirrahim.

Selawat dan salam kepada Junjungan Besar Rasulullah..

Sesungguhnya kenduri kahwin itu sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) berdasarkan hadith Rasulullah yang mana ketika Abdurrahman bin ‘Auf hendak berkahwin Baginda bersabda

“Dirikan kenduri walapun seekor kambing”.

Dan Baginda mendirikan kenduri apabila berkahwin dengan menjamu makanan dengan kemampuannya. Imam Ahmad di dalam kitab musnadnya daripada Buraidah Radiyallahu’anh berkata : ketika aku bertunang dengan fatimah maka sabda Rasulullah :

“Sesungguhnya hendaklah engkau mendirikan kenduri kahwin”

Di namakan ‘walimah’ (kenduri) kerana menghimpunkan manusia ketika berlangsungnya majlis tersebut. Akan tetapi tidak di sebut bagi semua himpunan dengan kalimah ‘walimah’ kerana ianya lebih khusus kepada majlis kahwin. Malah, orang yang mendirikan kenduri tersebut hendaklah menjemput orang yang mahu dijemputnya termasuk fakir miskin yang membolehkan orang-orang miskin hadir menjamu makanan, minuman tanpa membazir dan membebankan. Dan tidak mengapa jika kenduri di lakukan sebelum bernikah ataupun selepasnya mengikut adat masing-masing.

Di dirikan kenduri adalah samada sebelum melangsungkan jima’ (setubuh) pasangan atau selepas sehari atau dua hari atau tiga hari mengikut adat masing-masing.

Adapun, menghadiri jemputan adalah sunat selagi kenduri tersebut tidak menyalahi syara’ (syariat Islam), maka waktu tersebut di galakkan menghadiri jemputan. Dan jika tidak mampu menghadirinya, hendaklah terlebih dahulu memohon kemaafan kepada tuan punya kenduri tersebut dan janganlah berjanji jika tidak mampu datang kerana memungkiri janji itu adalah tanda-tanda munafiq dan memutuskan silaturrahim sesama orang yang telah mendirikan kenduri tersebut.

Malah, ada ulama mengatakan wajib menghadirinya sekiranya tiada halangan untuk hadir ke majlis tersebut berdasarkan riwayat Imam Bukhari daripada Ibn ‘Umar bahawa Rasulullah bersabda

“Apabila di jemput oleh saudaramu ke kenduri kahwin maka hadirilah”.

Di dalam hadith yang lain riwayat Bukhari juga daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda :

“Sesiapa tinggalkan jemputan tersebut, dia melakukan maksiat kepada Allah dan Rasul”

Pendapat ulama yang lain ialah menghadiri jemputan kenduri kahwin adalah fardhu kifayah. Ertinya jika salah seorang saudara muslim kita hadir, maka gugurlah dosa muslimin yang lain. Ini adalah berlaku ketika kita di jemput secara khusus.

Adapun, sekiranya jemputan itu secara umum (tidak dikhususkan kita) tanpa di tentukan orangnya ataupun kumpulan, maka tidak wajib dan tidak pula sunat seperti contoh orang yang menjemput mengatakan : “Wahai sekalian manusia, jemputlah datang ke majlis kenduri kahwin saya” atau mengatakan “jemputlah sesiapa yang engkau jumpa” tanpa menentukan orang yang dijemput . Ini juga pernah di lakukan oleh Rasulullah. Anas menceritakan dengan berkata : Ketika Rasulullah berkahwin dengan Ummu Sulaim, maka beliau (Ummu Sulaim) pergi kepada beliau dan berkata “Jemputlah fulan, dan fulan dan sesiapa yang engkau jumpa”. Maka aku (Anas) mencari orang yang ingin di jemputnya serta orang yang aku jumpa” [Riwayat Muslim]

Dan kenduri yang dibenci oleh Islam ialah menentukan jemputan hanya kepada orang yang kaya tanpa melibatkan orang fakir miskin. Daripada Abu Hurairah bahawasanya Rasulullah bersabda

“Seburuk-buruk makanan kenduri kahwin itu dihalangnya orang yang mahu datang dan memanggil orang yang enggan datang. Dan barangsiapa yang tidak menghadiri jemputan tersebut, dia melakukan maksiat kepada Allah dan RasulNya “

[Riwayat Muslim]

Wallahua’lam..

Teks asal di sini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: