Kenapa Perlu Ikut Baginda?

*NABI MUHAMMAD SEBAGAI TELADAN DAN RAHMAT KEPADA MANUSIA DAN SEKALIAN ALAM.

Kita perlu mengenali Rasulullah dan mencontohi Baginda atas beberapa sebab.

Antaranya :

a) Rasulullah adalah contoh / teladan manusia yang terbaik.

Baginda merupakan manusia yang terbaik seperti yang dijanjikan oleh Allah Taala di dalam Surah AlAhzab ayat 21 :

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآَخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا

“Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)”

Oleh kerana itu, kita sebagai manusia sejagat sewajarnya menuruti teladan Baginda yang telah pun diiktiraf oleh Allah Ta’ala selama Baginda hidup selama 63 tahun.

b) Rasulullah adalah rahmat bagi sekalian alam

Baginda diiktiraf oleh Allah Ta’ala sebagai membawa rahmat sekalian alam. Buktinya seperti firman Allah di dalam ayat 107 Surah Al-Anbiya’ :

وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ

“Dan tiadalah Kami mengeutuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam”

Oleh itu, sesiapa yang menerima rahmat yang Allah utuskan ini iaitu Baginda sebagai utusan Allah dan mensyukuri nikmat Allah, maka beliau mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat dan sesiapa yang ingkar, maka rugilah di dunia dan juga akhirat [Tafsir Ibn Kathir]

Rasulullah di katakan untuk meninggalkan kaum musyrikin tetapi Baginda menjawab :

إني لم أبعَثْ لَعَّانًا، وإنما بُعثْتُ رحمة

“Aku bukanlah di utuskan sebagai membawa laknat tetapi aku di utuskan untuk membawa rahmat” [Hadith no 2559 Sahih Muslim]

Oleh itu, jelaslah bahawa sesiapa sahaja yang menuruti dan mentaati segala suruhan Baginda sebagai pembawa rahmat beerti seseorang itu telah menuju ke jalan kebahagiaan di dunia dan akhirat.

c) Apa yang dikatakan oleh Rasulullah merupakan wahyu dari Allah

Semua perkataan, perbuatan dan pengakuan oleh Baginda merupakan wahyu dari Allah. Allah menyebut dengan dengan jelas di dalam ayat 4 Surah An-Najm :

وَمَا يَنْطِقُ عَنِ الْهَوَى (3) إِنْ هُوَ إِلَّا وَحْيٌ يُوحَى (4)

“Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakan itu (sama ada AlQuran atau hadith) tidak lain hanyalah wahyu yang di wahyukan kepadanya”

Di dalam riwayat Imam Ahmad menjelaskan bahawa Nabi Muhammad tidak pernah menokok nambah dan mengurangkan kerana ia merupakan wahyu dari Allah [Tafsir Ibn Kathir]

Oleh itu, tidak timbul soal Baginda berbohong ataupun segala perlakuan Baginda di reka-reka. Wahyu dari Allah menunjukkan segala apa segala perbuatan Baginda wajib di turut dan di taati kerana ianya merupakan wahyu dari Allah.

* Artikel ringkas ini adalah pendahuluan di dalam mempelajari ilmu hadith. Ini adalah sebahagian projek Jabatan Hadith di dalam web al-ahkam. Sebarang perubahan akan berlaku selepas proses penyuntingan oleh rakan baik, alitantawi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: