Membunuh..

Mengajar anak kecil merupakan antara jenis kemahiran. Mengajar anak kecil hendaklah di sampaikan dengan jelas dan lengkap dengan contoh bagi menyokong pengajaran tersebut. Sempat mengajar kelas darjah 3 menggantikan guru yang bercuti. Tajuknya hukum lima. Soalan cepumas hari tersebut ialah contoh-contoh hukum haram.

 

Seorang murid mengangkat tangan berkata “menendang kucing”

 

Murid di barisan meja pertama mengangkat tangan seraya berkata “membunuh Nurin Jazlin, ustaz”

 

Tergamam saya seketika. Nama anak kecil ini sudah masyhur di kalangan rakyat Malaysia kerana diperlakukan seperti binatang.

 

Murid barisan meja kedua menambah “membunuh maznah (sambil menunjukkan rakan di meja hadapannya), ustaz””

 

Ya, membunuh itu diharamkan oleh Islam. Di luar silibus darjah 3 ada pengecualian membunuh kepada binatang-binatang yang disebutkan di dalam hadith.

 

Anak kecil pun tahu membunuh itu haram. Terutama apabila berita Nurin dibunuh yang tersiar di dalam media. Itu adalah jenis pembelajaran dari media yang bermanfaat iaitu memberitahu masyarakat akan haramnya membunuh.

 

Apa pula pilihanraya? Adakah anak kecil tahu apa yang sedang tersiar di media-media sekarang?

 

Mungkin anak kecil tahu perkata pilih dan raya.

 

SELEPAS MEMILIH BOLEH BERAYA DAN MENDAPAT DUIT.

 

Mungkin itu yang mereka fikirkan?

 

Anda?? 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: