alA’lam..

Biografi Syeikh Abdul Aziz bin Marzuq atTorifi

Lahir pada 1396 hijrah di bumi Madinah.

Berguru dengan beberapa orang ulama iaitu :

1- SS Abdul Aziz bin Baz – berdamping dengannya bertahun – tahun dan banyak mengambil ilmu darinya

2-Syeikh Abdullah bin Abdul Aziz bin Uqail

3- Syeikh Mohd Hasan asSyanqiti

4-Syeikh Soleh Ali Syeikh

5- Syeikh Abdul Rahman bin Nasir Baraak

6- Syeikh Muhaddith Abdul Karim alKhudair

7- Syeikh Mohd Abdullah asSomal

8- Syeikh Mohd Hasan alAthyubi

9- dan lain-lain dari masyaikh-masyaikh..

Rehlah :

Pelbagai negara demi untuk menuntut ilmu seperti Maghribi, Mesir, India dan selainnya.

Maktabah:

Memiliki maktabah yang luas dengan memuatkan 12 ribu kitab.

Tumpuan kepada ilmu sunnah dan mempunyai rangkaian kuliah yang pelbagai di Riyadh

seperti:

1-Hadith-hadith ahkam asSughra – alIsybili

2- Hadith 40 – anNawawi

3- Nukhbatul Fikar

4- alMuharrir fil hadith

5- Lam’atul I’tiqad

6- Kitabut Tauhid

dan lain-lain

Antara karangan beliau yang telah tercetak ialah :

1- التحجيل في تخريج ما لم يخرج من الأحاديث والآثار في إرواء الغليل )

– dua jilid, Maktabah arRusyd, Riyadh. Ini merupakan antara karya syeikh atTorifi yang terbaik iaitu menyiapkan karangan alBaani didalam kitab irwak algahil. Dikeluarkan pada 1422 hijrah, kemudian dimasukkan ke dalam majalah Dakwah bilagan 1856 untuk dipertandingkan untk tahun tersbut.

2- الأربعين النووية المسندة والتعليق على المعلول منها (مذكرة).

– kalau lihat didalam web beliau, mungkin akan dikeluarkan didalam web untuk dibaca tatapan umum.

3- زوائد سنن أبي داوود على الصحيحين..

– Tidak dicetak

4- المراجعة لطبعة الكتب الستة

Pustaka Darussallam

5- العلماء والميثاق

– Diletakkan didalam web beliau untuk dibaca dan download hasil ceramah beliau pada 1426 hijrah

6- الإعلام بتوضيح نواقض الإسلام

– Pustaka arRusyd, mempunyai 1 Jilid

7- اضطراب الزمان

– berasal dari ceramah beliau yang lengkap pada tahun 1426

8- صفة حجة النبي صلى الله عليه وسلم ( شرح حديث جابر الطويل )

– dicetak iaitu 1 Jilid

9- توحيد الكلمة على كلمة التوحيد

10- زوائد سنن أبي داود على الصحيحين والكلام على علل بعض حديثه في جزئين

– Pustaka arRuysd

11- المسائل المهمة في الأذان والإقامة

– Dicetak di Maktabah arRusyd, Riyadh

Wallahua’lam

Dialog bersama syeikh :

2- Bilakah syeikh memulakan pengajian ilmu? Bagaimanakah cara-cara mendapatkannya (memperolehi ilmu)?

SAT (Syeikh AbdulAziz atTorifi) : “Sebenarnya aku tidak ingat secara tepat kerana ianya bermula berkembang sehinggalah bertambah banyak. Aku mula menghafaz matan-matan pada usia 13 tahun. Matan yang terawal ku hafal ialah Matan Baiquniah pada ilmu mustolah hadith. Pada mula ianya susah untuk mengingatinya, tetapi aku terus menghafal, membaca dengan terlalu banyak pada usia 15 tahun. Pada waktu usia tersebut, aku ingat aku telah membaca 10 Jilid seperti tafsir Ibn Kathir, Zaadul Ma’ad, Sirah Ibn Hisyam, Fatawa Ibn Taymiyah (untuk kali pertama). Kemudian aku menghadiri kuliah-kuliah ditempat berasingan, dan kemudian (pembacaanku) berkurang. Tetapi seorang insan akan terus belajar, kerana ianya dituntut dari buaian hingga ke liang lahad, ilmu itu lautan.. lautan…

Cara mendapatkan ilmu:

Pada waktu itu, aku hadir kuliah ilmu hanya 3 kali seminggu, tetapi ku habiskan masa pada membaca dan membuat rumusan/ringkasan tanpa takhassus didalam bidang-bidang tertentu. Bahkan, termasuk subjek tauhid, hadith, feqah, sirah, sejarah, bahasa, syair dan sastera. Aku mendapat faedah yang sangat besar apabila meringkaskan karangan-karangan yang panjang. Pada usia aku mencecah 16 dan 17, aku telah ringkaskan Tafsir Ibn Kathir secara lengkap, Zaadul Ma’ad, sebahagian dari kitab alMughni, sebahagian dari Fatwa-fatwa Ibn Taimiyah dan ianya masih didalam simpananku di maktabah dan kadang-kadang aku mentelaahnya (ringkasan-ringkasan tersebut).

Begitu juga, aku meringkaskan sebahagian dari alIstizkar karya ibn abdil Bar, dan aku tumpukan kepada selesaikan masalah, menghafal syiir-syiir arab didalamnya, aku juga letak glosari/index bagi kitab Fatawa Ibn Taimiyyah berdasarkan kaedah-kaedah fiqhiyah dan lain-lain seperti index rijal, negeri dan mazhab-mazhab.

Lumrahnya, manusia kadangkala tersilap, oleh itu dia hendaklah memperbetulkan sedikit demi sedikit, dan paling utama berterusan mentelaah dan membaca di sepanjang masa”.

[Dialog dengan Soleh bin Abdul Aziz alThuwaini]

Antara perkara menarik juga;

4-Bagaimana cara kamu menghafal hadith? Terutama sekali isnad-isnad?

SAT : “Aku menghafal hadith melalui cara yang biasa iaitu mengulang-ngulang – sudah tentu (cara mengulang untuk menghafal hadith -pent) – tetapi yang menjadi masalahnya adalah untuk berterusan (mengulang-ngulang), apabila kita berhenti sahaja dari proses mengulang hafalan, keadaan semakin sukar untuk menghafal. Kadar hafalan aku sekitar 30 hingga 50 hadith sehari, kadangkala boleh bertambah, kadang-kadang berkurang. Adapun isnad-isnad, jika ia merupakan hadith sahih, aku akan menghafal isnadnya disekitar itu sahaja. Tetapi, jika ia sebuah hadith yang ma’lul (ada illat/sakit) dan bermasalah, aku akan hafal semua jalan-jalan periwayatan hadith tersebut”

Wallahua’lam..

Ps : ana hanya ambil dari 2 petikan dialog penuh. Jika anda berminat membaca biografi dan dialognya, sila klik pada link dibawah ini :

http://attarefe.islamlight.net (sila rujuk Bahagian biodata beliau)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: