alFahris..

Dr Hasan ‘Alami, salah seorang pensyarahku subjek Fikr Islam pernah berkata “Kalau kita tidak kuasai ilmu sesuatu itu sekalipun, biarlah kita tahu isi kandungan buku tersebut sehingga mungkin digelar ulamak fahris (ulama indeks). Dan jikalau kamu hendak mudah menjadi alim sesuatu ilmu, karangkan satu tajuk kemudian buat kajian dan perbandingan diantara buku-buku, insyaAllah, ilmu senang difahami secara menyeluruh” [Nasihat ketika kuliah subjek Fikr Islam, 2002]

Atas dasar itu, apa salahnya kita mengetahui dua indek kitab sahihain iaitu Sahih Bukhari dan Sahih Muslim. Mudah-mudahan ada gambaran ringkas lingkungan hadith sahih didalam dua kitab hadith ini yang digelar assohihain.

Oleh kerana kita berada didalam Ramadhan, maka ana bawakan indeks PUASA dari dua kitab didalam bab Ramadhan.

Oleh itu, sesiapa yang belum ada berkesempatan membaca habis keseluruhan isi kandungan hadith-hadith sahih bukhari dan muslim, mari kita selusuri secara mudah tajuk indeksnya dahulu.

Indeks Sahih Bukhari ada 68 didalam Kitab asSaum (Puasa);

1-Kewajipan berpuasa

2-Kelebihan berpuasa

3-Berpuasa merupakan kaffarah (penebus dosa -pent)

4-(Pintu syurga) arRayyan untuk orang-orang yang berpuasa

5-Adakah disebut ramadhan atau syahru ramadhan

6-Sesiapa yang berpuasa dengan iman dan mengharapkan ganjaran serta berniat (baik)

7-Baginda adalah yang terbaik ketika Ramadhan

8-(orang) yang tidak meninggalkan perkataan keji dan amalannya ketika berpuasa

9- Mengatakan “Aku berpuasa” jika kamu mahu

10-Berpuasa apabila takut kepada dirinya (melakukan maksiat -pent) apabila membujang

11-Sabda baginda “apabila kami melihat anak bulan, maka puasalah”

12-Sebulan yang tidak berkurangan (pahala -pent)

13-Sabda baginda “kami tidak akan menulis dan tidak akan mampu meramalnya (peristiwa melihat anak bulan pada zaman tersebut -pent)”

14-Tidak berpuasa sehari atau dua sehari sebelum ramadhan

15-Firman ALlah “dihalalkan pada malam berpuasa..”

16-Firman ALlah “Makan dan minumlah sehingga jelas kepada kamu …”

17-Sabda baginda “tidak menegah kamu (azan pertama) untuk sahurmu (berkaitan azan pertama)”

18-Melambatkan sahur

19-Kadar diantara sahur dan solat subuh

20-Keberkatan sahur tanpa diwajibkan

21-Jika berniat disiang hari

22-Orang yang berpuasa dalam keadaan junub

23-Mubasyarah (jima’) bagi orang yang berpuasa

24-Bercium bagi orang yang berpuasa

25-Mandi bagi orang yang berpuasa

26-Orang yang berpuasa makan dan minum dalam keadaan lupa

27-Siwak yang basah dan kering bagi orang yang berpuasa

28-Apabila berwudhu hendaklah kamu berkumur-kumur

29-Apabila berjimak didalam Ramadhan

30-Apabila dia telah menjimak tetapi tiada sesuatu pun untuk disedekahkan

31-Orang yang melakukan jimak, ada diberi makan kepada keluarganya ketika melakukan kaffarah?

32-Berbekam, muntah bagi orang yang berpuasa

33-Berpuasa didalam permusafiran dan berbuka

34-Apabila berpuasa sehari pada bulan Ramadhan kemudian bermusafir

35-Sabda nabi “kepada yang susah”

36-Sahabat nabi tidak malu (berbuka ketika bermusafir)dikalangan mereka

37-Orang yang berbuka ketika bermusafir untuk dilihat oleh manusia

38-kepada orang yang mampu memberi fidyah

39-Bilakah mengganti puasa ramadhan?

40-Orang haid meninggalkan puasa dan solat

41-Orang yang telah mati dan mempunyai (baki) puasa

42-Bilakah dibolehkan berbuka puasa?

43-Berbuka dengan apa yang ada seperti air atau selainnya

44-menyegerakan berbuka

45-Apabila berbuka puasa ketika muncul matahari

46-PUasa budak kecil

48-Wisol/menyambung puasa dan yang berkata pada malamnya ada puasa

49-.. kepada sesiapa yang banyak menyambung puasanya

50-Menyambung puasa sehingga sahur

51-Bersumpah untuk berbuka didalam puasa sunat dan tidak qadha jika bersetuju

52-Puasa (dibulan) Syaaban

53-Apa yang disebut puasa nabi dan cara berbukanya

54-Hak tetamu ketika berpuasa

55-Hak badan ketika berpuasa

56-Puasa sepanjang tahun

57-Kewajipan keluarga didalam puasa

58-Puasa sehari dan berbuka sehari

59-Puasa Nabi Daud

60-Berpuasa pada hari putih iaitu 13,14 dan 15

61-Sesiapa yang melawat kemudian tidak berbuka

62-Puasa pada akhir bulan

63-Puasa pada hari jumaat. Apabila dia berpuasa hari jumaat maka hendaklah dia berbuka jika tidak berpuasa sebelumnya atau tidak ingin berpuasa selepasnya

64-Adakah dikhususkan hari-hari (untuk beribadat -pent)

65-Berpuasa pada eidulfitri

66-Berpuasa pada eidul adha

67-Berpuasa pada hari tasyriq

68-Berpuasa Asyurak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: