atTadlik..

MENGURUT MENDAPAT 7 KETUL EMAS DAN PERAK?

Bismillahirrahmaanirrahim..

Oleh kerana terlalu ghairah dengan penyampaian ceramah, maka kesilapan atau kesengajaan menafsirkan nas (dalil) alQuran dan asSunnah sering berlaku. Saya sempat membawakan isi kandungan seorang penceramah yang mana isi kandungan ceramah yang perlu dicerah dan dimurnikan kepada masyarakat dan pencinta kesahihan ilmu-ilmu agama.

Antara isi kandungannya;


1-Kata penceramah “Nabi Muhammad ada bersabda `mana-mana isteri yang mengurut suaminya tanpa di suruh, maka isteri itu akan mendapat pahala tujuh ketul emas di syurga”.

2-Katanya lagi “Manakala mana-mana isteri yang mengurut setelah disuruh oleh suaminya terlebih dahulu maka isteri tersebut akan mendapat pahala tujuh ketul perak di akhirat kelak,”

3-Katanya lagi “beliau rasa terpanggil untuk menyampaikan petua ini sebab ramai yang tidak mengambil berat tentang kaedah sentuhan tersebut sedangkan dalam al-Quran Allah ada menyebut `gauli isteri kamu dengan cara yang terbaik’.

“Ini bermakna sentuhan dan belaian manja dan kasih sayang ternyata mampu merapatkan hubungan suami isteri kerana `a’syir,’ (bergaul) di dalam ayat tersebut bermakna bersentuh-sentuhan. Jadi kaedah urutan dan sentuhan seumpama itu amat baik untuk diamalkan,” ujarnya.

 

KOMENTAR

Pertama :

Setelah dirujuk didalam kitab-kitab hadith, tiada lafaz ketulan emas diberikan lantaran wanita-wanita yang mengurut tanpa disuruh suaminya.

Emas yang disebut didalam hadith mengenai beberapa perkara seperti;

– infaq seluruh emas sebesar uhud kecuali 3 dinar

– tidak boleh mencaci sahabat baginda walau pahala seperti timbunan emas sebesar bukit uhud

– peristiwa pembukaan Khaibar tanpa ghanimah emas dan perak

– kisah baginda dengan abu zar mengenai emas sebesar uhud

– kisah orang kafir yang ingin menebus dosa dengan emas memenuhi bumi di hari akhirat

– pengharaman cincin emas pada lelaki

– akan datang manusia yang bersedekah dengan emas tanpa diambil oleh sesiapapun

– pembelian emas dengan emas

– emas dan sutera dikiri dan kanan baginda

– emas, sutera dan perak pakaian di akhirat

– larangan menggunakan bekas minuman dari emas

– peristiwa pembelian tanah yang memiliki emas

– binaan syurga bertatahkan emas dan perak

– tamaknya manusia jika mempunyai lembah emas dan perak

– kisah Tamim adDari (sebelum Islam) dan ‘Asim bin Badda mengenai warisan emas dan perak

– warisan Kisra bin Hurmuz emas dan perak

– ancaman pemilik emas dan perak yang tidak menunaikan haqnya

dan sebagainya (hasil kajian seterusnya).

Dimana hadith urutan seorang isteri yang boleh memperolehi ketulan emas kerana mengurut?

Kedua :


Begitujuga dengan hadith ketulan perak yang berhak diberi kepada isteri yang mengurut setelah disuruh suaminya.

Yang terdapat didalam hadith mengenai perak seperti;

– cincin perak

– rambut yang putih seperti perak

– bekas minum perak yang ditampal oleh anas

– pembelian perak secara musyarakah

– pembelian perak dengan perak

dan sebagainya.

Dimana pula hadith urutan seorang isteri yang boleh memperolehi ketulan perak?

Oleh kerana dia menyatakan bahawa itu merupakan sabda Nabi Muhammad, itu merupakan edisi jenayah yang berat didalam Islam. Kita takut tergolong didalam golongan yang menempah tempat di neraka. Na’uzubillah min zaalik…


Ketiga:

Malang sekali jika kita yang telah menuntut ilmu agama atau mempelajarinya membelakangi konsep asas pengajian ilmu-ilmu Islam iaitu menafsirkan sendiri isi kandungan alQuran dan hadith assyariff mengikut idea tersendiri tanpa merujuk kitab-kitab tafsiran yang muktabar.

Mari kita lihat sepintas lalu tafsiran didalam Surah anNisa ayat 19.

Ibn Kathir menafsirkan “wa’asyiruhunna bil ma’ruf” dengan “berlembutlah apabila berkata-kata dengan isterimu, perelokkan perbuatanmu terhadapnya dengan segala yang termampu sepertimana kamu juga suka jika dia melakukannya terhadapmu seperti firman Allah didalam Surah alBaqarah ayat 228. Manakala Rasulullah pernah bersabda “Sebaik-baik kamu ialah orang yang berbuat baik terhadap keluarganya, maka sesungguhnya aku berlaku baik terhadap keluargaku [Riwayat Ibn Majah 1977, Ibn Hibban 1315. alBusairi didalam kitabnya azZawaid mengatakan isnadnya dhoif]” (Tafsir Ibn Kathir 2/242)

Mungkin penceramah ini elaborate apa yang ditafsirkan oleh Imam alQurtubi yang menyatakan “percampuran mesra dan gurauan”. [Sila rujuk tafsir alQurtubi 5/97]

Memang urut, cumbuan, gurauan atau apa sahaja bentuk tersebut merupakan huraian dan penjelasan lanjut tentang cara mengekalkan kasih sayang suami isteri. Walaubagaimanapun, kesucian dan kemurnian sunnah Nabi tidak wajar dijadikan satu sandaran untuk menyokong perkara yang tidak disebut secara jelas. Itu tandanya ada rahmat dan keluasan kepada manusia untuk hidup dan bebas melakukan perkara yang dapat mengekalkan kasih sayang suami isteri tanpa melanggar batas-batas syariat Islam yang sudah jelas disebut didalam alQuran dan alHadith.

Kesimpulan :

Hadith pahala urutan isteri mendapat ketulan emas dan perak tiada asal usulnya.

Akhirnya, oleh kerana ingin menyentuh tajuk urutan tersebut, beliau membawa nas dan tafsiran sendirian demi menyokong isi kandungan ceramah urutan tersebut ditambah dengan hadith yang tidak dikenal asal usulnya. Wallahul musta’an..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: