KBS 4
26 Aug 2008 2 Comments
in Diari, Kanak-Kanak Tags: kbs, kem bestari solat, mari belajar solat, SK Pekan 2, SK Pekan 2 Labuan, solat
Hari ini KBS (Kem Bestari Solat) yang keempat dilaksanakan di sekolah. Alhamdulillah, murid-murid memang berminat mengenai solat. Faktor utama ialah perlakuan solat itu sendiri. Murid-murid suka melakukan pergerakan.

hafawati seronok bernasyid
Ada juga yang masih terlalu lemah kerana tiada pendedahan seperti ketiadaan pendidikan agama di sekolah rendah agama mahupun ibubapa mereka tidak melakukannya.

GANANG, hero kanak-kanak tahun satu SKPD

ummi, najwa dan masyitah berposing sakan
Alhamdulillah, makanan yang disediakan pun makin baik setelah lama ditegur dan dikomen.
Kesilapan dalam solat…
24 Aug 2008 Leave a Comment
in Dakwah, Video Tags: kesalahan di dalam solat, mari belajar solat, solat, Video
Banyak video yang bagus sebagai tutorial solat. Cuma, kebanyakkan di dalam Bahasa Arab. Antaranya klip dibawah ini menerangkan antara kesalahan yang dilakukan di dalam solat :
Bersama Kanak-Kanak..
29 Apr 2008 1 Comment
in Kanak-Kanak Tags: jangan celupar di hadapan anak kecil, kanak-kanak bijak, mari belajar solat
Mengajar kanak-kanak membuatkan kita tergelak sendirian, sedih secara tiba-tiba, senyum berpanjangan, merasa puas dan sebagainya. Ragam kanak-kanak juga akan mengingatkan diri kita sendiri, malah betapa sukar melakukan secara ikhlas ataupun anda berlakon di hadapan mereka..
Kem Bestari Solat antara kegemaran budak sekolah. Ini pengalaman yang memuaskan dan menyeronokkan hati seorang guru.
“ustaz, bila lagi kita nak belajar solat” ujar salah seorang pelajar 2 Amanah.
“kita akan mulakan sesi kedua selepas cuti penggal pertama”. Kelas tersebut gamat seketika kerana bersorak setelah diberitakan mengenai perkara tersebut.
Aku pula seronok melihat telatah kanak-kanak tersebut.
Menjadi fasi di sekolah yang berbeza adalah pengalaman berharga bagi anda membezakan kemampuan murid. Aiman (gambar di atas) adalah antara murid yang sangat cekap, bijak dan pantas mengungkapkan kata-kata setelah disebut oleh ustaz. Pendek kata, murid cemerlang di dalam kumpulan 8.
Ini pula Jurinah. Dia baru sahaja mengenali solat pada hari tersebut. Walaupun demikian, prestasinya hampir mencecah kebijaksanaan si aiman. Kekuatannya ialah pada memori. Cukup pantas. Berbeza dari murid lain.
Kelebihan seorang murid ialah mereka cukup pandai meniru apa yang mereka nampak, dengar dan rasa. Bagi yang mempunyai anak, ibu bapa hendaklah berhati-hati mengeluarkan kata-kata di hadapan anak anda.


Komen & Kritis