Anakku hebat…
12 Dec 2009 2 Comments
in Buku Tags: anakku hebat, anakku soleh, Buku, sayangi anak anda, soleh
Masih terus mencari bahan bacaan yang boleh menjadi bekal kepada seorang bakal si ayah dan si ibu. Mari memborong buku-buku berkaitan. Kali ini, buku yang dicari-cari dijumpai jua, karangan Us. Zahazan.
anakku hebat
Mungkin karya ini lebih berharga kerana ia merupakan antara karya beliau untuk bakal ayah dan ibu yang terkini. Yakin Us. Zahazan mesti membawa idea baru dan menggabungkan idea lama agar buku ini menjadi yang terbaik. Masih lagi membaca di lembaran awal tetapi sudah terasa ‘kehebatan’nya. Kalau nak tahu, belilah!
Ya, takkan satu buku sahaja. Ada pasangannya. Karya Us. Abdul Rahman Mohamed. Buku yang dikarangnya dahulu “Pelik tapi benar” pun sudah ku miliki cuma tertinggal di Semenanjung dahulu. Kali ini, karyanya semakin menarik minatku untuk membeli. Apalagi, belilah!

mari membaca para bakal ayah!
Kepada bakal ayah dan ibu, ayuh tambah ilmu di dada dan laksanakan amanah yang dikurniakan oleh Allah sebaik-baiknya! Jangan anggap mudah amanah yang Allah beri kepada kita.
Membaca…
30 Nov 2009 Leave a Comment
in Buku, Dakwah, Diari Tags: ainon mohd, Buku, buku motivasi, psikologi kejayaan, pts
Masa cuti eloklah diisi dengan pembacaan buku motivasi.
Ini akan menjadikan diri kita lebih bertenaga dan bersemangat untuk terus menghadapi kehidupan yang lebih mencabar.
Membaca buku seperti karangan Dr. Tuah, Dr. Fadzilah Kamsah, Stephen Covey, Dale Carnegie dan sebagainya akan membuatkan anda menambah unsur positif di dalam diri disamping menambah maklumat dengan bacaan yang lain.

karya lain Ainon Mohd.
Membaca buku karangan Ainon Mohd, Psikologi Kejayaan terbitan 2003 memberikan nafas baru bagiku. Baru pertama kali membaca karyanya dan tertarik dalam bab 7 mengenai tangguhkan kepuasan dan kejayaan, iaitu membawakan satu kajian oleh Walter Mischel yang menguji kanak-kanak yang diberikan gula-gula dan diberikan masa untuk mereka menunggu seorang penyelia yang akan datang tetapi tidak diberitahu waktunya, sebagai ganjaran kanak-kanak yang bersabar, maka diberi lagi beberapa biji gula-gula. Sesiapa yang tidak tahan pula, boleh memakan gula-gula tersebut.
Akhirnya, ada yang dapat menunggu dan berjaya mendapat lagi beberapa biji gula-gula, dan ada yang terus memakan gula-gula tersebut kerana TIDAK MAMPU BERSABAR. Menariknya, setelah kanak-kanak itu besar, mereka masih diselia dan keputusannya :
KANAK YANG SANGGUP MENUNGGU – mempunyai kehebatan dalaman yang kuat berbanding dengan KANAK-KANAK YANG TIDAK SANGGUP BERSABAR tadi mempunyai tahap motivasi yang sangat rendah.
Sebenarnya, itu memberi pengajaran kepada kita, ada benda yang kita perlu tangguhkan sementera demi kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan. Begitu juga dengan duit gaji kita, baru terima gaji sudah lesap. Kemana hilangnya? Dimanakah kewibawaan kita sebagai pemimpin untuk menabung untuk digunakan untuk saat-saat kecemasan.
Kata orang kewangan, dapat gaji terus dahulukan bayar hutang, kemudian asingkan simpanan dalam bank kemudian barulah belanja!


Komen & Kritis