Belajar Bahasa Arab 4
23 Jul 2008 Leave a Comment
in Bahasa Arab, Kanak-Kanak Tags: arab itu indah, Bahasa Arab, belajar berbahasa arab dengan betul, betulkan makhraj arab

ANA ASIF 3ALA KULLI SYAIK
Maafkan aku atas segala-galanya!
ASIF LIANNI DOYYA3TUKA
Maafkan aku kerana aku mensia-siakanmu..
WA DOYYA3TU NAFSI
Dan aku juga mensia-siakan diriku…
WA ASIF, LIANNANI LA ASTAHIQQU MITHLIK
Dan maafkan aku kerana aku tidak layak menjadi sepertimu…
Belajar Bahasa Arab 3
20 Jul 2008 Leave a Comment
in Bahasa Arab, Kanak-Kanak Tags: arab itu indah, Bahasa Arab, belajar berbahasa arab dengan betul, betulkan makhraj arab, Generasi Bahasa Arab, tingkatkan bahasa arab anda
APA YANG KAMU KATA JIKA KAMU BERSIN ATAU KAMU MENDENGAR ORANG BERSIN?
Penterjemah : mesrarakyat
Petikan 1:
Achoooo!!
Alhamdulillah
الحمد لله
(Bersin)
Segala puji bagi Allah
Petikan 2:
Yarhamkallah
يرحمك الله
Semoga Allah merahmatimu
Petikan 3:
Yahdikumullahu wa yuslihu baalakum
يهديكم الله ويصلح بالكم
“Semoga Allah memberi petunjuk kepadamu, dan memberi kebaikan kepada dirimu”
Luruskan Saf..
12 Jan 2008 2 Comments
in Bahasa Arab Tags: arab itu indah, bahasa syurga, belajar berbahasa arab dengan betul, betulkan makhraj arab, rapatkan saf bukan sauf, saf atau sauf, sauh kapal dalam percakapan, silap cakap lain makna
“Luruskan saufff…” Kedengaran imam ingin memulakan solat.

Pelik. Sepanjang pengajian di dalam ilmu agama dan arab, barisan ialah saf. Saf pula berasal dari bahasa arab, kata jamaknya ialah sufuf. Bagaimanakah lahir perkataan “sauf?”
Yang mudahnya, LURUSKAN SAF. Perkara ini nampak kecil tetapi kesilapan dari segi bahasa arab membawa makna tidak seperti yang diharapkan.
Saf = Barisan
Suf = Kain bulu
Suffah = Ahli Suffah
Saya berpendapat sebahagian imam tersilap dengar berdasarkan hadith yang sahih iaitu :
سَوُّوا صُفُوفَكُمْ , فَإِنَّ تَسْوِيَةَ الصُّفُوفِ مِنْ تَمَامِ الصَّلَاةِ
“Luruskan saf/barisan, sesungguhnya lurusnya saf itu sebahagian dari kesempurnaan solat”
Perkataan yang digunakan ialah SAWWU.. tetapi oleh kerana tersilap dengar, maka sebahagian imam mengatakan SAWWUFFF…
Cadangan saya, eloklah gunakan bahasa melayu kerana anda yakin anda faham apa yang anda tuturkan. Jika anda ingin juga menuturkan bahasa arab, sila semak dengan orang yang berilmu di dalam bahasa arab.
Wallahua’lam..

Komen & Kritis