Qari..
04 Mar 2010 Leave a Comment
in AlQuran, Dakwah Tags: 23 qari dan qariah dapat imbuhan, AlQuran, rahmat sekalian alam

qari
Tahniah kepada qari yang memenangi tilawah peringkat antarabangsa. RM2,000 sebulan selama seumur hidup. Perkara sebegini ramai yang menyukainya. Tersenyum lebar qari-qari hebat Malaysia!
Itu sebagai galakan tambahan. Tetapi usaha untuk mempelajari ilmu AlQuran sangatlah dititik beratkan. Takut-takut kita ‘reti’ mengalunkan lagu tetapi kurang faham apa yang sedang disampaikan oleh Allah kepada kita. Kita asyik mengalunkan ‘bayati’ rupa-rupanya dalam ayat tersebut mengandungi ancaman Allah kepada orang yang cakap tak serupa bikin.
Dan banyak lagi, timbalah ilmu AlQuran. Belajarlah mengaji dan jangan lupa rujuk terjemahan dan tafsiran. Mudah-mudahan kehidupan kita diberkati oleh Allah…
Selusuh
10 Jan 2010 2 Comments
in Dakwah Tags: AlQuran, minyak selusuh
Alhamdulillah, setelah bertanya rakan, barulah aku faham selusuh itu ada 2 jenis. Satu, air selusuh. Dua, minyak selusuh. Aku terfikir sebelumnya ianya adalah nama produk yang dijual di Malaysia. Ya, memang sudah ada dijual dengan jenamanya yang pelbagai.
Rupa-rupanya selusuh itu dihasilkan antaranya menerusi bacaan ayat-ayat AlQuran dan dihembuskan kepada air dan minyak tersebut. Cuma, ada tatacaranya seperti yang dijelaskan oleh pakar-pakar pembuat selusuh (boleh cari sendiri di dalam enjin carian).
Walaubagaimanapun, tertarik dengan perbincangan dengan mak, orang yang melahirkanku…
A : Mak, fikirkan apa minyak selusuh ni…
Mak : Kalau dah sihat, tak perlu pun takpa, itu sebagai tambahan aja. Ada cikgu tu, nak dekat masa beranak, dia sendiri bawa kereta, pastu mengaji pula kat rumah kita ini. Tak perlu pun selusuh. AlQuran kalau dah baca setiap hari, insyaAllah lebih mujarab dari selusuh tu…
A : Ooo.. bijak2.
Itulah seorang mak aku yang dilahirkan dalam suasana beragama. Hidup beragama memang best! Air dan minyak itu hanya sebagai option.
Antara surah-surah yang dibaca ialah Luqman, Yusuf dan Maryam. Inilah antara surah-surah terkenal di kalangan ibu-ibu kita. Mungkin ada yang arif 3 surah ini sahaja. Wah, malanglah jika AlQuran dibaca ketika sempena dan mengharapkan benda-benda tertentu sahaja.
AlQuran itu diturunkan agar ia dibaca semua ayat-ayat dan sebagai petunjuk kepada manusia sekalian alam.
Nak jadi cerita, sempat hafal Surah Luqman dalam masa 2 hari. Dan aku sendiri yang bacakan ayat dan maknanya kepada bakal anakku. Si ayah pun kena faham ayat yang dibaca, bukan main hembus-hembus ja!
Dan jangan lupa. AlQuran bukannya dibaca berdasarkan sempena dan masa-masa tertentu, tetapi ianya dibaca setiap hari, difahami dan diamalkan!
Mari beramal!
Sketsa :
A : Jadi haramlah guna selusuh?
B : Sapa kata haram?
A : Jadi, yang ustaz tulis pasal selusuh tu?
B : Ko baca ker tulisan aku?
A : Baca..
B : Ada ker saya kata haram?
A : Takde, tapi tak digalakkan
B : Tak digalakkan pun takde. Lain kali baca betul-betul. Saya ajak kita bersama membaca ALQuran setiap hari!
A : Jadi tak haram lah guna selusuh?
B : Yang haramnya buat fitnah kat orang!
A : erkk, maaf ustaz!
Baca AlQuran…
31 Dec 2008 Leave a Comment
in Dakwah Tags: adab membaca alquran, AlQuran, alquran kitab petunjuk, Generasi Al-Quran, tilawah alquran
oleh : mesrarakyat
Adab membaca AlQuran itu banyak. Antaranya ialah ;

2 wasiat nabi iaitu AlQuran dan Sunnahnya...
-Pembaca hendaklah bersih, suci dari segala hadas
Hantaran AlQuran…
19 Dec 2008 5 Comments
in Dakwah, Isu, Novel Tags: AlQuran, alquran kitab petunjuk, hantaran alquran, kitab hidayah, Novel, tilawah alquran
Oleh : mesrarakyat (penulis asal cerita ini)

ihsan blog kedaimagik.blogspot.com
“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil.
“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.


Komen & Kritis