Tips berblog..

Segala ilmu yang kita ada walaupun sedikit eloklah dikongsikan. Ini kerana kita hendaklah yakin bahawa Allah pasti akan menambahkan ilmu kita dan memberikan pahala selagi mana ilmu tersebut disebarkan. Itu dikira amal jariah. “Jari” itu maknanya mengalir seperti sungai yang mengalir. Amal jariah bermakna amalan yang tidak putus-putus mendapat pahala dari Allah.

More

Antivirus…

antivirus ranking

antivirus ranking

http://anti-virus-software-review.toptenreviews.com/

anda rasa sukar menggunakan antivirus? Saya selalu menggunakan software yang berada pada ranking yang baik untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik.

TUTORIAL CERAMAH – SIRI 2

Oleh : ibnuhazam/mesrarakyat

Ada beberapa pesanan kepada rakan, sahabat, taulan dan pembaca sekalian di dalam tajuk ceramah ini. Pesanan ini berupa tips dan petua :

Jangan tertumpu kepada teks

Jika anda mengarang karangan yang indah, ia mungkin indah pada karangan tersebut tetapi tidak pada ceramah. Kebiasaan ceramah yang baik lancar dituturkan di bibir anda.

Pengalaman berceramah di sebuah Institut Perindustrian menggunakan teks memang ‘ngeri’. Ini kerana saya yang beranggapan teks yang di karang cantik akan menyerikan suasana ceramah, tetapi anggapan saya memang meleset. Pelajar Institut tersebut kebosanan dan merasakan diri mereka seolah-olah bukanlah audien ceramah tersebut. Akhir ceramah tersebut gagal, pelajar mengantuk, penceramah mengikuti masa dalam keadaan ‘menyeksakan’ dan kaku.

Latihan ‘miming’ sebelum berceramah

Ayat-ayat yang indah biasanya telah pun di hafal oleh penceramah. Kita ambil contoh ceramah Ustaz Akil Hayy yang selalu membuat perkataan hujungnya sama dan dituturkan dengan lancar.

Untuk melakukan sedemikian, anda perlu berlatih bercakap secara bersendirian menggunakan susunan kata yang anda rancangkan. Ini juga di lakukan bagi menghadapi semua ceramah khususnya ceramah umum seperti Program Isra’ Mi’raj, Nuzul AlQuran dan sebagainya.

Latihan bersama nota yang anda sediakan akan memantapkan lagi penyampaian ceramah anda.

Kenalpasti jenis audien anda

Menyampaikan ceramah kepada kanak-kanak, orang tua, saudara yang baru memeluk islam, pelajar kolej dan sebagainya hendaklah dibeza-bezakan mengikut taraf audien tersebut.

Contoh, kita ambil tajuk “AlQuran, sebuah kitab hidayah”:

Kita hendaklah sentiasa membaca dengan betul bacaan bacaan AlQuran. Seperti contoh Surah AlFatihah. Biasanya banyak kesilapan ketika membaca ALHAMDULILLAH yang dibaca dengan huruf HA (BULAT). Sepatutnya di baca dengan HA (BUKA/KASAR)

Fakta ini layak ditujukan kepada audien seperti kanak-kanak, penduduk di pedalaman dan saudara baru memeluk Islam.

Kitab AlQuran sahaja yang masih boleh digunakan sehingga ke hari ini. Isi yang terkandung di dalam Injil, Taurat dan Zabur telah dimansuhkan walaupun terdapat beberapa perkara yang masih asli di dalamnya seperti saranan Rasulullah apabila kamu berhadapan dengan isi-isi kitab samawi tersebut “Jangan engkau percaya dan jangan pula engkau dustai”. Ertinya jika isi kitab tersebut mengatakan tuhan ada tiga, maka sudah tentu itu dusta, tetapi jika isi kitab tersebut nyata mengesakan Allah, maka ianya masih kekal suci dan sama di sebut di dalam ALQuran..

Fakta ini pula layak ditujukan kepada audien seperti pelajar kolej, universiti, ahli-ahli korporat dan setaraf dengannya.

Bertemu di SIRI 3 jika berkesempatan..

Wallahua’lam..

TUTORIAL CERAMAH – SIRI 1

Oleh : ibnuhazam/mesrarakyat

 

Bagaimana untuk berceramah?

 

Artikel ini ditujukan kepada rakanku di JAKIM, JAWI, TH,guru-guru  dan apa jua jenis profesion anda. Yang penting, tujuannya untuk berceramah terutama ceramah umum atau khas yang telah di tetapkan oleh penganjur. Yang pasti, kuliah dan ceramah adalah dua perkara berlainan.

 

Bagaimana ingin memulakan teks ceramah?

 

Yang pertama, pastikan kita dapatkan tajuk dari penganjur ataupun kita yang bebas memilih tajuk. Kita ambil contoh ‘Peranan Ilmu Kepada Manusia’. Nampak mudah tetapi bagi yang tidak pernah berceramah, tentulah ia perkara yang amat berat.

 

Penulisan Teks Ceramah

 

Bagaimana seseorang itu boleh bercakap 2 jam tanpa rasa letih ataupun tanpa menjemukan pendengar-pendengar? Mestilah ceramah tersebut penuh dengan isi ditambah pula dengan isi yang dapat menarik pendengar tersebut seperti isu-isu terbaru, perkara yang sudah menjadi budaya dan sebagainya. Ini terpulang kepada kebijaksanaan penceramah itu sendiri.

 

Mari kita tulis lakaran teks ceramah. Hanya memerlukan kertas A4 yang di lipat empat ataupun buku nota kecil (jangan guna buku 555, low class!)

 

TAJUK: Peranan Ilmu Kepada Manusia

MASA : 1 jam

PENDENGAR : Penduduk Kg Aman Sentosa

 

Kita perlu bahagikan kepada 3 perkara :

 

1-PENDAHULUAN (10 min)

2-ISI (40 min)

3-PENUTUP (10 min)

 

Oleh kerana sejam 60 minit maka 3 perkara di atas hanya memerlukan pembahagian minit untuk anda berceramah setiap perkara tersebut.

 

Contoh PENDAHULUAN :

 

Pembukaan dengan kalimah tauhid – spt Asyhadualla la ilaha illa Allah.. (3 min)

Takrif Ilmu – ringkas (3 min)

Pembahagian ilmu kepada baik dan buruk (4 min)

 

Jika dirujuk dari isi pendahuluan di atas maka anda sudah nampak apakah isi yang perlukan anda beri penekanan. Ini terpulang kepada bahasa anda, samada anda menggunakan audien untuk soal jawab seperti “Siapa boleh beritahu ustaz, ilmu itu terbahagi kepada berapa bahagian..??”

 

PERINGATAN : Anda Hendaklah Berdisiplin Mematuhi Masa Yang Anda Sendiri Tetapkan Supaya Tidak Terkurang. Jika Terlebih, Itu Bonus Buat Anda.

 

Mari kita lihat teks ISI pula :

 

Contoh ISI ‘Peranan Ilmu..’ :

 

1-kenal pencipta ( 10 min)

1.1 ilmu tauhid – kenal siapa tuhan (5 min) – beza dengan orang bukan islam

1.2 pelbagai ilmu ada manfaatnya (5 min) – ilmu perubatan ada faedah, ilmu falak ada faedah.

 

2-selamat dari kekufuran ( 10 min)

            2.1 tahu membezakan yang mana iman atau kufur – cthnya ilmu sihir (5 min)

2.2 menjauhkan perkara yang boleh menjatuhkan akidah – cthnya dengan ilmu, kita tahu mana yang patut dijauhi seperti menghina Rasulullah (5 min)

 

3. Allah beri kemudahan penuntut ilmu (20 min)

            3.1 penuntut ilmu di doakan oleh segenap makhluk Allah (5 min) – hadis

            3.2 penuntut ilmu di mendapat darjat yang tertinggi (5 min) – alQuran

            3.3 penuntut ilmu di kenang sepanjang zaman (5 min) –

            3.4 penuntut ilmu yang mengajar (5 min) – amal jariah yang besar

 

Oleh itu, masa untuk ISI adalah 40 minit.

 

Akhirnya kita lihat PENUTUP :

 

Kesimpulan tajuk ilmu (5 min)

Doa – semoga menjadi orang yang berilmu (5 min)

 

Sudah selesai! Anda akan dapati masa di atas nampak sudah menjadi singkat. Dan, siapa yang telah biasa buat cara begini masanya sentiasa di penuhi dengan ceramah dan ditambah pula jika isi menarik.

 

Bagaimana pula memasukkan ayat alQuran dan hadith?

 

Biasanya, penceramah hendaklah terlebih dahulu menghafaz ayat atau matan hadith demi memudahkan dan melancarkan isi tersebut. Jika tidak pun, catatkan di hujung kertas tersebut agar ia semakin kuat di ingatan kita.

 

Berjumpa di SIRI 2..

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.