Mentadak Mentadu
13 Dec 2008 2 Comments
in AT, Kanak-Kanak
oleh : Habibul Izzah Ahmad

"I'm hero"
“Mentadak mentadu, macam mana kakak tidur.” Ha macam nie, kata abang, sambil menelentangkan seekor mentadak yang berada di tangannya.
Ha! Ha! Ha! Ketawa abang dan adik melihat mentadak yang ditangkap mereka terlentang sambil kakinya terangkat ke atas.
AT – Upah atau pahala
13 Dec 2008 Leave a Comment
in AT, Kanak-Kanak Tags: mari semak artikel anda, upah atau pahala
oleh : Habibul Izzah Ahmad

Faiz sangat jimat berbelanja. Setiap hari duit belanja sekolah yang diberikan kepadanya disimpan ke dalam beg duit miliknya. Sifat jimat ini tidak pula membuatkan Faiz lokek untuk membelanjakannya. Ada sahaja ideanya untuk membelanjakan duit simpanannya sama ada untuk membeli alat tulis ataupun barang permainan. Malahan Faiz turut menggunakan wang simpanan ini untuk dilaburkan kepada adik-adiknya.
AT – Azan…
07 Nov 2008 Leave a Comment
in AT, Dakwah, Kanak-Kanak Tags: azan, bilal bin rabah, Kanak-Kanak, kanak-kanak bijak, orang yang pertama melaungkan azan
oleh : Habibul Izzah
Ummi…Ummi, tolong ajarkan abang azan. Abang kena masuk pertandingan azan di sekolah, kata Faiz. Ok, cuba abang azan sekali Ummi nak dengar? Faiz pun mula mengalunkan azan,

Inilah antara syi'ar agama Islam...
AT – Adilkah?
15 Oct 2008 Leave a Comment
in AT, Dakwah, Kanak-Kanak Tags: adilkah, artikel qurratul ain, mari semak artikel anda, puisi
Si kecil kini
Meniti lorong suram
Mencari setitik cahaya panduan
Moga terbit neon pedoman
Seharian lalui pilu,
Meratap syahdu dalam bait tangis
Teriak batin bergejolak jiwa
Lara merobek sukma….
Si kecil terus meniti gelap malam
Berlari kecil di awan nan kelabu
Namun tak sekali berputus harap
Moga pelangi muncul di akhirnya
Diraih gerimis
di sambut bagaikan pelangi
bahagia seketika walau…
di sedari dunia seakan mendengus…
adilkah dunia?
Mengejek perih..
Si kecil yang mencari kebenaran
Secebis sinar harapan…
Dek sebuah kehancuran
Pembinasaan sepasang tangan bergelar insan
Kau yang menghapuskan
Kau jua yang merosakkan
Erm…patutkah dia ditertawakan?
Sedangkan dia mencari haluan
Sebuah kebenaran
Adilkah?
kau merosakkan
Namun!
org lain mencari pemulihan.
Adilkah?
Qurratul ‘Ain, Kenitra, Morocco…
AT – Kisah Serikandi 1
20 May 2008 Leave a Comment
in AT Tags: artikel qurratul ain, sajak wanita, serikandi
oleh : Qurratul Ain
Di olah menjadi sajak : ibnuhazam
Hati kecil ini terpanggil
meluahkan kata
mengenai insan
yang bergelar wanita
Dilahirkan sebagai hawa
kaum yang dianggap lemah ini
tidak pernah teragak-agak
untuk bergandingan bahu dan berdiri lurus
sebaris dengan golongan perwira
sebagai serikandi suci
dan terus mekar mewangi di medan dakwah
dan perjuangan hakiki
dalam merebut kasih Illahi
bertepatan dgn fitrah wanita
lembut adalah kekuatan
disebalik ketabahan dan kebijaksanaan


Komen & Kritis