Masjid Kristal…
26 Dec 2010 Leave a Comment
in Dakwah Tags: makmurkan masjid, masjid, masjid kristal
“Lama tak Nampak muka, bercuti ka?”soal tuan imam.
“ada disini..” jujur menjawab.
Ada makna soalan si imam bertanyakan perihal jemaahnya.
Jemaah kian surut, saf tak lebih dari dua baris, jemaahnya berusia dan sebagainya dari berita masjid yang biasa kita dengar dan baca. Itu juga tanda akhir zaman.
“rumah saya jauh la tuan imam”
Rumah jauh bukanlah alasan tetapi menjadikan pahala bertambah besar.
Ya, di dalam hadith, pernah diceritakan bahawa Banu Salamah ingin berpindah kediaman berhampiran masjid tetapi ditegur oleh nabi agar mereka kekal tinggal berjauhan dari masjid.
“Eh, kan bagus kalau tinggal berdekatan masjid”
Benar, itu mungkin bagi si ‘pemalas’ ke masjid, tetapi maksud Rasulullah tadi, agar Banu Salamah tahu bahawa jauhnya mereka berjalan ke masjid itu disaksikan oleh Allah, malah pahala pun berganda-ganda. Hadith tadi juga diantara cerita sebab turunnya ayat 12 di dalam Surah Yasin yang menceritakan Allah tidak pernah terlepas dan lalai dari menyaksikan setiap kesan-kesan melakukan ibadah. Ibn Kathir mentafsirkan kesan itu ialah kesan tapak kaki ke rumah Allah seperti hadith mengenai Banu Salamah tadi.
“Bagaimana pula dekat dengan masjid?”
Bagus, kalau selalu ke masjid tetapi jika sudah tinggal berhampiran masjid dan tidak pernah pula menjejakkan kaki ke rumah Allah malah lebih lalai dan leka, nampaknya bukan semakin dekat dengan Allah, tetapi semakin jauh. Na’uzubillahhimin zaalik..
Tinggal dekat dengan masjid bukan bukti keimanan tetapi datang dan memakmurkan rumah Allah jelas itulah diantara bukti keimanan seorang muslim.
Ya Allah, kuatkan hati kami untuk sentiasa hadir dan memakmurkan rumahMu…
Wallahua’lam
9.59 mlm
-idea penulisan dari isi ceramah Riyadussolihin di Masjid AnNur, WP Labuan tentang tajuk BANYAKKAN CABANG-CABANG MELAKUKAN KEBAIKAN.
Hobi…
24 Dec 2010 Leave a Comment
in Bahasa Arab, Dakwah Tags: cuti sekolah, hobi, hobi masa lapang, mengisi masa cuti persekolahan
Dalam bahasa arab, hobi disebut hiwayah, kalau hiwayati ertinya hobiku.

"apa hobi kamu anak muda"
Cuti sekolah 2010 semakin melabuhkan tirainya. Apa pengisian yang kita lakukan? Samada seorang diri (membujang) ataupun aktiviti berfaedah bersama keluarga dan anak-anak?
Mungkin bagi sesiapa yang masih bujang, perkara berikut dilakukan;
- Sertai program pengurusan diri
- Melancong ke tempat-tempat yang mendamaikan
- Melatih kemahiran dengan mengikuti kursus-kursus jangka pendek
- Mengubah ketrampilan diri
- Memikirkan menamatkan zaman bujang
- Mengkaji bakal calon pasangan suami/isteri
- Memenuhkan masa dengan membuat tuisyen
- Melibatkan diri ke aktiviti sukarelawan
- Menadah kitab melebatkan ilmu di dada
- Menghafal ayat alQuran/hadith/doa-doa
- Ikhtiar mencari penawar penyakit samada dalaman atau luaran
- Membuat perancangan tahunan
- Dan sebagainya dari aktiviti berfaedah
Mungkin bagi yang sudah berkeluarga dan anak-anak, program berikut sudah dilakukan;
- Menghadiri kursus kekeluargaan
- Membuat pengubahsuaian rumah
- Melakukan ziarah di perkampungan mentua
- Melakukan ziarah ke tempat yang sesuai bagi keluarga
- Meluangkan masa yang banyak dirumah
- Menghabiskan buku-buku kajian melahirkan anak-anak soleh/solehah
- Melakukan perubahan pada pasangan masing-masing – Muhasabah
- Membuat perancangan tahunan bersama keluarga
- Mengatur persiapan menyambut zuriat yang akan datang
- Membuat jadual membaca alQuran secara berjemaah
- Membuat kuliah pendek selepas berjemaah bersama keluarga
- Menumpukan perhatian yang wajar kepada pasangan/anak yang sakit
- Dan sebagainya
Semuanya diatas perkara-perkara yang mendamaikan jiwa. Mudah-mudahan kita bertambah baik dari tahun ke tahun, bukannya makin celaru, keliru dan sangsi dengan diri masing-masing.
Bagi kita yang beragama Islam, jagalah akidah kita sehingga akhir hayat!
**
Sedang cuba belajar-belajar berjinak dengan tanah dengan menanam sayur-sayuran di belakang rumah! Sekurang-kurangnya itu menambahkan ilmu baru, mengajar diri agar lebih peka terhadap persekitaran dan mengajar anak secara tidak langsung akan kepentingan menguruskan tanah untuk manfaat bersama.
**
Sebenarnya cuti ini peluang untuk kita rapatkan persaudaraan. Samada mempunyai pertalian darah ataupun tidak. Jadi, bagaimana merapatkan ukhuwwah dikalangan kita?
Teringat ketika berada mula sampai di Maghribi, saya diingatkan agar sentiasa sertai jemaah (ketika itu kurang dari 10 orang yang berada di Kenitra, perkampungan pelajar Malaysia, sekarang mungkin hampir 200 pelajar Malaysia di sana). Bermula dengan bermain bola bersama setiap petang di padang pasir membuatkan saya dapat mengenal setiap seorang dan hubungan persaudaraan sangat mudah terjalin secara mesra.
Orang arab pun suka mencabar pasukan Malaysia kerana kami jarang menolak pelawaan mereka untuk menjayakan perlawanan persahabatan. Malah, kawan arab kami yang rapat juga pasti akan membela kami jika kami diejek dengan ‘chinnuwa’ yang bermaksud anak cina!. He he he
Kalau adik beradik pula, kami (anak-anak lelaki) gemar melakukan aktiviti riadhah selepas Subuh dengan bermain raket. Bukan sahaja ketika zaman bujang, tetapi hingga ke saat ini itulah diantara aktiviti kami merapatkan ukhuwwah masing-masing.
Kuncinya BERSUKAN dengan menjaga adab-adabnya.
Nabi pun ada aktiviti SUKANnya tetapi biarlah belajar cara bersukan yang dapat merapatkan diri kita kepada Allah bukan semakin jauh kita denganNya…
Cuma yang masalahnya, yang selalu ‘ponteng’ untuk menyertai aktiviti yang dianjurkan.
Wallahua’lam
9.09 am
-sementara demi menunggu tukang paip membaiki saluran air!
Bacalah!
12 Dec 2010 Leave a Comment
in Dakwah Tags: bacalah, jadual membaca, luangkan masa membaca, membaca
“Saya lihat iddah ini menyusahkan wanita kerana dalam tempoh iddah, wanita tersebut tidak boleh keluar rumah. Bagaimana kedudukan wanita yang bekerja atau ada keperluan untuk keluar rumah?” -petikan dari buku Salah Faham Tentang ISLAM ms 78.
Jawapannya, belilah buku tersebut.
Buku yang sedang saya baca ialah :
1. Salah faham tentang Islam – Ustazah Nik Salida & Ustaz Nidzam

Sedang dibaca
2. Benarkah Alexander bukan Zulkarnain? – Afareez

Akan dibaca
Buku yang pertama dibeli oleh isteri saya. Cuma, saya pula yang minat membacanya. Kelebihan buku ini ialah;
-bab yang lengkap dengan salah faham dan jawapan. Ada mengenai AlQuran, Hadith, Wanita, Ibadat, Hiburan dan macam-macam lagi.
-soal jawab dari masyarakat umum untuk lebih mudah difahami
-jawapan yang santai, tidak terlalu berat
-sesuai untuk orang awam apatah lagi pendakwah
-sesuai dijadikan hadiah kepada orang yang baru mengenali Islam
Pembacaan setakat ini : 30%
Buku yang kedua dibeli oleh saya sendiri kerana ingin mendalami nama yang diberi oleh ayah. Lagipun, nama kita adalah yang paling bernilai. Nama Zulkarnain ini adalah pelik ketika saya berada di Maghribi kerana masyarakat arab tidak memberi nama demikian pada anak-anak mereka. Pelik tetapi nama ini tidak dilupa ketika berada dengan masyarakat arab. Syukran jazilan kepada ayah!
Buku kedua ini belum dibaca. InsyaAllah, masa yang paling sesuai untuk dibaca ialah ketika di dalam feri. Tetapi, ada lagi satu buku mengenai Zulkarnain dan Alexander;

Akan dibeli!
Ya, itulah kembarnya. InsyaAllah, buku ini akan menjadi milikku…
Scammer!
09 Dec 2010 Leave a Comment
in Dakwah Tags: penipu, scam, scammer
Wachaa.. ada scammer?
Ya, oleh kerana kita sudah maju kehadapan, kita pun jadi moden dan canggih. Kononnya, kalau tak ikut, ketinggalan zaman. Bukan sahaja pendidikan boleh dipelajari menerusi online malah penipuan pun mudah berlaku secara tidak sedar dek kerana canggihnya teknologi. Oleh itu, pencuri dan pelaku jenayah pun semakin canggih dan moden.
Ada pengalaman ditipu? atau lebih mudah disebut sekarang dengan istilah SCAM.
Ya, saya pun pernah di scam melalui pembelian barang kamera secara online. Antara kesilapan ialah:
- terlalu seronok dengan pembelian barang dengan harga murah
- pembelian secara online seutama-utamanya melalui C.O.D iaitu Cash On Delivery. Dengan kata mudah, anda lihat barang secara ‘ain (benda maujud) dengan mata kepala sendiri.
Akhirnya, saya kerugian RM480.00. Ya, siapa yang menipu? Ini biodatanya :
Emel : tranceyus@gmail.com
Nama : MOHD YUSOF OTHMAN
No akaun CIMB : 01220010510523
Jika dia dari kalangan kawan anda, jauhilah dari berkawan dengan manusia sebegini. Menyusahkan sahaja!
Apakah hikmah anda ditipu?
1. Belajar dari kesilapan
2. Semakin arif teknik dan stail penipuan
3. Kifarat DOSA – Ini paling penting!
Kenapa saya beritahu anda?
1. Kongsi pengalaman
2. Nak ajar kawan-kawan berhati-hati membeli menerusi online.
Ada juga seseorang yang masih belum membayar sejumlah wang kepada saya hasil jualan Nikon D60 yang amat disayangi. Saya akan letak alamatnya di sini agar kawan-kawannya dapat memaklumkan hutang tersebut :
SITI AZURA BT ABDUL HALIM, NO 8′B, RUMAH PKNS, KG. DATO HARUN SERENDAH.48200 SELANGOR
Apakah akibatnya kepada si penipu?
1. Hidup tak berkat
2. Rezeki sangat sempit
3. Dosa dikira selagi tidak mengembalikan hak orang lain
4. Hidup tak akan bahagia.
Sharing is caring!


Komen & Kritis