Membaca…
30 Nov 2009 Leave a Comment
in Buku, Dakwah, Diari Tags: ainon mohd, Buku, buku motivasi, psikologi kejayaan, pts
Masa cuti eloklah diisi dengan pembacaan buku motivasi.
Ini akan menjadikan diri kita lebih bertenaga dan bersemangat untuk terus menghadapi kehidupan yang lebih mencabar.
Membaca buku seperti karangan Dr. Tuah, Dr. Fadzilah Kamsah, Stephen Covey, Dale Carnegie dan sebagainya akan membuatkan anda menambah unsur positif di dalam diri disamping menambah maklumat dengan bacaan yang lain.

karya lain Ainon Mohd.
Membaca buku karangan Ainon Mohd, Psikologi Kejayaan terbitan 2003 memberikan nafas baru bagiku. Baru pertama kali membaca karyanya dan tertarik dalam bab 7 mengenai tangguhkan kepuasan dan kejayaan, iaitu membawakan satu kajian oleh Walter Mischel yang menguji kanak-kanak yang diberikan gula-gula dan diberikan masa untuk mereka menunggu seorang penyelia yang akan datang tetapi tidak diberitahu waktunya, sebagai ganjaran kanak-kanak yang bersabar, maka diberi lagi beberapa biji gula-gula. Sesiapa yang tidak tahan pula, boleh memakan gula-gula tersebut.
Akhirnya, ada yang dapat menunggu dan berjaya mendapat lagi beberapa biji gula-gula, dan ada yang terus memakan gula-gula tersebut kerana TIDAK MAMPU BERSABAR. Menariknya, setelah kanak-kanak itu besar, mereka masih diselia dan keputusannya :
KANAK YANG SANGGUP MENUNGGU – mempunyai kehebatan dalaman yang kuat berbanding dengan KANAK-KANAK YANG TIDAK SANGGUP BERSABAR tadi mempunyai tahap motivasi yang sangat rendah.
Sebenarnya, itu memberi pengajaran kepada kita, ada benda yang kita perlu tangguhkan sementera demi kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan. Begitu juga dengan duit gaji kita, baru terima gaji sudah lesap. Kemana hilangnya? Dimanakah kewibawaan kita sebagai pemimpin untuk menabung untuk digunakan untuk saat-saat kecemasan.
Kata orang kewangan, dapat gaji terus dahulukan bayar hutang, kemudian asingkan simpanan dalam bank kemudian barulah belanja!
Nasyid Alhamdulillah
28 Nov 2009 2 Comments
in Dakwah, Kanak-Kanak Tags: alhamdulillah, Kanak-Kanak, Nasyid, nasyid alhamdulillah, sinetron faiz dan faizah, tv9
Klip ini dimainkan di dalam sinetron Faiz dan Faizah :
EidulAdha 1430H
27 Nov 2009 Leave a Comment
in Dakwah Tags: eidul adha, eiduladha, selamat hari raya, solat sunat eiduladha

Kullu 'Am wa antum bikhair...
Alhamdulillah, kita dipanjang usia oleh Allah sehingga ke saat ini. Kita sempat lagi mengecapi Eidul’adha yang penuh dengan keberkatan. Hari ini juga merupakan hari terbesar dan terpenting bagi jemaah haji yang merupakan kemuncak dalam ibadah haji. Moga mereka mendapat haji yang mabrur.
Bagi kita yang ada di luar dari kawasan Mekah, kita sudah tentu sudah melakukan sunnah nabi. Antaranya apabila tiba 9 Zulhijjah, kita sudah pun berpuasa sunat. Apatah lagi tahun 1430H ini, 9 Zulhijjah jatuh pada hari khamis. Mudah-mudahan Allah terima puasa yang kita lakukan.
Begitulah juga bahawa kita tidak lupa mengerjakan beberapa sunnah nabi antaranya anjuran bertakbir berterusan hingga habis hari Tasyriq. iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Mudah-mudahan kita peka dan mengambil endah untuk bertakbir apatah lagi ia mengandungi ayat-ayat tauhid yang sangat bermakna pada jiwa kita.
Dan paling bermakna, peristiwa 10 Zulhijjah pasti kita tidak akan dapat lupakan peristiwa peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim AS.
Inilah antara intipati 10 Zulhijjah. Mudah-mudahan benda-benda asas inilah dapat kita sematkan didalam diri kita sebagai muslim. Sekaligus, jangan lupa menambah info-info tambahan lain seperti hukum hakam Qurban dan sebagainya. Mudah-mudahan kita menjadi salah seorang umat Islam yang amat berguna kepada agama, bangsa dan negara.
Antara perkara yang kita dapat lakukan ialah:
1. Membaca sedikit sebanyak hukum hakam solat sunat eiduladha
2. Membaca hukum hakam Qurban
3. Menyertai perbincangan solat sunat dan Qurban demi memantapkan lagi pemahaman dari hasil pembacaan kita.
4. Menghafaz ayat-ayat yang berkaitan tentang Qurban.
5. Perkara-perkara lain yang bermanfaat.
Wallahua’lam.
925 pm, Labuan
Nikmat Masa Lapang..
21 Nov 2009 Leave a Comment
in Dakwah Tags: mengisi masa cuti persekol, nikmat masa lapang

Sedang menelaah AlQuran
Dari Ibnu Abbas RA dari Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : “Dua nikmat yang kebanyakan manusia terpedaya dengannya ialah WAKTU SIHAT dan MASA LAPANG“. (Riwayat Bukhari).
Adakah kita termasuk dalam orang yang terpedaya seperti yang disebutkan di dalam hadith tersebut? Mudah-mudahan kita sedia merencana langkah yang bijak bagi mengisi masa lapang. Apatah lagi musim cuti sekolah menjanjikan kita dengan pakej-pakej pelancongan yang menarik. Tetapi, tanpa kita sedari, kita tidak mengisi jiwa kita dengan benda-benda berfaedah.
NIKMAT MASA LAPANG
Masa lapang juga merupakan sejenis nikmat pemberian Allah. Allah berikan kita 24 jam dan kitalah yang merencananya adakah ia bermanfaat atau pun tidak. Berapa banyakkah masa kita terbuang begitu sahaja? Nampaknya lebih banyak masa kita lalai dari kita memanfaatkannya.
MEMBACA DI MASA LAPANG
Antara perkara yang patut di isi oleh kita samada guru ataupun pelajar sekolah mahupun sesiapa sahaja yang berasakan dirinya terasa mempunyai masa yang lapang, eloklah kita merancang membaca agar kita lebih berilmu dan dapat memberi manfaat pula kepada orang lain.
Tetapi bagaimana anda mengisi masa lapang dengan membaca sedangkan anda belum lagi menyediakan draf rancangan membaca? Mari kita buat sedikit kerja rumah yang mudah tetapi berharga.
Sekurang-kurang anda perlu membuat satu rekod mudah bagi program membaca di masa lapang. Senang sahaja.
PROGRAM MEMBACA DI MASA LAPANG
1. Sediakan kertas kosong dan pen
2. Buat 6 Kolum. Kolum pertama BIL, Kolum 2 Jenis Buku, Kolum 3 Nama Buku, Kolum 4 tarikh pelaksanaan, Kolum 5 hasil dan Kolum 6 output/faedah.
3. Isikan semua item dengan jujur dan tetapkan matlamat yang mudah dahulu.
4. Simpan rekod anda!
Sebenarnya jika anda mempunyai kemahiran dalam excell, bolehlah membuatnya dan mencetak agar lebih menarik.
Jom kita lakukan.
Contoh :
BIL 1
JENIS BUKU hadith
NAMA BUKU ringkasan sahih bukhari
TARIKH PELAKSANAAN 20 /11 – 27/11
HASIL berjaya
OUTPUT/FAEDAH menulis hadith2 yang dibaca di dalam facebook.
“NAK SERIBU DAYA, TAK NAK SERIBU DALIH”
Belajar Bahasa Arab 6
15 Nov 2009 Leave a Comment
in Bahasa Arab, Dakwah Tags: arab itu indah, Bahasa Arab, belajar berbahasa arab dengan betul, Generasi Bahasa Arab, tingkatkan bahasa arab anda

ADAB ARRIFQU BIL HAYAWAN
Adab berdamping/berkasih sayang dengan haiwan-haiwan
AT’IMIL HAYAWAN WA ASQIHI IZA JA’A AW ATOSH
Berilah makan dan minum kepada haiwan-haiwan jika ia lapar dan dahaga
ARRAHMAH WA SYAFAQATU BIHI WA ‘ADAMU TAHMILIHI MA LA YUTIQ
Bersifat penyayang kepada haiwan dan tidak membawa sewenang-wenangnya jika ia tidak mampu/berdaya
LA U’AZZIBAL HAYAWAN BIAYYI NAU’IN MIN ANWA’IL ‘AZAB
Aku tidak sekali-kali menyeksa haiwan-haiwan dengan menggunakan apa jua jenis seksaan.
KAHASBIHI BIDUNA TO’AM AW DORBIHI AW QOTLIHI
seperti mengurungnya tanpa makan atau memukulnya atau membunuhnya
AW HARRIQUHU BINNAR AW ITTIHAZIHI HADAFAN LIRRAMYI
atau membakarnya menggunakan api atau menjadikan haiwan sebagai sasaran balingan (target)
AW ATTAFRIQATI BAINA ASSIGHAR WA UMMUHUM
atau memisahkan diantara si kecil dengan emaknya
Wallahua’alam.
Komen & Kritis