AT – Enjit-enjit semut…

Enjit-enjit semut

Izzah Ahmad

 

 

Enjit-enjit semut, siapa sakit naik atas,

semut...

semut...

 

 

Enjit-enjit semut, siapa sakit naik atas,

Enjit-enjit semut, siapa sakit naik atas,

Enjit-enjit semut, siapa sakit naik atas.

 

Masa ummi kecil dulu ummi selalu main enjit-enjit semut dengan Mak Long, Mak Ngah dan Mak Lang.

 

Masa tu kami susun tangan macam nie, kata ummi sambil menunjukkan kepada anak-anak bagaimana cara tangan di susun bermula dari bawah sehingga ke atas sambil mencubit tangan masing-masing antara satu sama lain.

 

Kemudian ummi dengan kakak-kakak ummi akan nyanyikan lagu enjit-enjit semut, siapa sakit naik atas, sambil melarikan tangan masing-masing ke atas apabila terasa sakit dicubit.

 

Anak-anak ummi nak cuba tak? Mari ummi tunjukkan bagaimana cara nak main permainan enjit-enjit semut.

 

(Permainan ini boleh dimainkan beberapa pusingan sehingga anak-anak rasa letih untuk menyusun tangan kemudian ibubapa bolehlah memulakan cerita kenapa agaknya permainan sebegini timbul ya?)

 

Anak-anak ummi nak tahu tak betapa tingginya penghargaan orang yang mencipta lagu dan permainan ini terhadap kehidupan semut. Semut binatang yang sangat kecil tetapi Allah SWT ciptakan mempunyai corak kehidupan yang sangat unik.

 

Semut tidak mampu hidup bersendirian. Mereka mesti hidup dan bekerja dalam satu pasukan. Cuba kita perhatikan bagaimana semut mengangkut makanan?

 

Ya semut mengangkutnya secara mengusung beramai-ramai sehinggakan makanan yang berganda-ganda saiz daripada badannya mampu diangkat beramai-ramai. Tidak ada yang terkecuali daripada melakukan pekerjaan ini sehinggalah habis semua makanan yang ditemui diangkut ke dalam sarang semut.

 

Sekiranya makanan tersebut terjatuh, atau terlepas daripada usungan, pasti ada yang menyambutnya. Sekiranya semut yang pertama mengalami kecederaan atau kecelakaan ketika mengangkat makanan, maka pasti ada semut lain yang akan membantunya.

 

Gambaran kerjasama sama serta semangat bekerja dalam satu pasukan yang ditunjukkan oleh semut ini dapat kita lihat melalui cubitan yang dibuat secara bertingkat-tingkat di atas tangan dalam permainan enjit-enjit semut ini.

 

Walaupun terasa sakit akibat cubitan tangan yang dibuat di atas tangan, namun kita tidak melarikan diri dari permainan tersebut, sebaliknya menyambung semula dengan menduduki tempat teratas agar rasa kesakitan hilang sebentar lalu dicubit semula sebagai tanda permainan tetap diteruskan.

 

Begitulah sikap seekor semut yang tetap terus bekerja bersama kumpulannya walaupun menemui pelbagai cabaran dan rintangan dalam melaksanakan pekerjaannya.

 

 

 

Glosari Arab:

AnNaml ( النمل ) = semut

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: