Jus Avocado..

Hari ini aku nak mengajar cara membuat jus buah avocado.

”Jus Avocado? Biar betul ustaz” seorang guru perempuan menyindirku. Mungkin benar dia belum pernah rasa ’penangan’ jus ini.

avocado..

Mula-mula cari buah avocado yang sudah masak. Cara mengenali keranuman avocado terlalu mudah iaitu warna kecoklatan. Ataupun dipicit secara perlahan menggunakan ibu jari, jika lembik sedikit maka ia sudah masak walaupun warnanya belum menunjukkan kecoklatan. Jika keras, ia masih muda.

Mudah kan?

“Lepas tu ustaz?” guru perempuan berminat mendengar.

Selepas itu, belah dua buah tersebut, dan dikorek isinya. Bijinya dibiarkan (masih dalam kajian). Korek isinya ke dalam tempat pengisar. Antara bahan yang akan dikisar iaitu;

a) isi buah avocado

b) susu segar

c) gula secukup rasa

d) ais (jika perlu dan jika pengisar anda bertenaga)

Ok. Sudah siap. Untuk lebih sedap, pastikan ia sepekat mungkin.

Suasana di rumah cikgu perempuan :

”Siapa ajar kau minum jus avocado ni?” bentak suaminya

”Ada sorang ustaz di sekolah. Dia selalu minum ketika di Morocco” ujar guru tersebut

”Sedap juga” suaminya akur akan kesedapan jus ini.

Hari isnin, minggu seterusnya.

”Ustaz, sedap betullah jus avocado nih..” ujar guru perempuan tersebut.

”Rasakan..” sindirku.

jus sebenar avocado

“inilah kepekatan sebenar jika anda ‘reti’ membuatnya”

Kesimpulan cerita :

Itulah antara rutin jus yang ku minum selama aku tinggal di bumi Morocco. Orang arab yang mengajarnya. Istilah arab disebut ’ASIR LABOKA = jus avocado.

Selamat mencuba! Kalau tak sedap sila komen di blog ini!

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: